Part 52

79.2K 4K 399
                                    

Tutup sahaja bonet, Amsyar melangkah semula ke dalam rumah. Segala beg pakaian dia dan Haura yang telah disusun awal pagi tadi dimasukkan dalam kereta. Tidur Amsyar kurang lena oleh kerana Haura yang kerap bangun mengadu sakit kepala dan panas badan. Pagi tadi, dia buat keputusan untuk hantar Haura ke rumah mama sebelum bergerak ke Penang. Ikutkan Haura cadang untuk tinggal seorang di rumah sewaktu ketiadaan dia kali ni, namun terpaksa tukar apa yang dirancang. Tak tenang Amsyar nak ke pangkalan jika ditinggalkan isteri seorang diri di rumah dalam keadaan begini.

"Sayang, dah siap?" Daun pintu ditolak sedikit, nampak isteri yang masih duduk menghadap cermin. "Jom, sayang? Lambat dah ni. Mama dah call abang, tanya bila nak sampai."

"Haura nak ikut abang, boleh?" Tangan Amsyar dibawa pada pipi.

"Pergi mana?"

"Pergi Penang! Boleh ke?" Lebar senyuman Haura menunggu jawapan.

"Ha? Habis tu kerja Haura macam mana?" Jari dicantumkan sekali dengan jari isteri, punggung dilabuhkan sebelah kerusi Haura.

"Haura boleh kerja dari rumah! Tak ada perbicaraan kes pun bulan ni! Boleh lah, abang.."

"Abang bukan tak nak bagi, sayang." Dielus belakang tapak tangan isteri. "Tapi dekat sana, abang bukan selalu ada dekat rumah. Kalau Haura sakit, siapa nak tengokkan? Dekat sini, mama ada. Mama boleh tengokkan Haura kalau apa apa jadi."

Tangan Amsyar jatuh ke paha, kosong ruang sebelah bila Haura keluar dari bilik tanpa sebarang kata.

"Haura—" Mengeluh Amsyar seraya mengikut langkah isteri ke pintu utama. "Sayang, jangan macam ni."

"Abang tak suka Haura ikut abang kan?"

"Abang suka. Abang suka Haura ikut abang. Tapi Haura tak sihat kan, sayang? Kalau Haura ikut abang, tak ada siapa nak tengokkan Haura." Terkocoh kocoh Amsyar mengunci pintu utama. Makin hari, makin sensitif pula si isteri. Daripada hari Amsyar balik lagi, cakap sikit, berubah angin.

"Tipu..sebelum ni abang bagi je Haura ikut abang. Haura nak ikut. Please.." Mulut Amsyar kekal terkunci. Tak cukup dengan rayuan, dipeluk pula tubuh Amsyar. "Haura janji tak susahkan abang. Kita hantar Teddy dekat mama. Mama suka kucing!"

"Bagi abang call bagitahu mama kejap. Abang dah bawa Haura ikut ni, janji dengan abang Haura jangan diam kalau Haura rasa tak sihat."

"Janji!"

Perjalanan pulang ke Penang yang sepatutnya seorang, kini berteman. Lain daripada selalu, Haura yang biasanya sibuk dengan makanan hanya lebih memilih untuk tidur. Penat, katanya.

Sepanjang perjalanan juga, tangan Amsyar tak lepas dari genggaman Haura. Banyak sangat kerja agaknya sampai tak larat macam ni. Belum keluar dari KL lagi dah lena dibuat mimpi.

Berhenti di R&R sebentar, gear tangan dinaikkan. Diusap pipi Haura untuk menyedarkan isteri dari lena.

"Abang nak beli air mineral sekejap. Sayang nak apa-apa tak?"

"Haura nak air teh, boleh?" Buku jari digosok pada kelopak mata untuk membuang sisa rasa mengantuk.

"Teh panas? Tunggu sekejap—" Beg dompet diambil di antara tempat duduk.

"Haura nak teh ais."

"Sejak bila Haura minum teh sejuk ni?" Baru bertanya, Haura dah mencebik. "Ya Allah, abang tanya je. Ye, sayang, abang beli Haura air teh ais. Jangan lupa kunci pintu."

Tiba di Kuarters TUDM, terserempak dengan Aniq yang nampak bagai dah lama sampai, dengan berseluar pendek bagai. Baru sahaja telefon cik tunang.

"Eh, Am. Bawa bini nampak. Hi, Haura." Sapa Aniq, sambil melambai tangan.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now