Bab 11

420 39 31
                                    

ANAN masih enak dibuai mimpi dalam keadaan tubuh bersandar dan lutut dilipat diperhatikan dengan pandangan tajam. Fiena meluru kepada Anan lalu menarik lengan kecil itu kasar agar berdiri. Terpisat-pisat Anan apabila suara itu menyapa deria pendengarannya.

"Bangunlah! Kau dah kenapa tidur sini, budak? Dah tengah hari tapi kau tak masak lagi," jerkah Fiena.

Mata Anan terpejam sedetik menerima amarah Fiena. Senyuman segaris terlukis di wajah itu. Dia berfikiran positif yang Fiena stres menjaga anaknya.

"Anan tertidur tadi. Anan pergi masak dulu kak," pohon Anan. Dia cuba melepaskan tangan yang melelar lengannya tetapi pegangan Fiena semakin kejap di situ malah sengaja ditekan kuat.

"Kenapa kau senyum? Sengaja buat darah aku mendidih bila kau buat macam orang paling tersakiti dalam dunia ni," ujar Fiena dengan gigi terketap-ketap.

Anan menggeleng kecil. Tangan sebelah dibawa sentuh bahagian leher yang dilapisi tudung. Ngilu tetapi cuba ditahan sebaik mungkin. "Anan okay. Okay sangat kak tapi tak bermaksud Anan cakap diri ni tak rasa sakit."

Fiena menarik senyum sinis. "Huh, kau fikir sebab ada knight in shining amor tu tolong kau jadi terlepas semuanya lah? Takkan kau tak tahu dia nak kahwin dengan kau sebab kesian aje."

Nafas berat dihela dari celahan bibir. Anan melawan pandangan mata Fiena redup. "Terpulang kak. Sama ada nak label Anan sebagaimana yang akak fikirkan atau sebaliknya sekalipun. Anan tak kisah pun sebab..."

Mata bundarnya berburam. Anan pejam seketika melawan rasa sendat di celah rengkung. "Anan dah biasa." Dileraikan tangan Fiena pada dirinya lembut. Kaki menghala keluar daripada kamar menuju ke singki dapur. Dibuka pili air sebelum tapak tangan itu menadah takungan air.

Anan meraup air tersebut ke mukanya. Dicuci beberapa kali agar segar semula. Hujung jari telunjuk menyentuh bawah mata. Pasti sembab akibat banyak menangis. Nafas dihembus kasar. "Allah, dah pukul berapa ni?"

Peti ais bahagian frozen dibuka. Kosong. Barang basah dapur pun dah habis. Anan mengeluarkan sayur-sayuran yang masih ada.

Kelam-kabut Anan berperang di dapur. Papan pemotong disediakan sebelum bahan kering seperti kubis, kacang panjang dan lobak merah diambil. Anan memotongnya seperti biasa tetapi fikirannya jauh melayang.

Hanyut dalam kenangan lalu bagai ilusi yang indah bersama mama. Satu-satunya disemat kemas dan rapi di dalam hati. Namun kebahagiaan itu sudah lama ranap dan lenyap ditelan waktu. Masa kini ialah realiti yang begitu kejam kepadanya. Kesakitan kerana lemas dalam kehidupan penuh derita. Tangisan peneman sejati tatkala 'rasa' itu mencengkam sanubari. Emosi yang tidak mampu diungkap melalui kata-kata. Cukuplah air mata jelaskan segalanya.

Tanpa sedar, mata pisau mengena jarinya sehingga terhiris. Tindakan refleks membuatkan Anan melepaskan alatan tajam itu serta-merta. Anan membuka paip air dan meletakkan jari di pancuran air singki.

Darah yang menitik diperhati dengan mata kosong. Perit luka di jari tidak sepedih ulu hati. Anan pejam mata rapat. Nafas dalam ditarik. Dia perlu menyambung semula kerjanya.

 Dia perlu menyambung semula kerjanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now