Bab 47

200 21 0
                                    

RESAH. Syaf mengetap bibir, atma bergelora. Merenik keringat di pelipis, berdiri seperti tugu di balai pelepasan. Diulit gelisah dan risau tak sudah. Birai mata bertakung namun tangan telah utuh menggamit beg troli miliknya. Ditilik pula passport di sebelah tangan, terasa dadanya dihimpit sesak dengan nafas tertahan. Rawan.

"Anan Nurfiza..." serunya meleret. Hati ditabrak tajam. Sebaris nama itu bagai menghiris halus diri tanpa simpati langsung, sepertimana dia lakukan sekarang.

Hujung bibir Ummar menjongket tinggi. Alis berkerut dengan tatapan lihai. Ekpresi kekal datar, renungan menembusi Syaf seperti cacing kepanasan. Tidak semena-mena, tangan Ummar mendarat pada bahu tegap Syaf. Memberi semangat, salurkan kekuatan.

"Aku harap kau tak menyesal, Syaf. Tapi, satu benda aku nak ingatkan."

Nafas dihela panjang. Syaf kunci mulut, menanti butir kata rakan. Dahi berkerunyut dengan kening diangkat, mempamerkan riak bingung.

"Andai betul terjadi sekalipun, pulanglah semula ke pangkuan dia. Jangan sampai dia tawar hati, masa tu kau nak nangis keluar air mata darah pun tak heran dah. Pintu taubat untuk sang hamba pun terbuka, apatah lagi pintu peluang kedua buat kau juga. Masa tu, tolong hargai dia sebaik-baiknya. Terpulang pada kita, sama ada kau betul-betul nak genggam atau lepaskan. Cuma aku rasa, kau tahu bini kau jenis macam mana..." Bahu Syaf ditepuk-tepuk. Harapan agar rakan memahami isi bicara yang disampaikan. Bibir melekuk senyum segaris. Syaf teguk liur kasar, payau.

"Aku..."

Ummar pukul belakang Syaf, kuat. Sedarkan rakan dari dunia impian, dunia khayalan. Dia geleng, kerising kecil. "Pergilah Syaf. Carilah sesuatu tu, moga satu hari nanti takdir membawa ke titik sepatutnya korang bertemu lagi. Aku harap, tali tu tetap teguh. Menghubung dua jiwa yang utuh, biarpun hakikat masih buntu dan rapuh."

Perlahan, Syaf lorek senyum. Hambar. Pahit. Getir. Namun dalam masa yang sama, dada yang sempit kian lapang. Rasa hampa menakluhi mulai jernih. Biarlah buliran air mata menitik mengganti bicara. Harapan agar kekeruhan melanda umpama hempasan badai, dapat dikembalikan asal biarpun rumit dan sukar.

"It takes two to tango. Semoga asbab perpisahan ini, ada hikmah tersirat disebaliknya. Mungkin, memang dah sampai waktu korang perlukan masa sendiri. Jangan risau, aku ada untuk tengok dia kat sini. Lagipun, aku masih tahu batas lelaki muslim pada seorang wanita. Nak-nak bini kawan sendiri, mampus aku kena dengan kau. Apa-apa, kita roger, okey?" Ummar berlelucon dalam nasihat. Mahu hiburkan suasana yang suram.

Sejenak, panggilan pembesar suara bergema. Menyeru penumpang yang terlibat, bersedia untuk berangkat. Syaf pandang Ummar dengan tubir mata berkaca, memaksa bibir rabak dengan senyuman.

"Thanks..."

Sepatah, Syaf berpaling tanpa menoleh ke belakang lagi. Teruskan melangkah ke hadapan, dengan sisa baki kenangan jadi bekalan. Senyuman tetap setia bergayut di ulas bibir, pipi basah ditumpahi air mata.

Semoga perjumpaaan kita yang seterusnya mampu bawa perubahan, sayangku awan.

Semoga perjumpaaan kita yang seterusnya mampu bawa perubahan, sayangku awan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now