Part 22

64.1K 3.4K 505
                                    

"Isteri kamu mana, Amsyar?"

"Bilik, bah. Dari tadi dengan kes. Rasanya perbicaraan anak guam dia lagi 2 minggu." Amsyar yang duduk seorang diri di ruang makan tadi kini disertai Encik Ilham.

"Kenapa kamu tak teman dia?"

"Am nak teman, dia suruh Am duduk bawah. Takut mama perlukan Am." Jari jemari dibawa pada rambut sambil menundukkan kepala.

Tampak serba tak kena Amsyar pada Encik Ilham. Kesian, kalau ikutkan. Semua dek kerana Puan Khadijah yang tiba tiba tak puas hati dengan menantu, anak terkena tempias.

"Kamu naiklah, teman Haura. Kamu balik ni pun tak lama. Esok nak ke rumah mertua?" Soal Encik Ilham. Rasanya haritu Haura ada beritahu.

"Ha'ah, bah. Sekejap je. Am tak nak Haura pergi sendiri, takut mama papa cakap apa pula nanti."

"Eloklah tu. Kamu pun jarang ke sana. Pasal mama kamu ni, jangan dilayan sangat." Bahu Amsyar ditepuk lembut.

"Mama.."  Amsyar yang tersentak dengan apa yang ada dalam kepala, terus membatalkan niatnya untuk bertanya.

"Mama apa, Amsyar?" Soal Encik Ilham.

"Tak ada apa, bah. Terlepas cakap pula." Rasa berdoa pula hendak bertanya. Seakan dia beranggapan buruk pada syurganya sendiri.

"Kamu nak tanya pasal mama dengan Haura?" Tekaan Encik Ilham tepat, membuatkan anak terunanya hanya diam. "Entahlah, Am. Mama kamu tu, biasalah, cerewet. Am jangan lupa tanggungjawab Am sebagai suami. Jangan dibiarkan Haura tu hanya sebab mama tu syurga Am."

Amsyar hanya akur. Selama ni dia ingat dia seorang sahaja yang rasa serba tak kena dengan hubungan mama dan Haura. Rupanya abah juga sedar.

••

Badan yang dilabuhkan atas katil dibawa mengiring, sengaja dipandang Haura yang dari tadi fokus betul pada komputer riba.

"I love you."

Jari Haura yang leka menaip pada papan kekunci terhenti saat perkataan dari mulut Amsyar sampai ke telinga. Selama ni, tak pernah lagi kata-kata tu keluar dari mulut Amsyar.

"Sayang, I love you."

Pipi merah Haura diusap. Rindunya hendak mengusik Haura tanpa sebab. Biarpun ayat dia tak dibalas, senyuman simpul pada bibir Haura cukup untuk buat dia tertawa kecil.

"Janganlah abang.." Balas Haura, tangan Amsyar yang dari tadi mencuit pehanya dipaut. "Haura tak nak cakap perkataan tu balik."

"Abang tak suruh pun Haura sebut balik? Perasannya isteri abang."

Lengan Amsyar dicubit. Terbaring semula Amsyar pada katil. Ingatkan dua minggu tak jumpa, dapatlah belaian, ciuman manja. Dapat kesan lebam sahaja.

"Haura takut." Pen di tangan Haura ditekan tekan diantara jari jemari Amsyar. Segan dia hendak bertentang empat mata.

"Haura takut apa?"

"Haura takut nak bagi hati Haura dekat abang." Badan Haura  yang menghadap fail-fail tadi dipusing menghadap suami yang masih dalam posisi baring mengiring.

Biarpun dia tahu jawapan pada kerisauan Haura, tampak cara Haura bercakap seakan dia ingin meluahkan apa yang terpendam. "Kenapa?"

"Sebab...kali pertama dan kali terakhir Haura percayakan kaum Adam, Haura hilang arah, hilang panduan, hilang celik akal untuk fikir mana halal haram. Haura hampakan mama dengan papa."

Tangan Haura yang dari tadi bermain dengan jari Amsyar akhirnya digenggam, dibawa ke bibir untuk dikucup sebagai tanda keyakinan untuk Haura luahkan lagi apa yang tersimpan lama dalam hati. Kata kata Haura dibiarkan tak berbalas, namun raut wajah Amsyar cukup untuk memberikan ketenangan pada Haura, untuk menyambung lagi perbualan.

"Abang bagi Haura masa, boleh? Haura minta maaf Haura hampakan abang sebagai seorang isteri."

Buku buku jari Haura diusap lembut. Senyuman pada wajah Amsyar kekal, biarpun pada Haura, apa yang dikatakan tadi cukup berat.

"Boleh, sayang. Abang tak ada niat pun nak paksa Haura untuk terima Am secepatnya. Kalau masa yang Haura perlukan, Am bagi. Kalau Haura minta Am tunggu, Am tunggu."

Lesung pipit Amsyar dicubit manja. "Abang marah..?"

