Bab 35

309 25 0
                                    

HARRIZ memasuki kereta dan terus melabuhkan punggung pada tempat pemandu. Postur tubuh diterbalikkan menghadap Fiena. Fiena ketiduran dalam keadaan kepala terlentok di sisi kereta. Kedua-dua tangan mulusnya menggengam erat tali pinggang kalendar bersama dengkuran halus meniti di celahan bibir mongel itu. Comel.

"Bangun sayangku Isya. Abang ada belikan something untuk Isya," panggil Harriz lembut. Lengan bahu Fiena digoncang perlahan untuk mengejutkan.

Alis lebat Fiena berkerut. Dia menggumam kecil tidak selesa. Namun Fiena serta-merta celikkan mata kala pipi tembamnya terasa dicuit. Spontan, Fiena merengus bersama wajah cemberut. "Nak apa?"

"For my Isya." Tangan kekar utuh menghulurkan plastik berisi oleh-oleh yang dibeli dari kedai serbaneka. Senyum tipis terlukis di hujung bibir Harriz.

"Thanks." Fiena menyambut malas. Dia masih mamai. Mulut yang menguap besar pantas ditutup oleh telapak tangan besar suaminya.

Membulat besar mata Fiena.
Automatik Fiena menepis tetapi Harriz masih tidak beralah bertindak mengapit kedua-dua pipi isterinya. Habis memuncung bibir Fiena seperti ikan buntal. Tidak dapat menahan ekspresi muka Fiena, Harriz meledakkan tawa.

Kenapa comel sangat mak buyung yang seorang ni?

"Apuw niw?" Fiena menggeram. Rasa mahu meletus api amarah tetapi Harriz mendominasi keadaan. Iris coklatnya menatap redup terus ke dalam anak mata kesayangan. Lemas. Sesak nafas lagi-lagi bila Harriz mengambil kesempatan memahat taupan pada dahi luasnya.

"Makanlah aiskrim Isya tu," ujar Harriz seraya melepaskan pegangan. Hujung bibir meyungging senyum miring. Fiena menjeling tajam lantas dicerunkan mencari item yang dikatakan. Jumpa! Fiena ukir senyum lebar.

Cepat-cepat bungkusan aiskrim Magnum dikoyak. Fiena tawa kecil dengan mata galak memancarkan sinar ceria. Mulut dibuka seraya menggigit kecil dinginnya aiskrim dengan barisan gigi putihnya. Fiena tersenyum suka dengan mata terpejam menikmati.

"Sedap!" ngirang Fiena memberitahu. Dia sambung semula melepaskan ngidam tanpa mempedulikan Harriz yang ralit merenungnya.

Harriz geleng kepala. Bibir mengulumkan senyuman tipis. Meruap hati dengan kuntuman gembira melihat respon positif kesayangan. Dia menoleh pula ke belakang, Faiz lena pada tempat duduknya. Lega. Harriz fokuskan pandangan ke hadapan kembali sebelum menyambung perjalanan yang tergendala sebentar tadi.

Beberapa minit kemudian, pacuan empat roda miliknya dihentikan di hadapan pekarangan rumah. Harriz memalingkan muka ke sebelah. Serta-merta bibir koyakkan senyum kala raut Fiena polos turut memandang kepadanya. Ada calitan krim coklat di tepi bibir Fiena.

"Comot my Isya abang ni," tegur Harriz seraya ibu jari naik mengusap lembut hujung bibir Fiena. Fiena statik. Terpempan. Pinggir bibir Harriz melarik senyum manis kala wajah kesayangan nihil daripada noda.

Muka Fiena berona merah. Lekas-lekas dia cabut tali pinggang kalendar membelit diri lantas dikalihkan posisi badan ke arah lain. Tangan sudah memegang penghadang pintu, berura-ura mahu melangkah keluar dari kereta.

"Take care, my Isya. Nanti abang yang akan jemput Isya balik tau," pesan Harriz.

"Okey," sepatah Fiena membalas. Bibir mongel Fiena menceber. Pintu dibuka luas. Kaki yang baru sahaja menyentuh jalanan automatik terbejat tika lengan bajunya ditarik sehingga terduduk semula. Sontak, Fiena menoleh seraya mata membuntang terkejut. Harriz sekarang betul-betul setentang dengan mukanya.

"I will miss you, my Isya." Hembusan hangat Harriz menampar lembut sekitar wajah isterinya. Aksa coklatnya melahap lama raut kesayangan sebelum riak bungkam itu kini telah berubah sinis.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now