Part 28

64.4K 3.5K 795
                                    

Gear tangan dinaikkan sebelum Haura turun dari perut kereta. Masuk sahaja ke perkarangan rumah Amsyar, nampak kereta Myvi berwarna putih. Dalam hati terdetik mungkin rakan Puan Khadijah agaknya. Seperti yang disebut Amsyar beberapa hari lepas.

"Assalamualaikum.."

Kaki melangkah sahaja ke dalam rumah, nampak Puan Khadijah bercakap dengan seorang perempuan. Mesra sungguh, penuh dengan gelak tawa. Gelak tawa yang sudah jarang Haura dengar.

"Assalamualaikum, mama—" Tangan Haura mencapai tangan mertua di atas meja makan untuk dikucup belakang tangan.

"Buat apa dekat sini, Haura?" Cepat Puan Khadijah menarik tangannya daripada genggaman menantu.

"Haura ingat nak teman mama sementara abah ada kursus ni. Haura dah minta izin abang dah!" Lebar senyuman Haura memandang mak mertua sebelum anak mata dialihkan pada tetamu. "Hai! Haura,"

"Ameera," Ameera berjabat dengan tangan Haura, sambil dia sibuk menilai rupa pasa Haura yang cukup cantik.

"Haura kenal ke dengan Ameera? Dulu, Amsyar suka sangat tau dengan Ameera ni." Puan Khadijah bersuara.

"Oh, abang Am tak pernah cerita pula dekat Haura.. mungkin tak penting sangat. Haura naik atas dulu, mama." Beg galas kecil dibetulkan dalam genggaman sebelum melangkah ke birai tangga.

"Amsyar dulu berniat nak buat Ameera ni jadi isteri." Sengaja Puan Khadijah meninggikan suara. Takut Haura tak dengar pula kalau perlahan.

"Tak ada jodoh, mama." Balas Haura berserta dengan senyuman sebelum dia naik ke bilik.

Katalah apa pun, sebelum dia terima lamaran Amsyar, dari awal lagi dia pasang niat untuk percayakan Amsyar lebih daripada mulut orang. Pengakhirannya memang dia juga yang tidur satu katil dengan Amsyar. Jika ada perasaan ingin tahu, syak wasangka, pada siapa lagi yang dia sepatutnya bertanya melainkan dengan suaminya sendiri. Macam mana Amsyar terimanya dengan kisah silamnya, macam tu jugalah dia belajar untuk terima kisah Amsyar biarpun ada yang masih belum diceritakan.

Lama Haura duduk di bilik. Hendak turun, dari tadi dia dengar Puan Khadijah berborak dengan Ameera. Rindu pula hendak berborak dengan mak mertua. Entah apa silapnya sehinggakan Puan Khadijah tarik muka sampai begini.

Malam menjengah tiba, langkah Haura laju menuruni anak tangga. Hendak menyediakan makan malam untuk dirinya dan mertua. Tiba di dapur, kosong. Sunyi sepi. Dalam pada dia leka mengambil bahan-bahan yang diperlukan, Puan Khadijah bersuara. Entah datang dari mana.

"Buat apa kat dapur mama?"

"Oh, mama! Haura nak masak makan malam. Tadi Haura jumpa resepi ni, ingatkan—" Semangat Haura ingin bercerita sebelum dipotong Puan Khadijah.

"Tak payah. Mama tak lapar pun."

"Mama makanlah sikit, nanti—"

"Mama tak suka Haura pegang barang barang dekat dapur mama." Tegas Puan Khadijah. Panas sahaja hatinya bila nampak Haura menyentuh segala perkakas masakannya tanpa izin.

"Haura— Haura minta maaf.." Tangan pada papan pemotong jatuh ke sisi peha.

"Kamu ingat kamu siapa? Tuan besar dalam rumah ni? Sebabkan Amsyar lebihkan kamu daripada mama?"

"Haura cuma nak masak makan malam untuk mama.."

Tersentak Haura bila Puan Khadijah menghentak papan pemotong tadi ke sinki. Bunyi kuat seakan terbelah dua papan tersebut. "Aku jijik dengan kamu, Haura. Jijik dengan perangai kamu yang berlagak baik bagaikan malaikat depan aku."

"Haura—"

"Aku tak rela kamu jadi menantu aku! Aku tak rela anak aku memperisterikan perempuan yang tak reti jaga maruah diri!" Kuat suara Puan Khadijah memecah kesunyian rumah. Sedikit pun  tidak memberi ruang untuk Haura membuka mulut.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now