Part 23

62.9K 3.5K 652
                                    

"Am—" Anak mata Amsyar beralih pada Haura yang sedang menuruni anak tangga.

"Mama tunggu dekat kereta."

"Mama, izinkan Am bawa Haura sekali." Tangan Amsyar dipaut Haura yang baru sahaja tiba di pintu utama tanpa sebarang idea dengan apa yang sedang berlaku.

"Tak payah, Amsyar. Bukan lama pun kamu nak tinggalkan isteri kamu ni."

"Kenapa..abang?" Soal Haura. Dari tangga tadi nampak Amsyar seakan berborak dengan mama.

"Haura, tunggu abang balik kejap, boleh?"

"Abang nak pergi mana?" Jari kelingking Amsyar dipegang Haura, bibir mencebik. Dari pagi dia teruja hendak keluar berdua dengan Amsyar.

"Mama minta abang hantar mama sekejap." Serba salah mula memakan diri bila Amsyar pandang pada raut wajah Haura yang tadinya penuh dengan senyuman kini muram.

"Tapi abang dah janji.."

"Abang tahu, sayang. Sekejap je. Tunggu abang balik, boleh?" Tangan Amsyar dibawa pada pipi Haura, ibu jari mengusap lembut kulit Haura.

"Haura pergi rumah mama sendiri jelah, abang. Abang temankan mama." Badan Amsyar ditolak ke tepi untuk Haura bergerak ke keretanya.

"Tak boleh. Abang tak izinkan. Haura tunggu abang." Sengaja Amsyar berdiri tegap depan Haura supaya Haura tak dapat melangkah melepasi pintu utama.

"Abang! Haura nak balik jumpa mama."

"Tahu, sayang. Tunggu abang balik, abang bawa Haura jumpa mama. Abang dah janji kan, sayang. Haura—" Amsyar cuba tahan Haura daripada berlalu pergi namun Puan Khadijah bersuara dari arah kereta.

"Cepat, Amsyar. Lambat dah ni."

Akur sebagai anak, terpaksa juga ditinggalkan isteri yang jelas terasa dengan keputusan dia.

Dalam perjalanan ke rumah kawan Puan Khadijah, Amsyar hanya mendiamkan diri. Fikiran penuh dengan raut wajah Haura yang memandang dia dengan penuh rasa kesal tadi.

"Kamu marah mama ke, Amsyar?" Soal Puan Khadijah. Dari tadi diam sahaja. Bukannya dia paksa tinggalkan Haura berminggu lama pun.

"Tak lah, mama."

"Habis tu kenapa kamu diam? Kamu balik pun berapa hari je, layan pula mama macam ni." Puan Khadijah merungut.

"Am takut kalau Am buka mulut sekarang, Am kurang ajar dengan mama. Baik Am diam."

"Mama ada buat salah pada Am ke?" Jarang hendak tengok Amsyar marah. Tak akan sebab isteri, dia dilayan sampai macam ni.

"Bukan pada Am tapi pada Haura. Am tak faham kenapa sejak Am balik, mama layan Haura endah tak endah. Haura ada buat salah pada mama ke? Kalau ada, ma, cakap. Kalau tak nak cakap dekat Haura, mama cakap dekat Am. Biar Am yang tegur isteri Am. Jangan buat dia macam ni. Jangan buat Am macam ni. Jangan letak Am dalam situasi sampaikan Am terpaksa kurang ajar dengan mama sebab Am tak nak, ma. Am sayang mama, Am sayang Haura."

Puan Khadijah hanya diam membisu.

"Am minta maaf kalau mama kecil hati tapi Am rasa lebih baik Am bersuara sekarang. Takut kalau Am pendam lama sangat, sekali Am lepas, mama hilang anak mama."

••

Encik Ilham yang baru pulang dari warung mencari isteri luar dalam rumah. Terdetik dalam hati, keluar ke? Biasanya dia diberitahu andai hendak keluar. Dengan siapa pula isterinya ni keluar kalau anak dan menantu dah ke rumah besan.

Sedang dia ralit dengan berita di televisyen, bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah mengambil perhatiannya. Terkejut Encik Ilham bila dijengah ke luar, nampak si isteri dengan anak teruna turun dari kereta.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now