Part 29

69.3K 3.6K 340
                                    

Hawwas tiba di rumah Amsyar hanya dengan berseluar pendek. Bagai tak siap kerana terlalu risau akan Haura. Lama dia tekan loceng rumah. Dalam hati terdetik andai tiada siapa yang buka pintu rumah ni, dia panjat ajalah pagar. Kena saman atau tangkap, fikir kemudian. Sekali lagi loceng dibunyikan, barulah daun pintu terbuka. Pagar automatik dibuka sedikit sebelum Hawwas meluru masuk.

"Cik, bagi saya jumpa Haura kejap." Belum diberi izin, Hawwas telah pun membuka kasutnya.

"Tunggu mak cik panggil dia."

"Tak payah. Biar saya je masuk jumpa dia. Tumpang lalu." Tak ada masa nak tunggu jawapan dari Puan Khadijah, diceroboh aja rumah Amsyar dengan berseluar pendek, laju kakinya melangkah naik ke bilik Amsyar. Mujurlah dia selalu datang ke sini. Tak adalah tersalah masuk bilik pula.

Tolak sahaja daun pintu, nampak Haura duduk meringkuk, bersandar pada katil dalam keadaan pucat lesi. Dahi Haura basah dengan peluh hingga melekat beberapa helai rambut pada kulit. "Haura, kenapa ni?" Pipi Haura ditepuk lembut untuk mendapatkan perhatian.

"Nak ubat tahan sakit.."

"Tak ada. Abang bawa pergi hospital, jom. Haura boleh bangun tak?" Lengan Haura ditarik perlahan.

"Tak nak..Haura nak ubat..." Biarpun Haura sedar, penglihatannya kabur. Hendak pegang Hawwas yang berada di depannya pun susah.

"Abang tak bawa ubat, Haura. Kita pergi hospital je. Cik, kenapa dengan Haura ni?" Puan Khadijah yang bercekak pinggang di pintu akhirnya ditegur Hawwas.

"Salah makan agaknya." Cepat Puan Khadijah menjawab sebelum dia melangkah turun.

"Abang..sakit..!" Kuat Haura mencengkam bahagian perutnya apabila sakit mulai datang balik. 

"Jom, abang angkat Haura." Bahagian siku Haura yang dipapah tadi ditarik Haura semula. Apa yang susah sangat hendak ke hospital. Hendak marah, tengah sakit.

"Haura tak nak pergi hospital! Haura nak ubat tahan sakit je..."

"Aku lah kan—degil betul lah dia ni!" Sempat dijentik lembut dahi Haura sebelum tubuhnya diangkat Hawwas terus ke kereta. Sempat dia mengalihkan pandangan pada Puan Khadijah yang hanya duduk di ruang tamu sambil meneguk air teh.

••

Selesai sahaja sesi pertama, telefon bimbit terus dicari Amsyar. Dari pagi dia hendak menghubungi Haura namun celik sahaja mata, dia terus perlu lapor diri. Sesaat pun tidak diberi kelapangan untuk pegang telefon.

Suara isteri yang dinanti namun hanya disapa dengan peti suara. Dua tiga kali nombor Haura di dail, satu pun tidak diangkat. Terus nombor mama pula yang menjadi harapannya. Beberapa kali berdering, akhirnya dengar juga suara Puan Khadijah menyapa.

"Ma, Am telefon Haura dari tadi dia tak angkat. Haura tak sihat lagi ke?"

Nasib baiklah Amsyar tidak nampak Puan Khadijah membawa anak matanya ke atas. Naik mual bila setiap kali Amsyar telefon, nama Haura tak lekang dari mulut. Apa yang kemaruk sangat agaknya. "Dia dah sihat. Dah keluar dah dengan si Hawwas."

"Ha? Dia keluar pergi mana? Haura tak cakap apa pun dengan Am?" Biasanya pantang hendak keluar setapak pun dari rumah, mesti diberitahu.

"Entah lah. Dah sihat, lupa lah dekat kamu."

Kepala Amsyar menoleh saat mendengar arahan dari pihak atasan. "Tak apalah, ma. Am kena pergi ni. Mama jaga diri." Tamat sahaja panggilan, terus telefon disimpan semula dalam lokar. Ingatkan sempat dia bertanyakan khabar Haura, bertambah pula kerisauan dia. Entah ke mana pula si Haura ni pergi.

••

"Bangun dah ke?" Bangun, duduk, bangun, duduk. Tidur sudah, makan sudah. Haura masih lagi belum sedar. Gastrik kali ni lebih teruk, sehinggakan doktor cadang untuk masuk kamera dalam perut. Ikutkan hendak tunggu keputusan dari Amsyar tapi rasanya lebih baik dipercepatkan sahaja apa sahaja rumusan andai itu yang terbaik.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now