Bab 77

266 16 0
                                    

MENTARI naik ke pundak, siang kembali setelah setiap saat berlanjutan tanpa henti. Berulang-ulang tanpa henti, putaran waktu melalui hari berubah minggu. Betapa masa terus berlalu, tidak menunggu bak kata aforisme masa itu emas harus dihargai sebaik-baiknya.

"Untuk pengetahuan puan, Encik Syaf menghidapi barah otak tahap empat."

Bagai guruh berdentum maha hebat, benar-benar menghenyak Anan di ruangan putih ini. Perut memulas dengan tubuh kejang, lensa berbahang automatik tatkala menerima kebenaran yang satu itu.

"But that's not the only case. Encik Syaf juga mempunyai ketumbuhan tumor minor pada bahagian kiri kepala. Baru-baru ini juga, tekanan darah pesakit didapati rendah..."

Anan bingung. Tidak dapat lagi menangkap butir diksi doktor pakar di hadapan memberi penerangan. Luruh air matanya merentasi pipi, kacau jiwa cuba bertolenrasi terhadap hentaman realiti.

Bilamana Anan paksa untuk tumpukan semula perhatiannya, ternyata ulasan lanjut doktor membuatkan dia lebih rusuh. Merajah sesak ke pengkung dada, sukar sebenarnya menerima semua dalam satu masa.

"Mengikut rekod kesihatan Encik Syaf, pesakit merupakan cancer survivor yang pernah menghidapi seawal usia lapan tahun. Dia berjaya disembuhkan dalam tempoh tiga tahun rawatan berterusan. Tapi mungkin atas beberapa faktor tertentu, sel-sel kanser dalam tubuh pesakit menyerang semula sejak dua tahun yang lalu. Pesakit juga lambat mendapatkan rawatan dan ia menjejaskan kesihatan pesakit dengan lebih cepat..."

"Dia masih ada peluang untuk sembuh?" tangkas Anan laju. Mata mengerjap penuh harapan, digeligit bawah bibir cuba kawal resah.

"Unfortunely 50/50 chance only, puan. Tahap pesakit sebenarnya sudah ditahap kritikal, di mana stage terakhir buatnya. Cuma, ini hanya ramalan saya jikalau mengikut perkembangan pesakit sekarang."

Sontak, fail kesihatan yang sedari terbuka atas mejanya ditolak ke hadapan. Membenarkan Anan capai dan membelek setiap helaian yang ada. Meligih jari-jemari Anan cuba bendung rasa, bebola mata bergerak kiri dan kanan meneliti setiap bait aksara tersusun di situ.

Tanpa sedar air matanya laju jatuh. Usahlah katakan dia tidak kisah tentang Syaf, dia sememangnya masih punya kemanusiaan dalam diri. Andai tidak, bukankah dia insan tidak mengenal budi?

Aneh, Anan rasa dia menipu dan nafi tentang hatinya sendiri. Gusarnya bukan main, katakan alasan sahaja demi menutup baki cinta meladeni jiwa. Bukan memori semata-mata, tetapi kewujudan Syaf selama ini terlalu membawa erti dalam kehidupan dia.

Kontan Anan celik mata. Hamparan pandangan diliarkan sekeliling, ambien koleksi busana muslimah pelbagai warna-warni hiasi aksa. Nyata dia ada dalam butik berniaga, bukan di dalam pusat rawatan menempatkan Syaf sepertimana hari-harinya akan melawat walau seketika cuma.

Puing-puing momen itu masih hangat cengkam setiap inci pembuluh darah. Nadi hidup dengan desir kenangan, betapa belenggu lama masih rantai dia dalam ikatan. Tawanan cinta, kalah apabila rindu hadir menyapa.

Anan ukir senyum, hambar. Anak mata redup menanti di kaunter pembayaran, ralit menerawang jauh ke dunia khayalan sendiri. Entah mengapa, dia berdegil mahu keluar dari kepompong berbanding tinggal di rumah semata-mata.

Dia sudah terlalu membebankan seseorang. Widuri sangat baik kepadanya, dia tak mampu balas budi andai berterusan sebegitu. Biarlah keadaan sebegini sekalipun, Anan mahu berusaha sendiri daripada bergantung sahaja pada mereka. Kecuali Dia, satu-satunya tempat dia mengadu domba dan luahkan rasa.

Sayangnya, fokus Anan jauh berlari. Masih tersempit dengan silir memori dan kata-kata sayat terngiang-ngiang di peluput telinga. Betapa payah cuba usir segalanya, renyuh hati kenangkan bahawa dia merindui.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now