Part 38

73.4K 3.5K 1.5K
                                    

Puas dipaksa, akhirnya Haura keluar juga bersarapan pagi dengan yang lain. Mujur beberapa ahli keluarga masih nyenyak, tinggal Nek Ati, Puan Khadijah dan Encik Ilham sahaja.

"Haura pernah jalan-jalan dekat sawah padi?" Soalan Nek Ati membuatkan anak mata Haura yang dari awal tadi terkunci pada pinggan, angkat dan dibawa bertentang anak mata.

"Tak pernah, nek.."

"Pergilah pagi pagi ni. Seronok, tenang fikiran. Ajak Amsyar teman cuma kena hati-hati dengan lint—" Pantas Amsyar memintas.

"Jangan cakap, nek. Karang dia tak nak pergi." Elok-elok Haura hendak keluar tengok permandangan kampung, kejap lagi sambung terperap dalam bilik.

"Hati-hati dengan apa, nek?" Haura mengerling pada Amsyar, tahu sangat ada yang disorok.

"Hati-hati dengan batu. Jatuh, luka nanti. Batu dekat sawah padi tajam tajam." Soalan dituju pada Nek Ati, Amsyar pula yang balas.

"Amsyar, kamu jangan mengusik bini kamu." Encik Ilham memberi peringatan dari awal. Kenal sangat dengan anak tunggalnya ni. Kuat sangat menyakat.

"Betul-betul lah, abang. Hati-hati dengan apa?" Sempat Haura cubit peha Amsyar dalam diam.

"Tak ada apa, sayang. Nanti Haura tengok lah sendiri. Kalau abang cerita, spoil lah." Tangan Haura yang sibuk mencuit pehanya diusap lembut.

"Haura dah sihat?" Soal Puan Khadijah menyampuk perbualan.

Terus Haura berpaling pada Puan Khadijah. Hampir terbuntang mata bila ditanya oleh mak mertua. Ikutkan hendak sahaja dia menangis, tapi nanti dikata cengeng pula. "Haura sihat dah, mama. Semalam letih sikit.."

Nampak Puan Khadijah mengubah pandangan semula ke pinggan. Biarpun perbualan tidak disambung, dia tak mengharapkan lebih. Ditanya satu soalan sekalipun, dia bersyukur sangat.

"Haura tak nak pergilah." Selendang yang terletak rapi menutupi rambut tadi ditarik semula. Kepala Haura kusut dengan pesanan Nek Ati yang tersangkut di pertengahan kerana Amsyar sewaktu sarapan pagi tadi.

"Ya Allah. Awak dah sidai abang dekat satu jam, last last tak nak pergi. Siap cepat." Tubuh yang direbahkan atas katil tadi dibawa semula pada isteri, selendang diletakkan semula pada kepala. Dililit selendang pada kepala Haura ikut suka hati. "Okay, dah cantik. Jom."

"Abang ni! Macam mop lantai dah tudung Haura abang buat! Ish!" Muncung seribu bibir Haura, hampir terjerut leher dek lilitan Amsyar.

"Cantik dah tu—"

"Cantik! Cantik! Kuat menipu lah abang ni." Puas dia lilit selendang kemas pada kepala semula. Amsyar suka sangat beri dia keyakinan diri tak kena tempat.

Keluar sahaja dari rumah, terus Haura tuju pada kereta Amsyar namun disapa suami dengan motosikal Yamaha Y15ZR milik Fahmi.

"Naik motor?!" Hampir menjerit Haura bila diajak bonceng.

"Naik motor lah, sayang. Baru feel." Minyak dipulas, terkejut Haura dengan bunyi enjin.

"Tak nak lah, abang! Naik kereta lah. Haura takut lah." Berkerut kening Haura. Dengan tak ada helmet bagai diajak bonceng pula. Kalau naik kereta, sekurang kurangnya rasalah selamat sedikit.

"Bila lagi nak jadi rempit. Jom lah, sayang. Kalau takut peluk abang. Tak takut pun peluk juga." Tangan dihulur Amsyar untuk bantu Haura panjat motosikal di tempat duduk belakang. Belum sempat dia tekan minyak, tangan isteri yang berlingkar pada perutnya kuat ditekan hingga senak.

Senak pun senak lah asalkan dapat peluk. Sekali lagi dia hendak pulas minyak, Nek Ati menyeru, berlari anak mendekati Amsyar dan Haura dengan bekas plastik kecil berisi garam.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now