Part 18

70.2K 3.5K 239
                                    

Kunci tali pinggang dilepaskan, pandangan beralih pada Haura. "Haura nak tunggu sini?"

"Haura nak ikut, boleh?" Walaupun jawapan belum diberi, Haura juga telah melepaskan tali pinggang. Dia jarang ikut Amsyar ke markas pangkalan. Teringat pula kali pertama dia temankan Amsyar ke sini. Imej Amsyar serta merta berubah bila menjejakkan kaki di pangkalan. Hilang Amsyar Dizhwar yang Haura kenal dari sekolah, Amsyar Dizhwar, suami Haura. Membuntang tegak Mejar Amsyar, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia.

"Abang ada misi kemanusiaan lagi?" Kalau ditanya, dia masih belum sedia. Walaupun dia masih belum boleh beri sepenuh hatinya pada Amsyar, masih susah dia hendak bayang ketiadaan Amsyar selama berbulan lama.

"Tak, sayang. Abang rasa macam nama abang naik untuk LIMA tahun ni. Kalau betul, abang kena mula lapor diri dah." Tangan Haura digenggam kemas.

Aniq melemparkan senyuman sebaik sahaja bersuka muka dengan kawan baik. Sejak jadi lelaki orang, makin elok. Agaknya kalau dia perempuan, menggeletis dia gamaknya. Terlihat tangan Amsyar memaut erat tangan isteri. Tercuit sedikit hati Aniq. Betul lah, Allah sebaik-baik perancang. Rasanya hari tu sempat dia bergurau dengan Amsyar tentang salam tok kadi, jadi kenyataan pula kata-kata dia.

"Am, aku dengar pikachu kau masuk bengkel hari ni." Aniq bersuara.

"Nama aku naik ke?" Soal Amsyar.

"Kau rasa? Masuk bengkel dah pun. Tak payah tunggu senarai keluar, Am. Memang naik jawabnya. Kenapa? Takut nak berpisah dengan bini ke, Am?" Senyuman lebar diberikan pada Haura. Cantik orangnya. Sama cantik, sama padan.

"Ha'ah, Niq. Takut nak jauh dengan bini." Jawab Amsyar. Dilayankan saja gurauan Aniq.

"Kuantan-KL je, bangang!" Anak mata Aniq dibawa ke atas. Hari tu macam tak nak sangat kahwin. Sekarang tak boleh renggang pula.

"Tunggu lah kau kahwin nanti. Tahulah apa aku rasa. Nama dah keluar, bagitahu, Niq. Nanti inform sekali tarikh lapor diri. Aku gerak dulu." Dari tadi, tangan Haura tak terlepas dari genggaman Amsyar. Takut bini lari gamaknya ataupun sengaja hendak menunjuk pada kawan baiknya yang sudah bertahun jadi tunang orang ni.

"Awal, Am? Lepak lah dulu. Tak rindu anak buah ke?" Perli Aniq.

"Rindu isteri lagi, Niq." Balas Amsyar dengan sengaja, langkah ke kereta diatur semula.

"Ah, kau! Tunggu aku kahwin, Am. Ingat kau seorang je boleh show off bini." Leher Amsyar dipukul lembut. Walaupun pangkat Amsyar lebih tinggi diri dari diri, Amsyar tak pernah kisah soal pangkat sekiranya di luar waktu bertugas. Kadang Aniq sendiri terlupa gelaran Amsyar sebagai Mejar dalam skuadron dia.

"Siapa pikachu?" Soal Haura, sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam perut kereta semula.

"Aset TUDM yang abang bawa tu, nama manja dia pikachu." Jelas Amsyar. Enjin kereta Audi R8 dihidupkan.

"Kenapa?" Tidak pernah pula Haura tahu ada nama manja bagi setiap aset.

"Dia ada jalur kuning dekat badan. 8 aset yang Malaysia ada, dia satu je yang ada jalur kuning."

"Kenapa kuning?" Soal Haura lagi.

"Warna Malaysia kot? Entah lah, sayang." Selama dia bawa, tak pernah tertanya pulak kenapa kuning warna di badan jet tu.

"Biru, merah pun warna Malaysia?"

Penat kepala Amsyar hendak fikirkan jawapan, akhirnya dia hentam sahaja. "Nanti abang tanya jeneral kenapa warna kuning eh, sayang?"

Peha Amsyar dicubit. Penat dia menunggu jawapan yang serius. "Betul-betul lah, abang!"

"Abang tak tahu, Haura. Waktu abang diberikan tugas bawa pikachu tu pun warna dia dah memang kuning. Lagipun bukan abang yang beli dia, Malaysia yang beli. Kalau abang beli, Haura bolehlah warna jet tu ikut suka hati Haura." Amsyar tertawa kecil bila lihat muka si isteri yang tak puas hati.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now