Part 20

65.8K 3.3K 469
                                    

Tergelak kecil Encik Ilham dan Haura menonton rancangan komedi di televisyen. Rasanyasudah dekat 5 minit, Puan Khadijah masih tidak masuk lagi.

Baru sahaja Encik Ilham ingin menjengah, akhirnya Puan Khadijah masuk ke rumah dengan sehelai sampul surat di tangan.

"Apa tu, Jah?" Timbul persoalan pada Encik Ilham bila dipandang pada raut wajah si isteri.

"Entah, bang. Katanya surat untuk Haura."

Anak mata pada skrin televisyen tadi berubah tempat pada mak mertua. Haura berdiri, langkah dari ruang tamu diatur dan berhenti depan Puan Khadijah. "Surat apa, mama?"

"Entah. Dia nak jumpa kamu tadi tapi mama tak izinkan. Dah malam, tak manis. Kamu tu isteri orang. Sebelum dia balik tadi dia minta mama bagi surat ni dekat kamu."

Haura membelek surat di tangan. Tiada nama mahupun apa-apa tulisan. "Dia ada sebut nama ke, ma?"

"Daniel, katanya. Kamu kenal ke?"

Tergamam Haura. Tiada satu kata pun yang dapat diungkap. Tak akanlah Daniel masih kejarkan dia. Sejak kejadian di parkir kereta haritu, dia tak pernah terserempak sekalipun dengan Daniel. Mati matian dia ingat Daniel dah berhenti daripada mengganggu hidup dia.

"Haura minta diri naik bilik dulu, boleh?" Pinta Haura sebelum dia bergegas naik ke bilik, sebelum air mata gugur ke pipi.

Sebaik sahaja pintu tertutup rapat, surat di tangan dibuka. Jelas gambar dia sedang tidur tanpa seurat benang dengan lelaki. Lelaki yang sama yang mengejar dia hari ni. Andai gambar ni jatuh ke tangan mama, betapa hancurnya hati seorang ibu melihat gambar menantu yang seakan tak ada harga diri. Haura terduduk, gambar yang dipegang mulai basah dengan titisan air mata yang jatuh tanpa penghujungnya.

••

"Am, kau sepatutnya hit 8G hari ni. Tak nak lepas geram ke." Langkah Aniq dipercepatkan supaya selari dengan langkah Amsyar.

"Kalau aku buat memang hari ni jelah kau nampak aku kat sini. Esok kena pecat."

"Mati kutu aku kalau tak ada kau. Jumpa esok, Am!" Aniq membawa langkah ke bilik disebelah kanan, meninggalkan kawan baiknya yang nampak tak sabar sangat hennak telefon isteri.

Belum sempat dia mengambil tempat, wajah Haura sudah terpampang si skrin telefon. "Hai, sayang. Dah nak tidur ke?"

Kalau bukan sebab panggilan telefon dari Amsyar, rasanya dia mungkin tertidur atas sejadah. Sejak semalam, dia tak mampu melelapkan mata. Banyak yang bermain dalam fikiran. "Haura rindu abang..."

"Abang rindu lagi dekat Haura. Sayang tidurlah, abang teman. Abang belum solat isya' lagi ni." Tiba sahaja Amsyar tiba di bilik tadi, masih dengan berpakaian seragam TUDM, jari terus ditekan pada nombor Haura. Rindu.

"Haura tak nak tidur. Nak tengok abang." Biarpun kelopak mata dah berat, digagahkan juga untuk terus berjaga. Hati dia yang kacau bilau tadi tenang saat dia hanya memerhatikan tingkah laku suami yang kehulur kehilir mengemas apa yang patut. Baju yang telah dipakai diasingkan, baju yang perlu pakai esok pula telah digantung dari awal.

Sebaik sahaja Amsyar selesai solat, Haura masih bersambung dengan video call namun nampak seakan jauh betul termenung. "Haura?"

Haura masih termenung.

"Sayang.." Seru Amsyar lagi.

Masih sepi.

"Precious, sampai mana dah?"

Balik juga roh pada jasad saat Amsyar meninggikan sikit suara. Jauh betul menggelamun sampaikan kali ketiga dipanggil baru sedar. "Haura fikir apa ni?"

"Tak ada apa. Rindu dekat abang je." Tubuh Haura yang menghadap ke kanan tadi dipusing menghadap kiri pula. Telefon tak lekang dari tangan.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now