Part 44

86.2K 3.9K 326
                                    

Baru sahaja hendak ke dapur, berselisih dengan Haura yang seakan terburu buru. Sempat dipaut lengan isteri, ditarik supaya menghadap dia.

"Haura ada meeting ni! Dah lambat. Abang janganlah kacau!" Puas Haura pukul lengan suami, baru terlepas dari pegangan. Terus hilang dari pandangan bila dia berlari anak menaiki anak tangga terus ke bilik.

"Haura tu ada hal apa, Amsyar?" Soal Mek Jah.

"Ada meeting, Mek Jah. Dia sendiri yang lambat, Am pula kena marah. Mek Jah nak buat apa ni? Orang boleh tolong." Bekas berisi kentang yang dipapah Mek Jah bertukar tangan.

"Nak buat tauhu bergedil untuk Haura. Lama tak buat. Am naik lah atas, temankan si Haura."

"Eh, tak naklah. Nanti kena marah lagi. Am tolong Mek Jah jelah. Orang power kupas kentang." Pengupas kentang dari tangan Mek Jah diambil, dikupas kulit kentang yang pertama.

"Am balik Penang bila?"

"Lusa, Mek Jah. Kenapa? Mek Jah dah rindu ke? Kalau rindu, kena kongsi lah dengan Haura sebab orang ada satu je ni." Tampak riang pada raut wajah Mek Jah bila diusik Amsyar.  Lagi riuh rumah ni bila baliknya Haura dan Amsyar. Jarang hendak tengok Dato' Azham kerap di rumah. Biasanya pagi sahaja hilang entah ke mana. Pulang sahaja anak bongsu, hampir setiap jam nampak wajah beliau di rumah ni. Betul lah, kata Hawwas. Dato' Azham sayang betul pada Haura. Lebih dari Hawwas sendiri.

"Rindu Mek Jah pun, rindu lagi si Haura tu pada kamu."

"Nanti orang balik Penang, Mek Jah tengok tengokkan Haura, boleh? Kalau dia nak makan apa apa, Mek Jah layankan aja, nanti orang balik, orang take over." Biarpun dia tak semahir Mek Jah dalam bab memasak, benda boleh belajar. Sanggup lah dia belajar resipi turun temurun jika Haura mengidam nak makan makanan apa sekalipun.

"Boleh, Am. Mek Jah pun larat lagi nak layan budak tu. Am pernah buat tauhu bergedil ke?" Satu persatu biji kentang yang dikupas Amsyar dibawa pada papan pemotong untuk dipotong kecil.

"Tak pernah, Mek Jah. Orang tak suka tauhu, tak pernah makan tauhu bergedil." Balas Amsyar. Kalau di rumah pun, mama dan abah je yang selalu makan. Belum lagi ada keinginan hendak rasa.

"Eh, tauhu bergedil ni makanan kegemaran si Haura tau. Kalau Mek Jah buat hari hari pun dia tak pernah merungut." Selama ni dia ingat Amsyar makan sahaja apa pun, rupanya memilih juga.

"Tak makan pun, orang nak belajar cara nak buat tauhu bergedil ni daripada Mek Jah. Esok lusa Haura nak, orang boleh buatkan. Dah habis kupas dah, Mek Jah. Kan orang cakap orang power bab ni. Dulu orang tolong mama sambil tutup mata je."

"Banyaklah kamu! Mek Jah sumbat kentang ni dalam mulut tahulah." Ubi kentang yang belum dipotong disua pada wajah Amsyar. "Kamu balik Penang, buat apa, Amsyar?"

"Kerja lah, Mek Jah. Kalau tak, buat apa orang balik sana. Jauh dengan isteri pula. Pagi ke petang ada latihan, latih anak buah. Malam dengar Haura membebel pula." Anak mata mengerling pada bahagian tangga, kot kot lah Haura turun.

"Dulu waktu sekolah, kamu lah lelaki pertama yang pernah buat Haura menangis. Nasib baiklah, dapat juga kamu pada Haura. Lama budak tu tunggu kamu." Mek Jah bersuara, dikantoikan juga rahsia Haura yang disimpan selama ni.

"Ha? Am buat Haura nangis? Eh, bila? Pandai-pandai je Mek Jah ni buat cerita.."

"Dia balik sekolah, menangis teruk sampai Dato' ingat ada orang pukul. Rupanya Amsyar tak nak terima dia punya, apa orang putih panggil? Confession? Entah ler.." Ingat lagi, riuh rendah rumah ni bila si bongsu balik menangis teresak-esak bila cinta ditolak.

"Oh.." Ulas bibir diketap. "Menangis juga dia, Mek Jah. Orang ingat lagi waktu tu orang bagi alasan sehabis baik kenapa orang tak boleh terima dia, Haura balas apa tau, Mek Jah tahu?"

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now