Bab 71

192 13 0
                                    

PANGGUNG kepala tinggi, memandang cakrawala suram dikabur kapas kelabu. Tampak muram durja semesta, seakan memahami isi hati sedia celaru. Kadang sesak serasa menghurungi dia, tak tertahan bilama diimbas kembali asbab utama kehilangan sering terjadi.

Puing-puing memori setia berlegar di benak minda. Omongan Syaf sayup-sayup membelai halwa telinga. Segalanya ibarat kabur disebalik kabus, tercari-cari punca di mana sepatutnya bermula dan hentikan ia.

Sedetik, terasa sesuatu berat melilit tubuh kecilnya. Anan statik, dia membenam ke milik susuk perkasa.

"Awan abang..." serunya lembut. Benar-benar dekat di koklea, berjaya leburkan dingin angin garang. Hangat membaluti, begitu nyaman sentosa.

"Kenapa ada kat sini sayangku awan? Sejuk nanti awan," bisiknya lagi. Gerakan tangan kasar Syaf meliar. Dia mengusap perut isteri secara memusar, renjatan listrik menyelusup ke liang roma. Anan kejang, liur ditelan payah. Serasa meremang bulu roma, berharap agar Syaf tidak ketahui ada bintang kecil sedang dibawanya kini.

Khali. Ambien hening disahut tagar yang gah menghentam. Sejuk mencengkam ke tulang sulbi paling dalam. keadaan perlahan-lahan berubah rasa, muramnya turut mengalir hingga membasahi dua jasad kaku di bawah sana.

Seakan membenarkan diri disirami jerihnya tangisan jumantara, lepaskan saratnya memayungi selama ini.

"Hujan dan air mata, dua-dua akan meluruh bila dah terlalu berat menampung beban. Bezanya hujan tak pernah tahu kan ia jatuh untuk siapa, tapi air mata tahu pada siapa dia mengalir," kias Anan sembari pinggir bibir koyak senyum nipis.

"Puitisnya isteri abang ni," ujar Syaf bersama tawa gemasnya. Anan sekadar kerjap mata, pedih kerpasan bumantara sedari tadi mengguyur fitur dia.

"Awan pawana awak ni Syaf Inas." Intonasi Anan sedikit bergetar, gara-gara rakusnya kedinginan hujan mencumbui dia.

Syaf ketahui terus mengemaskan lingkaran kekarnya. Berombak dada Anan membendung perasaan, Syaf sembamkan muka ke bahunya. Suam melekap nadi wanitanya, helaan suami begitu hebat melenyapkan rasa yang dialami.

"Aku tak beritahu lagi kan, sebab kenapa aku namakan yayasan tu sempena arwah Syifa' sebelum ni," tutur Syaf tenggelam-timbul. Cukup menerjah gegendang telinga gadisnya, Anan berdehem sebagai balasan mendengarkan bicara dia.

"Syifa' tu maksudnya penawar. Kau pun tahu..."

"Sama macam maksud nama abang Syaf juga," pintas Anan segera.

Tergemap. Anan sedar keterlanjuran dia mencelah kata-kata, dikemam bawah bibir rapat-rapat mengawal rasa segan membara. Gelora bertapak dalam rengkung turut menggulungi mereka, hebat bermaharajalela dengan perasaan bercampur-baur meladeni jiwa.

"Masya-Allah bijaknya awan abang ni." Lembut Syaf memuji, begitu dekat pada pendengaran isteri. Terdetik mahu mengusik Anan, dia renggangkan pelukan tetapi pinggang ramping itu sengaja dipasung kemas.

Anan resah. Lekuk tubuh jelas-jelas kelihatan dek hujan, dia dapat rasakan betapa nakal lengan itu cuba melakukan sesuatu.

"Aku nak jadikan tempat tu sebagai penawar pada mereka. Aku nak mereka tahu, masih ada yang sudi hulurkan kasih sayang sebagai dahan untuk berpaut."

Tanpa aba-aba, Syaf pusingkan tubuh Anan menghadapnya.

Akur, Anan anggul wajah melihat raut basah sang suami. Panahan tajam penuh sendu, mengerjap perlahan pada deras pipi yang turut mengalir sama.

Lencun habis segalanya, tetapi mereka tetap utuh berdiri dengan renungan tunak saling mencumbui.

"Aku tahu mungkin bantuan aku sekadar ranting yang ampuh. Akan rapuh bila-bila aje sebab mereka semua hadir dari latar keluarga yang berbeza. Kita tak pernah tahu apa dia alami sebelum ni, bila hilang semua pasti bercampur-baur rasanya."

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now