Bab 6

498 51 19
                                    

DERAP kaki memijak bentala lembap. Kepala diangkat menala langit merelop ditemani bunyian burung bersahut-sahutan untuk pulang semula ke sarangnya. Bibir membentuk senyuman nipis tatkala ketenangan menyapa jiwanya.

"Fuh, kau kena yakin dengan diri kau Syaf. Kau perlu konfiden. Yes, hidup Syaf dan pasti kejayaan menanti dirimu," pujuk Syaf pada diri sendiri. Syaf menarik dan menghembus nafasnya bagi membuang resah bermukim di hati. Kakinya dibawa memasuki rumah keluarganya setelah dimaklumkan secara mendadak kepulangannya hari ini. Dia telah membuat keputusan dan sesungguhnya hati itu nekad melakukannya. Sejujurnya dia tidak mahu menangguh rancangannya atau lebih tepatnya ingin menghulurkan bantuan secepat mungkin buat gadis awan itu.

"Assalammualaikum umi, abah! Syaf dah balik," laung Syaf. Kasut kerjanya ditanggalkan. Dia menundukkan sedikit badannya mencapai kasut untuk diletakkan pada rak yang disediakan. Risau esok pagi kasut mahalnya kena caras dengan kucing pula jikalau dibiarkan di situ.

Salam dijawab serentak oleh kedua-dua orang tuanya. Senyuman lebar terukir pada muka Syaf lalu menyalami umi dan abahnya penuh sopan.

"Apahal kamu teruja semacam balik rumah sini, Syaf? Ada berita gembira nak bagitahu kami berdua ke?" soal Tuan Saleh.

Syaf menjatuhkan kepala sekali. "Syaf nak kahwin. Boleh tak tiga hari lagi nanti, Syaf nak kita hantar rombongan meminang dan kalau boleh terus buat majlis kahwin dalam masa terdekat? Syaf tak nak tunang lelama sebab dah serik," katanya. Kedua-dua umi dan abahnya saling berpandangan lalu membincangkan sesuatu sesama sendiri. Tidak lama selepas itu, mereka mengangguk dan memandang Syaf.

"Kalau itu yang kamu mahukan, kami akan turutkan." Tuan Saleh membenarkan.

"Lagipun elok dah kamu berumah tangga. Kami takkan halang kamu dan umi rasa Syaf dah cukup dewasa serta matang untuk buat keputusan mana baik dan buruk. Ingatlah, tanggungjawab menjadi seorang suami bukan mudah tapi umi percaya kamu dah bersedia dan boleh tunaikannya. Nampaknya perempuan yang kamu suka tu bertuah ya sebab dari gaya kamu macam tak sabar," ujar Puan Salmah pula.

Dush, bagai dirodok dengan kayu besbol Syaf rasakan tatkala nasihat umi menerpa deria pendengarannya. Benarkah apa yang ingin dilakukannya? Syaf mula goyah dengan pendiriannya dan dendam lama seperti mahu dilunturkan dari sekeping hatinya apabila mengingatkan wajah gadis awannya. Dia masih ingat dengan jelas setiap bait kata berkaitan gadis itu semuanya buruk-buruk belaka sedangkan Syaf dapat lihat bahawasanya sekadar rekaan semata-mata.

Atau sebenarnya memang realiti? Ah, dia siapa untuk menghukum? Zap, di saat dia berdebat dalam pemikiran sendiri ini bagaikan busur panah tepat mengena sasaran. Apa motif dia nak berdendam atau hanya alasan yang dicipta bagi menutup rasa cinta yang baru bertakhta?

Bahu Syaf ditepuk. Syaf memalingkan wajah pada uminya yang sudah berdiri di belakang sofa yang didudukinya. "Syaf, jauhnya kamu berangan. Jangan ingatkan anak dara orang tu sudahlah. Boleh jatuh zina hati nanti melainkan dia memang milik kamu," tegur Puan Salmah. Syaf tersengih menutup malu.

"Jadi... Nama dia kan Anan Nurfiza."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now