"Tak adalah. Tak marah pun, sayang. Tapi tanggungjawab Am sebagai ketua keluarga, sebagai seorang suami, Am masih perlu jalankan, ye, sayang?" Tangan Haura dalam genggaman sengaja ditarik supaya Haura baring sebelah badannya. Kepala Haura diletakkan atas bahu Amsyar. "Am dah ambil awak dari orang tua awak. Kenalah Am jaga permata Am seorang ni."

Rambut Haura diusap, sengaja disengetkan kepala supaya pipinya bersentuh dengan rambut isteri. "Orang dah bagi masa ni, Haura tidur peluklah abang juga. Macam sekarang ni. Sunyilah kalau tak ada Haura. Sejuk je. Kadang tu sampai menggigil. Takut demam je. Kalau demam, tak pasal-pasal kena cari pengganti untuk pikachu tu. Mejar Arif tengah cuti, isteri dia dah sarat. Abang jelah yang ada pun."

"Selimut kan ada?" Haura tergelak bila Amsyar menghela nafas.

"Selimut time bujang boleh lah, sayang. Ni dah ada isteri." Tangan Amsyar beralih pada belakang badan Haura. Sengaja tangan dibawa bawah baju isteri, diusap kulit Haura yang sejuk pada sentuhan. "Lagipun minggu depan abang dah kena masuk bertugas balik. Kalau abang rindu macam mana?"

"Mengada lah abang ni." Pen ditangan Haura dicucuk pada tulang rusuk Amsyar.

"Tak rindu ke? Haritu waktu abang telefon, Haura juga macam nak menangis sebab rindukan abang. Ni Haura depan muka pun abang dah rindu. Macam mana ni sayang?"

"Ish! Janganlah buat Haura malu." Andai  Amsyar dapat lihat muka dia sekarang, rasanya sudah seakan buah tomato agaknya. "Esok kita pergi makan cafe yang Haura tunjuk dekat abang lepastu kita pergi rumah mama kan?"

"Iya, sayang. Kan abang dah janji. Haura rindu mama dengan papa?" Tangan kanan Amsyar dibawa ke mulut saat dia menguap. Lagi mudah rasa mengantuk bila dipeluk Haura agaknya.

"Rindu! Haura rindu Mek Jah dengan abang Hawwas juga. Abang dah mengantuk ke? Haura punya kerja tak habis lagi ni. Abang kata nak teman Haura buat kerja.."

"Esok esoklah sambung, sayang. Dah selesa dah ni. Banyak dah setan bergayut dekat mata abang."

••

Beg kecil berisi pakaian Amsyar dan Haura dibawa ke bonet kereta. Perempuan, berilah masa berapa lama sekalipun, tetap tak akan pernah siap on time.

"Abang tunggu kejap! Haura nak betulkan tudung."

"Dah cantik, sayang. Betulkan apa lagi?" Rasanya sepuluh kali betul pun sama aja bentuknya tapi malas hendak ditegur, karang cebik pula budak ni.

"Tak cantik lagi! Sekejap je!" Segera Haura melangkah naik semula ke bilik. Selang beberapa minit, Puan Khadijah keluar, bersiap dengan baju kurung dan tudung bawal berwarna lembut.

"Ma, nak pergi mana?" Soal Amsyar. Kata abah, mereka berdua tak ada kemana pun hari ni.

"Am teman mama pergi rumah kawan mama, boleh? Ada makan-makan."

"Ha? Am nak bawa Haura ke rumah mama ni. Kalau mama minta tolong abah hantarkan, boleh?" Jawab Amsyar. Rasanya sudah diberitahu dari awal dia dan Haura ada urusan hari ni.

"Mama bosanlah dengan abah. Bagilah mama merasa keluar dengan anak mama pula." Desak Puan Khadijah.

"Tunggu Haura sekejap, boleh, ma? Pergi dengan Haura sekali. Nanti Am tinggalkan mama dekat rumah kawan mama."

Terus Puan Khadijah bercekak pinggang. "Mama nak keluar berdua dengan kamu je, Am. Lagipun kawan mama buat makan-makan, tak akan kamu tak nak singgah sekali. Lama kawan mama tak tengok kamu."

"Am dah janji nak bawa Haura keluar makan, ma.." Janji yang Amsyar buat sebelum dia ke Kuantan lagi. Haura banyak kali sebut tentang cafe yang baru dibuka di area KL, dari awal lagi dia berniat nak bawa Haura keluar. Dah lama tak keluar berdua dengan isteri.

"Apa yang susah sangat kamu ni, Amsyar? Habistu kamu nak lebihkan isteri kamu daripada mama ke sekarang ni?" Suara Puan Khadijah separa tinggi, geram dilayan begini oleh anak sendiri.

"Am bukan lebihkan isteri. Am dah janji dengan Haura, mama."

"Mama nak kamu teman mama ke rumah kawan mama. Janji atau tak, tak penting. Mama ni mak kamu, Amsyar."

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now