Part 55

93.4K 4K 412
                                    

Tak perlu tunggu telefon berbunyi menandakan masuk waktu subuh, tekak yang kejut dahulu. Nyenyak Amsyar direntap bila terasa loya, perlahan dipindahkan kepala Haura yang berlapikkan lengan dia sepanjang malam pada bantal sebelum masuk ke bilik air. Lelah bila perut menolak namun isinya kosong.

Mengaduh Amsyar apabila dia duduk semula pada birai katil.

"Abang...?"

Berpaling kepala pada isteri, tangan Haura yang dihulur dipaut Amsyar, ibu jari terus menggosok belakang tangan. "Sorry, sayang, abang kacau awak tidur."

"Kenapa—" Belum habis lagi ayat, berlari semula Amsyar balik ke bilik air. Haura yang pada awalnya masih lagi hendak menyambung tidur terus bangun, sila dipasang atas katil.

Subuh yang biasanya tenang, runsing gelabah bila sudah berpuluh kali Amsyar ulang alik ke tandas.

Namun dalam mabuk loya Amsyar, sempat juga dia sediakan dua keping roti bakar untuk si isteri yang kelaparan.

"Sedapnya! Abang nak rasa sikit tak?"

Laju kepala Amsyar menggeleng. Trauma dengan makanan. "Tak nak, sayang. Awak makanlah." Badan Amsyar duduk menyandar pada sofa seraya mengeluh lagi.

"Abang tak makan apa apa pun dari semalam. Nanti perut abang masuk angin, tahu lah!" Ayat Amsyar pada Haura dahulu kena pada batang hidung sendiri pula kalini.

"Elok lagi masuk angin daripada masuk makanan. Haura lah ni, buat abang macam ni." Kepala direbahkan atas paha isteri sambil muka dihadapkan pada perut. Maksudnya betul lah apa yang mama kata semalam. Alahan orang mengandung. Bukan mitos rupanya.

"Bukan Haura lah! Baby yang buat. Habis dah roti Haura." Anak mata jatuh pada jam di dinding. Dah pukul 8. Amsyar masih dengan baju tidur. "Abang dah lambat ni. Bangun cepat!"

"Abang nak cuti lah hari ni. Tak larat lah, sayang."

"Alah..." Mencebek Haura dalam berkeluh-kesah.

Pandangan Amsyar naik ke wajah isteri. Terasa pula bila dengar Haura mengeluh dengan keputusan dia untuk cuti. Selalunya suka sahaja dia ada di rumah. "Haura tak suka ke abang cuti? Sampai hati awak."

"Haura nak abang pergi kerja. Nak tengok.." Makin hilang suara. Malu pula hendak mengaku.

"Tengok apa?"

"Haura nak tengok abang pakai baju uniform tu..." Bangun terus Amsyar daripada berbaring atas paha isteri.

"Baju kerja yang abang pakai hari hari pergi kerja? Bukan dah banyak kali ke Haura tengok abang pergi balik kerja pakai baju tu?" Makin hari makin pelik kerenah si isteri.

"Janganlah tanya lebih lebih. Malulah Haura! Mana Haura tahu kenapa. Tiba tiba je Haura suka tengok abang pakai baju tu." Merah padam muka bila dipandang Amsyar. Menyesal pula dia mengaku apa yang tersirat.

"Haura nak pergi mana?" Mulut menyoal bila nampak Haura bangun.

"Haura nak buat roti lagi! Abang nak?"

"Awak duduklah. Bagi abang buat." Pinggan pada tangan isteri diambil, perlahan langkah Amsyar ke dapur. "Haura nak berapa keping lagi?"

"Haura nak satu je! Abang letak kaya banyak banyak tau!"

Sibuk tangan menyapu lapisan roti dengan marjerin dan kaya, sempat juga Amsyar menyuap kerepek pisang yang dibeli Haura beberapa hari lepas.

"Makan roti tak nak, makan kerepek boleh pula abang ni."

"Kerepek je abang boleh telan, sayang." Tekan sahaja suis pembakar roti, terus tangan menyeluk bekas berisi kerepek pisang. "Sayang, abang ada buat appointment tengahari sikit. Lepas sarapan, siap siap, ikut abang pergi pangkalan sekejap nak report cuti. Lepastu kita terus pergi hospital, boleh?"

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now