Bab 59

222 20 0
                                    

TANGAN utuh mengacau kuah sup dalam periuk. Sesekali, mulutnya terkumat-kamit mengalunkan zikir. Entah berapa lama, dia mulai gapai sudu berdekatan lalu dicedok sedikit isi dalamnya. Anan menadah tangan di bawah dagu, lafaz basmallah meluncur dari ulas bibir sembari menyerepot sup dari bibir sudu secara pelan-pelan. Sebaik memastikan ia menepati citarasa, dapur api gas ditutup segera.

Anan kulum senyum lantas dicapai sebuah bekas kaca. Dia angkat kaki di mana terletaknya periuk nasi, dibuka seraya menyenduk nasi dalam skala kecil sahaja. Jujur, Anan belum pasti andai ibu akan menjamah masakannya. Dia berpatah balik semula, kali ini kuah sup disertakan potongan ayam, lobak merah, jagung dan fishcat diambil sehingga membanjiri nasi.

Berpuas hati, Anan letakkan ke dalam dulang seketika. Lengan halusnya dibawa ke belakang, membuka tali ikatan apron seraya disangkut semula pada tangkai besi. Ekor mata sempat melirik jam diri terlebih dahulu, baru mencecah sebelas empat puluh lima pagi. Masih berbaki lima belas minit, ibu biasanya akan menikmati hidangan tengahari jam dua belas.

Kontan, Anan pilih untuk bersihkan diri terlebih dahulu. Sementelah selesai, lekas-lekas Anan menuju ke destinasi iaitu kamar sang ibu. Hati-hati dengan pinggir bibir membentuk senyuman, daun pintu ditolak kontan anak mata menancap pada ibu yang berada di katil ralit membelek sebuah album.

"Ibu." Anan melangkah masuk. Bibir setia memberikan kemanisan, laman wajah Puan Ina yang asyik menumpu pada lembaran itu menjentik hati Anan. Perasaan ingin tahu menebal hebat, menimbulkan putik-putik persoalan di minda. Dia meletakkan bekas dulang ke sisi katil, melabuhkan punggung di birai katil sembari mencuit bahu ibu.

Sontak, Puan Ina berpaling dengan ekspresi tidak senang. Bebola mata itu meneliti atas bawah, rambut lurus diikat sanggul dengan wajah jelas keletihan. Seminggu berlarutan, tetapi Anan nampak nekad dan tidak berputus asa menjaga.

Pandangan ibu begitu tajam, kecut perut dibuatnya. Dia sendiri belum menjamah makanan, diberi prioriti pada ibu dahulu sebelum dirinya. Jujur, Anan terasa namun dikentalkan jiwa agar tidak hanyut dibuai rasa. Cepat-cepat, Anan mula mengambil bekas makanan sebelum dikumpul butir nasi dan lauk pada muka sudu. Gelagat Anan diperhatikan, tidak lepas aksa melahap gadis yang leka sebelum kepala itu dipanggung kepadanya dengan senyuman.

"Kita makan ya, bu? Mak Esah datang sini lewat sikit. Ni pun Anan balik rehat kejap sebelum pergi kerja semula," ujar Anan sembari ditala suapan pada Puan Ina. Mulutnya turut melongo, seakan-akan mengajar cara menerima makanan daripadanya.

"Kau masak?" Anan jatuhkan semula genggaman sudu. Wilayah bibir tidak lengkang mencarik senyum, lembut bekerdip dengan tatapan rembut.

Angguk. Anan lebarkan senyum. Rimas, Puan Ina tidak gemar perilaku Anan begitu tenang. Tak lenguh ke hadiahkan senyuman pada dia yang jelas-jelas keberadaannya tidak direstui sama sekali.

"Ibu." Anan memanggil seraya isyarat mata diberikan agar ibu menerima layanan dirinya. Alis nipis Puan Ina menjungkit keliru, bunga kerutan timbul di permukaan dahi. Tidak mengerti sehingga Anan mengangkat bekas makanan di tangannya. Untuk itu, helaan kasar Puan Ina meluncur laju sembari album yang dibiarkan terbuka kini diletakkan ke tepi.

Mata Anan menyorot sekilas. Riak Anan kontan berubah keruh, mengendur sinar yang terpamer sejak tadi sekelip mata. Terpanah pada kepingan foto disusun kemas, sebuah keluarga indah menghiasi layar netra. Tidak dinafikan, pasangan kanak-kanak yang turut ukir bahagia di wajah memasing cukup menggambarkan situasi di kala itu. Ayah dan ibu tampak gembira, membesarkan dua cahaya mata mereka.

Untuk itu, selitan sebu menganyam sukma. Menyelinap cemburu hanya sekali pandang, sengsai apabila tiada peluang sebegitu. Kerana itulah juga, dia cuba membesarkan Nina dengan sebaiknya menggunakan kudrat yang ada. Biarlah andai jasad rapuh tidak tertanggung, asalkan terlorek senyuman di potret muka sang cilik.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now