Bab 54

241 19 0
                                    

SAUJANA. Dihamparkan pandangan ke kaca tingkap di sisi, langit nilakandi dengan kapas putih berambal melayari mata. Dikerjap sekali, kali ini sinar aksa berkilauan empu fitur seorang wanita. Benak membawa kepada figura dalam bayangan, segala kenangan mulai bergelumang seperti pita rakaman.

Serasa ingin diputar kembali masa, mengulangi momen berdua yang nirmala tanpa kekeruhan melanda. Badai menimpa angkara dia, mencipta jurang memisahkan mereka. Andai dikatakan dia tidak sempurna, memilih jalan pergi sebagai tanda dia bujuk hati.

Silap, bagaimana pula yang di sana. Percaturan memakan diri, apa perasaan Anan saat dia bawa hampir setiap memori, jasad, jiwa dan hati bersama terbang tanpa pamitan mahupun bicara sepatah perkataan. Mungkin lebih sakit, jauh lebih berganda kerana tidak diketahui asbab dibiarkan terkontang-kanting sendirian.

Dan-dan, Syaf buang keluhan. Jaket yang dipakai, dibawa lebih rapat menutupi muka. Cuba menutup kesan di wajah kirinya, seketika sebelum dibiarkan fabrik penutup kepala itu terbuka. Rasanya masih menyerlahkan ketampanan dia sebagai lelaki, cuma ukiran panjang dijahit dari tepi bibir hingga ke bahagian cuping telinga bahagian kanan sahaja.

"Maafkan aku, awan. Aku akan balik ke pangkuan kau semula, Anan Nurfiza."

Pelan-pelan, jari menyentuh parut panjang yang timbul itu. Diusap lembut lantas bibir kulum senyum tipis. Kepala melentok ke tepi, mata ditutup untuk berisitirahat seketika. Tanpa sedar, dia hanyut dalam rantai ngeri dua tahun dahulu. Semua bermula dari situ, dia pilih untuk tidak munculkan diri lagi di hadapan Anan dan melihat sang kecil membesar.

Apa khabar mereka? Galau sukma disapa angin kerinduan, merindui susuk sayangku awan.

BULAN memucat dengan taburan bintang menghiasi, menyinari dada bumantara zulmat yang pekat di malam hari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BULAN memucat dengan taburan bintang menghiasi, menyinari dada bumantara zulmat yang pekat di malam hari. Dalam perut kereta, radio mengalunkan merdu bacaan surah. Saat Syaf merasa gundah-gulana dihambat masalah, perlahan-lahan lerai dengan satu rasa damai. Koklea disapa desir sayup-sayup bait-bait kalimah indah, mendodoi jiwa yang sering diulit resah.

Secara tidak langsung, celahan bibir berdersik sama. Pendingin hawa yang dipasang, mencumbui kulitnya hingga ke tulang sulbi. Menyesal kerana tidak mencapai jaket sebelum pergi, keputusan bijak mengenakan baju T sahaja kerana kelam-kabutnya mendengar berita tentang sang isteri. Kalbu meracau dengan jeritan tidak didengari, Syaf cuba bertolak ansur dengan senandika hati. Namun, ego menghalang tinggi hingga dia pilih untuk kekal berdiam diri. Dia tampak tenang di luaran, meskipun sejujurnya batin ini jerih dihentam remuk kata-kata tidak sempat diluahkan tadi. Tanpa henti.

Akal meracau pohon pertolongan, sedikit menganggu pemanduan. Bingkai pandangan ditajamkan ke hadapan, cuba untuk fokus biarpun sekelumit. Demi keselamatan, dia sekadar memandu dalam skala perlahan. Lampu jalan yang terangi di sepanjang jalan, suram seakan-akan bermuram durja tatkala hening dirasai. Bangunan-bangunan sekitar kawasan ini mula melabuhkan tirai, hari semakin larut seiring waktu kerja seharian sudah menemui penghujung.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now