Part 39

74K 3.4K 607
                                    

"Bawa kereta elok-elok, Amsyar. Sudah sudahlah menyakat bini kamu.." Telinga cucu dipiat piat. Rasanya semalam dia suruh Amsyar bawa Haura pusing keliling kampung, pulang sahaja, menangis si Haura. Bila pandang si Amsyar, bukan hendak dipujuk. Gelak sakan. Seronok sangat agaknya buat bini menangis.

"Dekat Kuantan tak ada lintah, nek. Jangan risau." Perli Amsyar. Perasan juga anak mata Haura yang dijegilkan pada dia. "Apa jeling-jeling? Abang lekat lintah dekat pipi pula karang, baru tahu. Nek, Am nak bawa balik lintah dua tiga ekor. Nak lekat dekat tangan Haura sebab suka sangat cubit Am."

"Abang ni!" Ikutkan hati hendak saja Haura ganyang Amsyar sepuas hati. Nasib depan ahli keluarga.

Jari jemari dibawa bercantum, gugup jantung bila langkah dibawa perlahan ke kak Safiyah. Sejak kejadian yang berlaku di dapur dua hari lepas, dia langsung tak berborak dengan Safiyah dan Aliah. Bersua muka pun jarang. Puas dia mengelak, tapi sebelum pulang, Amsyar sudah pesan pada dia untuk salam kak Safiyah dan kak Aliah. Tak baik, kata Amsyar.

Berhenti sahaja depan Safiyah, tubuh Haura ditarik dan dipeluk erat. "Haura masih Haura yang sama pada akak. Haura masih perempuan yang cukup sempurna buat Amsyar. Haura, akak, Aliah, semua sama je. Bezanya aib akak, keburukan akak, Allah masih tutup. Haura jangan sedih-sedih, tau? Pasal apa yang akak dengar, akak janji dengan Haura, akak simpan sampai mati."

"Terima kasih, akak.." Tahan lah macam mana pun, bukan Haura kalau tak menangis. Tersenyum Amsyar bila perasan tindakan Haura yang mengesat air mata dalam diam.

Berhenti sahaja di R&R, segala jenis makanan dibeli Haura. Amsyar yang pada awalnya hendak bertanyakan tentang perbualan Haura dan Safiyah tadi, terbantut  niat dia bila melihat isteri dari tadi mengunyah makanan. Dalam pada dia sibuk mengunyah, sibuk juga dipelawa pada Amsyar.

"Abang nak?"

"Apa tu?" Banyak sangat makanan sampai Amsyar terpaksa tanya mana satu yang ditawar pada dia.

"Jagung!" Dicedok satu sudu penuh jagung dan disua pada suami yang masih menguncikan anak mata pada jalan raya. Sibuk Haura sambung mengunyah, bunyi telefon bimbit Amsyar memecah kesunyian.

"Tolong tengokkan, sayang." Telefon yang diletakkan antara tempat duduk dihulur pada isteri. Tersenyum simpul Haura bila nampak gambar dia sebagai latar belakang gambar pada skrin telefon Amsyar.

"Haura tak tahu password abang.."

"220523" Biarpun anak mata menghadap pada jalan raya, nampak jari Haura menari pada atas skrin telefon.

"Unknown number lah, abang?"

"Biarlah. Kalau penting, dia call balik." Telefon yang dihulurkan semula pada Amsyar tidak diambil. "Haura pergi dekat setting, tekan Face ID. Add Face ID Haura dalam phone abang."

"Kenapa? Tak nak lah, nanti Haura boleh buka phone abang sesuka hati.."

"Bagus lah? Haura boleh jawab call abang waktu abang tidur." Tak ada benda pun yang dia hendak sorok daripada Haura. Selain ahli keluarga perempuan, nombor Haura sahajalah nombor telefon wanita yang ada dalam telefon Amsyar. Sewaktu dia berkenan hendak jadikan Haura isteri, baru dia minta nombor telefon Haura dari Amsyar buarpun dia jarang sekali hendak telefon tanpa sebab.

Mulut kata tak nak, tapi laju sahaja Haura masukkan Face ID pada telefon suami. Kalau tuan badan dah bagi lampu hijau, apa salahnya.

"Oh! 220523 tu nombor apa? Hari jadi Haura bulan 2, hari jadi abang bulan 8, kita kahwin bulan 6. Bulan 5 ada apa?" Soal Haura. Telefon Amsyar masih pada tangan.

"Tarikh abang ambil awak dekat rumah papa. Haura pakai abaya hijau waktu tu.."

"Kenapa dengan abaya hijau tu?" Berkerut kening Haura. Biasanya, tarikh tarikh penting sahaja yang dijadikan kata laluan. Tarikh Haura pakai abaya hijau, tak ada perkara penting yang berlaku pun? Hanya keluar untuk ambil baju kahwin sahaja.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now