Bab 57

246 23 0
                                    

ESAKAN kecil memenuhi ruangan, jelas mengatakan gema batin yang menderita. Sengsara. Bibir diketap menahan amarah, jasad tanpa seurat benang dibungkus dengan selimut. Dia ramas hujung kain tersebut, birai mata basah menumpahkan tangisan. Helaian rambut hitam tidak terurus, menutupi sebahagian raut wajah.

Malap dan suram kamar, sekadar disuluhi galak kegelapan menyelubungi diri. Titisan mutiara garang menghentam bumi, menambahkan lagi rengsa di hati. Dia menyedut nafas dalam-dalam, cuba agar tidak terlalu larut dalam melankolik memamah sekeping sukma.

Dia perlu keluar dari sini. Tidak kira apa jua caranya.

Kontan, kanta cembung melirik jasad di sisinya yang berbaring. Sesaat, dia larikan semula deria penglihatannya. Serasa tidak sanggup, lebih-lebih lagi mengingatkan kejadian tadi. Serta-merta, percikan api menguntum dalam diri. Marak seakan menanti masa disimbah asid, meletup begitu sahaja.

Posisi batang tubuh dialihkan pelan-pelan, celahan bibir berdesis sakit. Setiap kali melakukan skala pergerakan, waima sedikit cuma cukup ngilu segenap celahan anggota badan. Bebola mata melingas kanan dan kiri, memastikan agar pergerakan dia tidak diketahui. Kaki dilunjurkan ke bawah, memijak lantai jubin yang dingin. Automatik kesejukan dari hujung kaki menyerbu ke otak, membejat pemikiran.

"Nak lari mana?" nada garau menghinggap koklea. Berjurus-jurus adrenalina darah yang mengalir laju, kini terhenti menghalang laluan. Renik peluh menongkah arus, menggeletar figura wanita itu dengan dada berkocak ganas. Bagaikan detik berlarutan tidak memihak kepadanya, sampaikan liur pun turut sukar ditelan. Kaku.

Tidak dapat menahan sabar, sang lelaki menderam geram. Bertindak kasar, dia bingkas bangun lalu menyeringai puas. Wanita itu tetap kejur, namun ketakutan semakin berganda tatkala terasa nafas hangat membelai sisi kulit. Menabrak jiwa yang rapuh, dia cuba mengelak namun bahana lain dan akibat diterima.

Sekonyong-konyong, lengan disebalik kain selimut dilelar kuat. Dia merebahkan wanita itu semula ke kasur, menghadang figura tersebut melarikan diri. Jeritan wanita nyaring memecah keheningan, dentingan rayuan menjadi dodoian. Geram apabila wanita itu bertindak agresif, dia memasung liuk tubuh yang jelas-jelas mahu meronta. Menimpa keberatan separa pada susuk lebih kecil daripadanya, menyekat alur pernafasan yang terang-terangan sudah lencun dengan air mata. Tiada belas, dia tayang riak sinis. Merengkuh tulang dagu wanita itu dengan kasar, matanya melahar penuh bara.

"Kenapa? Kau menyesal? Bukan kali pertama..." Dileretkan suara, sengaja dijedakan bicara. Saat sang wanita mahu membuka mulut, dia sengaja mencengkam lebih erat rahang dalam pegangan. Untuk itu, bibir yang separuh terbuka itu diusap lembut dengan ibu jari. Sebelah telapak tangan kasar menyapa pipi mulus, menyeka buliran jernih menodai wajah cantik di hadapannya ini.

"Aku merasa kau," ujarnya diselangi tawa hibur. Puas dapat menyeksa tawanan lemah tidak berdaya, gembira apabila maruah wanita itu berjaya dipijak sesuka hati.

Sekilas, pipi kanannya dijamah tamparan hebat sang wanita. Berbekas merah dengan tangan menggigil, cengkeraman sang durja akhirnya terlerai jua. Tidak membuang waktu, wanita tersebut cuba menggunakan kesempatan yang ada untuk memboloskan diri. Dengan kekuatan yang masih berbaki, dia menolak tubuh kekar tersebut sekuat hati.

Tak menjangka, semua berlaku sekelip mata. Tanpa aba-aba, usahanya sia-sia bilamana pergelangan kakinya sempat dipulas. Membejat aksi kelam-kabut sang wanita yang sengaja mencari fasal dengannya. "Kau tampar aku?"

Egonya tercabar. Amarah membuak-buak lantas perjaka durjana tersebut menahan susuk tubuh lebih kecil dengan kudrat lelakinya. Menindih setiap anggota tersebut dengan rahang dimamah geram, seketika sebelum terkekeh penuh sinis.

"Ini harga yang kau perlu bayar! Semua demi lunaskan dendam kau, just bear with it. Simple matter, Najwa Umairah." Wajah disembam pada leher putih itu, mengucup penuh teruja. Tangan menjalar liar pada sekujur tubuh Najwa, melorotkan segala yang menghalang tindakan dirinya.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now