Part 24

66.5K 3.7K 536
                                    

"Mama dengan abah dalam bilik kot..abang?"

"Haura turun dulu." Telefon bimbit pada tangan dihulurkan pada Haura sebelum Amsyar berhenti depan daun pintu bilik mama. Terdengar perbualan mama dan abah yang cukup jelas dek kerana pintu yang dibiarkan terbuka sedikit.

"Saya rasa serba salah sebab saya, Amsyar dapat isteri macam ni. Sebab saya, anak saya memperisterikan perempuan sundal!"

Tersentak Amsyar saat mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Puan Khadijah, wanita yang melahirkan dia, menyusukan dia, membersarkan dia memanggil isteri dia sendiri dengan gelaran yang cukup kasar. Sempat Amsyar berpaling ke arah tangga, takut andai Haura terdengar apa yang dikatakan. Syukur bila terdetik dalam hati dia untuk suruh Haura tunggu di bawah. Masuk sahaja ke bilik, nampak Encik Ilham berdiri bercekak pinggang, Puan Khadijah duduk pada birai katil, menangis teresak esak. Amsyar melangkah masuk, lutut menyembah tanah depan syurganya sendiri, dalam hati berdoa untuk Allah lembutkan hati wanita di depannya sekarang.

"Bagi Am cakap dulu, ma. Dengar dulu apa Am nak cakap. Kalau mama tak boleh hormat Haura sebagai menantu mama, Am minta mama hormat dia sebagai isteri Am, anak mama sendiri. Jangan panggil dia dengan gelaran tu, ma. Benda dah lepas, Am—"

Pedih rasanya bila Amsyar ditampar. Bukan tak pernah rasa, sewaktu dia prajurit dulu banyak kali muka menjadi mangsa. Tapi sakit bila ditampar dengan syurga sendiri lain sakitnya. Sakit yang lebih pada tersirat.

"Jah—" Encik Ilham cuba meleraikan keadaan.

"Kamu tahu, Amsyar? Kamu tahu dari awal? Kalau kamu tahu, kenapa kamu buat keputusan nak kahwin dengan dia?!" Tangan Puan Khadijah digenggam pada kolar kemeja-t Amsyar, direntap kasar seakan melepaskan geram. "Banyak kali, Amsyar. Banyak kali mama ingatkan kamu mama tak nak perempuan yang buruk kisah silamnya dengan anak mama!"

"Am sayangkan Haura, ma.. itu sahaja alasan kenapa Am buat keputusan untuk kahwin dengan Haura. Am sayangkan dia.."

"Mama ni, Am!" Tangan Puan Khadijah menampar lengan Amsyar sekuat hati. Bertubi tubi tamparan yang diberi, Amsyar hanya tertunduk, diam, memberi ruang pada Puan Khadijah untuk bercakap, membuka mulut hanya apabila mama menuduh, memanggil isterinya dengan gelaran kasar. Dia tak ingat Haura dikutuk, dicaci dan dia juga tak nak mama dapat dosa hanya kerana mama hilang kawalan akan perasaan sendiri.

"Mama yang besarkan kamu selama ni, Amsyar! Mama yang bagi kamu makan minum! Bila besar, Amsyar ketepikan perasaan mama! Apa yang perempuan tu buat pada kamu?!" Jari telunjuk ditunjal pada tengah dada Amsyar, berkali kali. "Mama syurga Am! Syurga kamu, Amsyar Dizhwar! Am dah lupa ke?!"

Melihat Amsyar hanya mendiamkan diri, Encik Ilham bersuara. "Biarpun kisah silam Haura tak macam apa yang awak harapkan, benda tu dah lepas pun. Berdosa awak cakap Haura itu ini kalau dia dah betul berubah. Ingat Allah.."

"Habis tu kalau orang tahu, abang nak saya cakap apa dekat orang? Punyalah sibuk saya cerita dekat kawan kawan saya tentang baiknya anak saya, tahu-tahu kahwin dengan perempuan murah macam tu?!"

"Ma.." Amsyar mencelah.

"Bangun, Amsyar. Jangan buat Haura tertunggu tunggu kamu dekat bawah." Pinta Encik Ilham. Kesian tengok anak teruna sampaikan perlu merayu.

"Tapi, bah.."

"Bangun."

Tangan Puan Khadijah yang menyepak, menunjal badan Amsyar tadi dipaut, dicium belakang tangan sebaik sahaja Amsyar bangun. Sempat dikucupkan bibir pada pipi syurganya sambil memeluk erat tubuh Puan Khadijah seraya berbisik. "Am minta maaf, mama. Am minta maaf Am banyak menyusahkan mama. Am minta maaf Am banyak kecewakan mama. Bukan niat Am untuk ketepikan mama. Am mengaku, Am bukan anak yang baik tapi bila mama sakit, Am lagi sakit, ma. Sakit lagi bila Am penyebab gugurnya air mata mama. Hari-hari, ma. Setiap kali Am sujud, Am minta pada Allah untuk jadikan setiap air mata yang gugur dari mata syurga Am atas kepentingan Am, menjadi sungai buat mama di syurga. Tapi demi Allah, mama, demi Allah. Tak pernah sekali pun Am berniat untuk derhaka dengan mama. Setiap pilihan dan keputusan Am dalam hidup, Am fikirkan mama dan abah dulu sebab Am tahu Am perlukan redha mama untuk Am berjaya. Ma, percayalah cakap Am, pilihan Am untuk jadikan Haura sebagai bidadari syurga Am adalah pilihan yang tepat. Am percaya Allah titipkan perasaan ni sebab Allah nak Am bimbing dia. Mama jangan nilai dia dari kisah silam dia. Dia terpesong, betul, dia buat silap. Tapi tu dulu, ma. Sekarang Haura ada Am. Walaupun Am tak sebaik mana tapi Am yakin Am dapat didik dia. Mama percayalah dekat Am, percayalah dekat Haura. Mama bagi Haura peluang.." Sempat air matanya dilap sebelum Amsyar bangun, tunduk dan mengucup belakang tangan Encik Ilham sebelum dia keluar. "Am pergi dulu, bah, ma. Lusa Am balik. Assalamualaikum.."

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now