Part 12 (edited)

69.4K 4.5K 1.2K
                                    

Minyak wangi Chanel diletakkan balik di atas meja solek sebelum Haura turun ke ruang makan. Biasanya jika papa ada, Haura akan turun hanya bila papa beredar. Enggan bersua muka bukan sebab benci ataupun menyimpan dendam tetapi setiap kali dia ada dalam ruang yang sama, dia pastu diherdik, diungkit kisah lama. Tapi hari ini, dia terpaksa turun kerana perlu gerak awal.

Haura sedar, dia memang layak dilayan sebegini. Dia juga tidak terasa hati dengan apa sahaja yang diucap orang tuanya cuma rasa perihnya berkali ganda bila papa menhambur kata-kata seolah-olah dia bangga dengan kesilapannya hanya kerana dia berpura-pura baik dihadapan yang lain.

Sedangkan bengkak pada matanya tidak pernah zahir pada pandangan yang lain dek setiap malam meluahkan apa yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata pada 'As-Sami', yang lebih Maha Mendengar, lebih memahami apa yang tersirat.

"Haura, sayang, makan dulu?" Pelawa Datin Suhaila. Rindu nak dengar gelak tawa Haura di pagi hari.

"Tak apalah, mama." Senyuman dilemparkan walaupun sukar bila Dato' Azham sempat menjegilkan mata seolah-olah jijik bila berada dekat dengan dia.

"Haura, duduk. Abang ada benda nak cakap." Kali ini giliran Hawwas pula bersuara.

Hendak tak nak, dia terpaksa beralah. Hawwas juga yang akan hantar dia ke ofis sekejap lagi. Punggung dilabuhkan atas kerusi sebelah mama, Datin Suhaila terus menghulur roti bakar. Rasa bersalah Haura hendak menolak, diambil juga.

"Keluarga Amsyar...nak datang merisik Haura minggu depan." Bersegera Hawwas membawa anak matanya pada pinggan kaca di hadapan. Usah menegadah kepala, dia sudah dapat rasa tatapan hangat dari yang lain

Sudu yang menyua mee goreng ke mulut Dato' Azham terlepaskan jatuh ke birai pinggan. Giginya diketap, jelingan tajam pada anak sulung dibawa pula pada Haura. Geram sungguh dengan anak bongsu dia yang seorang ni. Yang haram, yang dilarang juga dibuat.

"Kamu buat apa, Haura?! Lagi aku larang, lagi kau buat. Tak cukup Haura cabar Tuhan, ambil ringan larangan Tuhan, Haura nak cabar papa pula?!" Tinggi suara Dato' Azham.

Roti bakar yang dikunyah terasa kelat. Terkelip-kelip kelopak mata Haura memandang Dato' Azham. Tangannya uang terletak atas paha dipaut Datin Suhaila dalam diam.

"Haura...tak buat apa, papa..."

Tangan Dato' Azham yang tadinya menggenggam sudu dihentak kuat ke meja. Bukan kata Haura, yang lain juga turut tersentak dengan bunyi pinggan dan cawan kaca yang menderang. "Berani kamu malukan lagi papa dengan mama depan Amsyar. Kamu cakap apa dengan dia sampai dia terus nak hantar merisik?!"

"Haura tak cakap apa... Haura sendiri tak tahu pasal ni.." Menggigil tangan Haura dalam pautan Datin Suhaila. Pandangannya terasa berat untuk diangkat.

"Makin papa larang, makin kamu buat, ye Haura. Tak sedar diri sendiri macam mana, masih nak akan si Amsyar tu. Agaknya memang kena ungkit setiap hari biar Haura sedar Haura tu perempuan macam mana. Kalau pada papa sahaja Haura adalah perempuan yang patut dikeji, pada Amsyar yang sebaik baik lelaki tu pula? Fikir sendiri lah, Haura." Belum sempat Datin Suhaila dan Hawwas berkata apa, Dato' Azham sudah bergerak menuju ke kereta.

"Haura tunggu sekejap ye, sayang? Mama pergi tengok papa." Belakang tangan Haura diulas lembut sebelum Datin Suhaila bangun menuju ke luar rumah.

"Makan lah, adik." Hawwas bangun, air teh o' panas dituang ke dalam cawan sebelum dihulurkan pada Haura. Tangannya naik membelai kepala Haura. "Papa tu...biar abang je lah yang settle kan."

Air mata yang turun mengukir corak pada pipi tadi di lap sebelum Haura membawa kepalanya menegadah. Baru dia sedar Hawwas berpakaian biasa. Tiada baju berkolar, tiada tali leher. Hanya t-shirt biasa berserta seluar pendek separa lutut.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now