Part 19

66K 3.2K 747
                                    

"Abang, Haura naik bilik dulu, boleh?"

"Haura demam ke?" Tangan Amsyar dibawa ke pipi Haura. Tak panas pun. Tapi dari raut wajah tampak ada yang tak kena. "Tak apalah. Naiklah, sayang. Kejap lagi abang datang."

"Eh, tak payah. Abang duduklah dengan mama abah. Haura nak baring sekejap. Sakit pinggang." Dari tadi bahagian perut dan pinggang dia terasa sakit. Tak lain tak bukan datang bulan lah ni.

"Kalau Haura nak apa apa, bagitahu." Pipi mulus Haura diciut sebelum Amsyar menyambung tugas Haura basuh pinggan selepas makan malam tadi. Selesai sahaja, dia duduk di ruang tamu, melayan mama dengan drama di televisyen sambil anak mata ralit pada telefon di tangan.

"Kamu bila lapor diri, Amsyar?" Dari tadi anak tunggal dia diam sahaja. Nak kata bergaduh dengan Haura, elok sahaja waktu makan tadi.

"Dua hari lagi, bah." Jadual yang dihantar Aniq melalui iMessage leka diperiksa. Padat juga jadual dia. LIMA, Hari Terbuka, mahu berbulan juga dia perlu duduk di Kuantan.

"Penang lagi?" Soal Puan Khadijah. Tak sampai seminggu kahwin, dah kena jauh dari isteri. Mana tak diam sahaja si Amsyar. Tak jauh pun melekat sahaja hampir 24 jam.

"Aset ada dekat Pangkalan Penang. Am kena gerak Penang dulu, baru ke Kuantan."

"Kamu diam ni, kenapa? Fikir bini?" Soal Encil Ilham. Rasanya dia dan isteri sudah boleh agak jawapan Amsyar biarpun tak ditanya soalan tu. Bukan pertama kali Amsyar diarah untuk sertai perarakan. Tak akan berdebar pula.

"Am rasa berat hati pula nak tinggalkan Haura, bah. Rasa macam ada benda tak kena." Dari semalam, sejak dia dapat tahu dia perlu lapor diri, perasaan dia serba tak kena. Entah kenapa agaknya. Hendak ajak Haura ikut sekali, esok Haura dah mula bekerja.

"Lah, kamu ni, Amsyar. Bukannya kamu tinggal bini kamu dengan orang yang kamu tak kenal. Dengan mama abah je. Rumah mertua kamu pun tak jauh mana. Apa yang nak dirisaukan." Sempat Encik Ilham mencuri pandangan pada Puan Khadijah. Angau betul anak tunggal kita ni.

"Kamu naik lah, Amsyar. Teman isteri kamu. Mama rasa dia senggugut tu. Kalau nak tuam air panas, bekas ada dekat dapur tu." Puan Khadijah menoleh pandangan ke arah dapur. Dia perasan, Haura seakan tak lalu makan. Tapi degil, tetap juga hendak tolong dia di dapur, makin teruk sakitnya.

"Am naik dulu, ma, bah. Selamat malam."Amsyar sempat mengucup kepala Puan Khadijah sebelum dia meninggalkan ruang tamu.

••

Masuk sahaja ke bilik, Amsyar lihat susuk tubuh Haura yang sedang baring meringkuk atas katil dengan badan membelakangi dia. Sudahlah Amsyar berat hati nak meninggalkan Haura seorang diri, lagi susah hati jawabnya bila dalam keadaan begini.

"Haura, abang bawa air panas. Mama suruh tuam dekat perut. Tak pasti lah kenapa. Memang kena tuam ke?" Tak pernah pula dia tengok orang tuam air panas pada perut. Biasanya dalam latihan, dia biasa tuam ais pada otot regang atau terseliuh sahaja.

"Haura nak sapu minyak dulu baru tuam air panas." Rungut Haura, badan yang meringkuk tadi dibawa pada posisi duduk.

"Haura nak abang tolong sapukan?" Sempat Amsyar bangun untuk ambil minyak panas atas meja sisi katil sebelum dicapai Haura.

Merah padam muka isteri. Sakit pada pinggang tadi terus hilang. Kalau ikutkan tak perlu tuam air panas dah. Minyak panas pada tangan Amsyar cuba diambil semula namun Amsyar sempat bawa tangannya jauh.

"Haura nak sapu sendiri. Haura nak minyak tu, boleh?" Sopan diminta Haura. Mungkin boleh lembut hati Amsyar.

"Abang sapukan." Tangan Haura yang meminta minyak panas dihulur, dihiraukan oleh Amsyar.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now