Part 3 (edited)

87.7K 3.9K 262
                                    

Haura ingatkan lepas selesai sahaja beli barang, terus pulang ke rumah. Ini tidak, dia dibawa pula ke cafe. Sudahlah dia bersiap pun ala kadar sahaja. Hendak ditolak, dia bukan ada cara lain nak balik melainkan dengan menumpang Amsyar.

"Haura dari tadi diam je? Kenapa ni?" Penat dia cover line Haura punya silap pasal daun sup tadi, sudahnya diam juga budak ni.

"Haura segan..." Setiap kali dia bertentang mata dengan iris coklat Amsyar, terimbau semula saat dia membuat salah satu keputusan besar dalam hidup untuk memberitahu Amsyar tentang perasaan dia sebaik sahaja Amsyar dan Hawwas mengambil subjek terakhir bagi peperiksaan SPM. Dan setiap kali dia teringat momen tersebut, Haura pasti akan teringat juga saat Amsyar menolak perasaan dia tanpa berdolak dalik, terus tanpa berbalik-balik namun tetap lembut, dengan senyuman. Dia tahu, niat Amsyar sebenarnya tidak ingin memalukan dia tapi rasanya kalau tidak sudi, tolak lah dengan kekasaran. Makilah, Jeritlah sedikit. Sakit, pasti, tapi lebih sakit kalau ditolak dengan kelembutan. Akan ada tersisa harapan dalam lubuk hati.

Tetapi Haura tahu, Amsyar tak akan pernah tinggi suara baik pada dia mahupun orang luar. Mama pernah cakap, Amsyar itu dididik dengan penuh rasa hormat pada wanita. Entah apalah yang Puan Khadijah makan semasa mengandungkan Amsyar.

••

"Duduk sini tau! Kau tengok aku dari jauh." Baru sahaja selangkah menapak, Haura berpatah semula pada kawan sekelas.

"Kenapa?" Soal Umi.

"Ramai sangat lah pula!" Entah kenapa, pelajar-pelajar lelaki suka sangat duduk beramai-ramai bagai menyertai rombongan sekolah. Sekejap lagi yang dipanggil Amsyar, yang menoleh satu kumpulan.

"Pergi je! Kejap lagi Amsyar balik, terlepas peluang. Pergi, pergi!" Tangan Umi menolak pinggang Haura yang berlapik pakaian sukan sekolah. Ikutkan tak wajib pun dia dan Haura datang hari ni namun soal hati, sanggup mereka berdua bangun pagi, digagahkan diri ke sekolah demi mencuri-curi pandangan Amsyar berbaju sekolah pengawas buat kali terakhir.

Ingatkan hanya Haura dan Umi sahaja yang memasang anak mata, ada juga beberapa pelajar perempuan yang turut berdiri di laluan kelas, berpura-pura memandang ke arah kiri kanan seolah-olah tercari-cari seseorang sedangkan yang dicari leka berborak.

"Haura!" Seru Hawwas bila nampak Haura bagai cacing kepanasan di hujung koridor sekolah. Dah kenapa pula budak ni. Tak sihat agaknya.

"Pergi! Pergi! Abang kau panggil tu! Bagitahu Hawwas, kita nak kenal-kenal." Sempat Umi meninggalkan pesan sebelum dipaksa Haura pergi.

"Eh, tak boleh! Abang Hawwas ni pemalas tau! Kau cantik, layak dapat yang lagi baik."

"Kalau Hawwas malas tak apa, aku rajin. Pergi cepat!" Tangan digerakkan seolah-olah menghalau Haura pergi.

Belakang tangan Hawwas naik ke dahi Haura sebaik sahaja Haura datang dekat. Tak panas pun?

"Haura tak demam lah!" Ditepis tangan Hawwas sebelum Haura membetulkan tudung. Sudah cantik awning dia tanpa gelembung sana sini, dipegang-pegang pula.

"Abang ingatkan demam, macam tak kena je abang tengok tadi. Haura balik dengan abang lah. Tunggu sekejap." Dibiarkan Haura di sebelah sambil Hawwas menyambung perbualan.

Anak mata Haura diangkat, jatuh pada Amsyar yang berdiri dengan tangan disilang ke dada, tali leher sekolah tadi ditarik ke bawah, lengan baju dilipat hingga ke siku.

Perasan sahaja diri dia diperhati, Amsyar mengubah pandangan ke wajah Haura yang sedang menyorok belakang badan Hawwas. Sekilas bertentang anak mata, Haura mengalihkan anak mata. Amsyar menoleh semula pada rakan yang lain. Selang beberapa saat, timbul semula perasaan diperhati, Amsyar berpaling balik pada Haura.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now