Part 41

78.8K 4K 393
                                    

"Kita balik rumah papa terus?" Beg berisi pakaian dihulur pada suami. Segala pakaian, barangan yang dibawa ke rumah sementara mereka semuanya telah dikemas. Semalam lama Haura duduk depan almari, dilipat satu persatu. Waktu datang, sikit sahaja baju. Waktu hendak balik, penuh pula. Entah mana datang baju baju lebih ni.

"Haah, rumah papa terus. Kenapa, sayang? Nak singgah mana-mana dulu ke?" Kemas sahaja segala bag yang dihulur, ditutup bonet kereta. Mujurlah muat. Mungkin betul kata Hawwas dia perlu tukar kereta. Tak ada anak sekalipun, barang Haura sahaja hampir penuh.

"Tak nak singgah rumah abah, jumpa mama dengan abah dulu?" Haura masuk ke perut kereta sebaik sahaja pintu kereta dibuka Amsyar.

"Tak apalah, sayang. Abang hantar awak dulu, nanti abang singgah rumah abah." Hati Amsyar masih berat sebenarnya hendak bawa Haura jumpa dengan mama.

"Haura nak ikut."

"Tak perlu, Haura. Nanti sebelum abang balik Penang, abang bawa Haura jumpa abah dengan mama. Hari ni Haura balik, lepas rindu dekat keluarga dulu, bagi abang jenguk seorang, boleh?" Ikutkan hampir sebulan Haura tak balik jumpa keluarga sendiri. Sepanjang minggu, Haura asyik sebut tentang papa.

Mengangguk pada soalan Amsyar, tali pinggang keledar dipasang sebaik sahaja kereta dipandu keluar. Tangan Haura terus dipegang Amsyar, diusap belakang tangan berulang kali tanpa sebarang kata. Tingkah laku yang kecil tapi telah menjadi sesuatu yang sangat bermakna buat Haura.

"Abang rindu Haura."

"Haura kan ada dekat sini?" Tawa kecil tersisip keluar dari bibir.

"Rindu lah, abang kan kena tinggal Haura lagi 2 minggu. Depan mata pun rindu. Siapa nak kacau abang tidur tengah malam." Tangan Haura dalam genggaman dibawa ke bibir.

"Lepas ni Haura tak kacau abang dah. Haura boleh borak dengan Mek Jah! Dengan papa, mama. Abang Hawwas!"

"Oh, lepastu lupa lah dekat abang?" Tangan Haura digoyangkan sedikit dalam pada dia bertanya.

"Mana ada. Haura ingat je dekat abang! Tapi mana boleh Haura kacau abang selalu. Kesian abang...penat." Dilentokkan kepala pada lengan Amsyar.

"Haura bosan duduk rumah?"

"Haura tak ada kawan nak berborak.. nak borak dengan akak jiran, semua sibuk dengan anak anak. Nak bercakap dengan kucing, kucing pun tak ada. Kadang kadang Haura bawa kereta abang pusing dekat-dekat sini sebab nak cari kucing je. Tapi Haura suka teman abang dekat sini!" Terkelip mata bila Amsyar mencuit hidungnya.

"Abang tahu macam mana tak nak bagi Haura sunyi."

"Macam mana?"

"Kena ada baby lah macam ni. Kenapa Haura tak minta? Abang ready je." Toleh sahaja ke kiri, nampak raut wajah Haura yang merah padam. Pedih pada lengan bila ditampar tanpa belas kasihan.

"Apa abang ni! Ingatkan abang nak bagi Haura bela kucing.."

Belum sempat Amsyar memberi jawapan, telefon berdering. Anak mata Haura berubah pada telefon Amsyar.

"Mama telefon!" Ujar Haura.

"Connect kan dengan bluetooth, sayang." Bersambung sahaja panggilan telefon dengan radio di kereta, panggilan diangkat.

"Amsyar, dekat mana dah?" Geli hati Haura melihat raut wajah Amsyar yang tersenyum bila disapa Puan Khadijah.

"Baru lagi gerak, ma. In sha Allah, lagi dua jam sampai lah. Mama rindu Am ke? Kalau rindu, orang tekan minyak lagi. Sejam boleh sampai." Bibir melepaskan tawa bila Puan Khadijah menghela nafas. Setiap kali Amsyar bawa kereta, pasti ditegur Puan Khadijah. Katanya bawa laju laju menempah maut.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now