Bab 8

447 49 7
                                    

SEMENTARA Anan dalam bilik sakit menerima rawatan, Syaf bergegas membuat panggilan telefon kepada umi dan abahnya. Dia mahukan restu kedua-dua orang tuanya atas keputusan yang bakal dilakukan.

"Buatlah mana yang kamu rasa terbaik, Syaf. Nak hantar Anan rumah kami pun boleh. Umi dan abah sokong kamu selagi tak melanggar syarak. Lagipun tak elok keluar malam berdua-duaan dengan anak dara orang melainkan kecemasan macam ni cuma umi tertanya kau mengintai rumah dia ke, Syaf?" kata Puan Salmah ditemani Tuan Saleh di atas talian.

Alamak, kantoi. Memang dia bigau agaknya mengintip rumah orang serupa penjahat bersiri tapi niatnya baik. Syaf risaukan Anan. "Syaf risaukan dia umi, abah."

Puan Salmah ukirkan senyum nun di sana. Lain macam penangan Anan kepada anak bujangnya. "Umi tak kisah tapi kamu lelaki, Syaf. Sekiranya boleh dipercepatkan, umi tak bantah. Abah pun tak kisah. Minggu depan kamu ada outstation kan dua minggu?"

Syaf mengangguk biarpun umi dan abah tidak dapat melihat. Keluhan panjang dilepaskan.

"Syaf akan tanya dia semula umi. Apa-apa nanti Syaf roger ya?" Tengkuk digaru resah. Matanya melilau sesekali pada bilik yang menempatkan Anan. Pergelangan tangan digoyangkan dalam kadar minima membetulkan jam tangannya.

Talian dimatikan. Telefon pintar dimasukkan ke dalam poket seluar. Dibawa kedua tangan kekarnya ke dada gaya bersilang dan bersandar di dinding. Kelopak mata dikatup seketika sebelum dicelikkan semula apabila terasa namanya dipanggil halus oleh seseorang.

"Encik Syaf."

Syaf berdiri tegak. Mukanya diraup kasar. Rambut yang terjuntai ke depan pula disebak. Dia jatuhkan pandangan pada susuk Anan. "Dah siap? Mana ubat kau? Doktor cakap apa? Aku hantar kau balik rumah parents aku lah."

Anan membulatkan mata tanda terkejut. Kepala digeleng laju tidak menerima cadangan tersebut. Dia membalas berani laman wajah Syaf dengan menjengkilkan bebola matanya. "Ambil ubat kat kaunter nanti tunggu giliran dan Anan sihat aje ni. Tapi Anan tak mahu. Anan nak balik rumah. Kalau Encik Syaf tak setuju kena hantar Anan pergi kerja."

Dahi Syaf berkerut seribu. "Kau tak sihat ni awan. Lagipun ada baik kau resign kerja sebab aku nak kau rehat kat rumah aje lepas kahwin nanti. Aku mampu tanggung kau dan cukuplah kau berbakti selama ni."

Tubuh Anan pegun. Keresahan membaluti diri akhirnya tersingkap jua apabila Syaf memberi kata putus kepadanya agar berhenti kerja. Dia mahu menolak dengan pernyataan Syaf tetapi lidahnya lumpuh untuk menuturkan walau sebutir bicara. Suara tersekat di celah kerongkong.

"But aku baik jugalah. Seandainya kau bosan duduk kat rumah macam tugu negara, aku benarkan kau kerja jika itu yang kau mahu." Mata Anan bercahaya. Dia berharap sangat Syaf tak menghalangnya daripada terus berhubung dengan dunia luar. Jikalau boleh mahu terus bekerja dengan jawatannya sekarang.

"Cuma... aku benarkan kau pilih kerja tapi aku yang bakal tentukan kau sama ada boleh ke tidak. Aku tak nak kau kerja macam sekarang ni. Berat sampai kesihatan kau pun melarat dan merundum sampai tiada kebebasan langsung," kata Syaf sebagai tanda muktamad.

Bahu Anan jatuh apabila harapan setinggi angkasa untuk bersama Alia hancur berkecai. Akur. Anan mengangguk lemau mempersetujui biarpun separuh hatinya memberontak. Bolehlah dari kena tinggal kat rumah tanpa berbuat apa-apa, lebih baik begini. "Okay."

Syaf simpan senyum. Dia tahu Anan tidak menerima keputusan tersebut sepenuhnya. Tidak mengapalah asalkan Anan sihat sejahtera di bawah jagaannya. Isteri bukan hamba mahupun bibik untuk diasak melakukan tanggungjawab sekaligus dan pegangan suami bukan tiket untuk menentukan segalanya. Dalam hal rumah tangga perlu saling bertolak ansur terutamanya membincangkan hal ehwal kehidupan bersama dari segi kewangan, tempat tinggal, masalah peribadi dan lain-lain.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now