Part 27

67.9K 3.4K 459
                                    

Jam Rolex Daytona dipakai pada pergelangan tangan kiri. Duffel bag kecil yang telah diletak atas katil diangkat sebelum Amsyar menoleh pada Haura, macam biasa, belum apa-apa lagi birai mata dah basah.

"Jaga diri, sayang. Lagi 3 minggu abang balik." Jari telunjuk Amsyar menolak lembut dagu isteri, kening Haura dikucup.

"Abang jangan tinggal Haura lama-lama!" Jari kelingking dibawa separa dengan mukanya.

"Genap 3 minggu abang terpacak depan pintu rumah. Insha Allah. Apa-apa Haura bagitahu abang. Jangan simpan." Jari kelingking Amsyar dikunci bersama jari Haura sebelum dibawa rapat ke bibir untuk dikucup.

Selesai sahaja dia salam, memberi tanda hormat pada mertua, kereta dipandu keluar terus ke rumahnya sendiri. Baru sahaja meninggalkan Haura tak sampai satu jam, hatinya sudah mula terasa berat akan rindu.

"Assalamualaikum," Amsyar menyapa, sebelum membawa kaki melangkah masuk ke rumah. Tampak rupa mama dan abah memandang melepasi tubuhnya saat dia melangkah dekat untuk mencium tangan kedua orang tua.

"Haura mana, Am?" Encik Ilham bersuara.

"Haura tinggal rumah mama 3 minggu ni, bah." Belakang tangan Puan Khadijah dikucup sebelum dia mengambil tempat di sofa ruang tamu.

"Dah kenapa tiba-tiba nak lari rumah Datin. Adalah nak mengadu tu. Nak cakap mama dera dia ke? Angkat tangan pun tak. Tengoklah nanti." Perli Puan Khadijah.

"Tak adalah, mama. Am yang suruh Haura duduk sana. Dia tak habis lepas rindu lagi tu. Am naik atas dulu, nak ambil barang sikit." Badan ditundukkan sedikit saat dia berjalan melepasi Encik Ilham dan Puan Khadijah.

"Kamu bertolak bila, Amsyar?"

"Kejap lagi, bah. Lepas ambil barang ni Am terus gerak. Tak nak sampai lewat sangat." Terus langkah dibawa naik ke bilik, beberapa helai baju tshirt dilipat kemas, sebelum diasingkan. Sedang dia sibuk menyusun baju ke dalam duffel bag, telefon Amsyar berdering. Tersenyum lebar saat mata terbaca nama pada skrin telefon.

"Hai!" Haura menyapa.

"Hai, sayang. Awalnya Haura call. Rindu dah ke?" Soal Amsyar, senyuman masih lebar terlekat pada raut wajah.

"Mana ada! Haura tertekan je." Anak mata Haura dibawa ke atas, enggan mengaku biarpun sudah terang lagi bersuluh.

"End call lah kalau macam tu?

"Tak nak! Haura nak tengok abang susun baju." Tergelak kecik Amsyar mendengar kata-kata Haura. Apa sahaja yang dibuat Amsyar, Haura suka terlibat sama. Kadang dibiarkan sahaja si isteri dalam video call, sambil Amsyar melayan perlawanan bola pada tengah malam.

••

Haura yang sedang leka berborak dengan Mek Jah terdiam saat Dato' Azham turun, tempat bertentangan Haura diambil.

"Dato' nak air?" Soal Mek Jah, tangan sudah menggapai cawan teh.

"Siapa yang masak ni, Mek Jah?" Rasanya Datin Suhaila keluar makan dengan kawan baiknya. Lauk yang dihidang hari ni seakan terlebih banyak pula dari biasa.

"Haura yang masak. Dato' rasalah. Haura sekarang dah pandai masak tau. Boleh masuk MasterChef!" Ikutkan dia hendak masak satu lauk sahaja. Sejak jadi isteri orang ni makin rajin pula si Haura ni.

"Ish, Mek Jah ni.." Dicuit siku Mek Jah supaya berhenti bercakap. Sudahlah dia dan papa masih lagi belum baik sepenuhnya, melambung lambung pula dipuji. "Kalau papa tak nak rasa, tak apa, Mek Jah ada masak lauk lain untuk papa.."

"Siapa cakap papa tak nak rasa? Mek Jah, tolong ambilkan saya pinggan, boleh?"

"Eh, tak apa, Mek Jah. Haura ambilkan." Buat pertama kali, Haura nampak senyuman Dato' Azham padanya. Setelah berbulan diherdik, direndah-rendahkan, ternyata dia masih diterima.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now