Part 57

102K 4.4K 1.6K
                                    

Dentum bunyi bahagian dalam pintu kereta bila terkena kasut yang dilempar Haura dalam keadaan geram berserta dengan air mata yang laju mengalir.

"Sayang—"

"Haura tak suka! Semua Haura tak boleh buat sendiri. Haura dah gemuk! Abang pun mesti rasa Haura gemuk.." Berjurai jatuh air mata ke pipi. Terdiam Amsyar tanpa sempat berkata apa. Tali pinggang keledar yang telah dipasang tadi dilepas semula, ditarik perlahan tangan Haura.

"Haura, kenapa ni?"

Seribu kesunyian.

Daun pintu kereta dibuka, melangkah Amsyar ke sisi kereta Haura. Daun pintu kereta bahagian Haura yang sedia terbuka dibuka lebih luas, bertinggung Amsyar depan Haura yang masih lagi menangis teresak-esak.

"Haura, pandang abang." Lengan Haura digenggam kemas, ditarik perlahan daripada terus menerus menggosok mata. "Kenapa, sayang?"

"Haura sedih.."

"Okay, cakap dekat abang kenapa Haura sedih. Hm? Siapa buat awak?" Kasut yang dibaling Haura tadi diambil Amsyar sambil menunggu jawapan daripada Haura.

"Haura tak boleh pakai kasut sendiri!"

"Boleh minta tolong abang, kan? Kenapa nak marah marah, sayang? Sebelum ni pun abang tolong Haura pakai kasut." Kaki Haura dipaut lembut dan diletakkan atas paha Amsyar. Tampak bengkak kaki Haura sejak masuk trimester ketiga. Diusap usap bahagian tapak kaki sebelum menyarungkan kasut, diikat talinya dengan kemas.

Lurus sahaja kaki daripada bertinggung depan isteri, ditaut badan Haura dalam pelukan. "You are growing a baby, sayang. Of course badan Haura akan ada perubahan but it should be something to be proud of. No more crying, alright? Kata nak beli semua makanan dekat shopping mall? Kalau Haura menangis, mata kabur. Nanti tak nampak makanan apa yang ada."

"Abang ni!" Dalam tangisan, terlepas juga tawa. "Bila abang nak jual kereta ni! Lagi sebulan je Haura dah nak bersalin."

"Haura tengoklah nanti." Dikenyit mata pada isteri sebelum menghulur tangan. "Jom, sayang. Banyak lagi barang baby kita tak beli. Mama cakap Haura kena banyakkan berjalan. Time time macam ni lah abang nak train Haura macam abang train anak-anak buah abang."

"Tak nak! Abang buat macam tu, Haura nangis."

"Eh, tak boleh. Anak buah abang lagi dia orang koyak, lagi abang marah. Berani berani lah Haura menangis." Akhir sahaja ayat, air mata Haura yang tadinya berhenti, berjurai semula. Sedu sedan menangis bila disakat Amsyar tanpa henti.

Tergelak Amsyar dengan reaksi Haura. Ini kalau mama atau nenek tahu, mahu pecah gegendang telinga dileter panjang.

"Okay, okay. Abang main-main je, sayang." Dua tapak tangan menekup pipi gebu Haura, diusap ibu jari pada air mata yang laju mengalir. "Pernah ke abang marah Haura sampai Haura takut macam ni?"

"Pernah!" Mencebik bibir bila bertentang anak mata dengan suami.

"Betul lah tu. Pernah, pernah. Tapi bukan sengaja kan? Haura buat silap, abang tegur Haura. Dah lah, sayang. Tak turun kereta lagi dah dua kali Haura menangis ni." Ditarik perlahan lengan Haura supaya keluar dari perut kereta.

"Abang lah yang sakat Haura!" Dalam mencebik, sempat Haura betulkan selendang pada cermin kereta. "Macam ni okay ke?"

"Okay, sayang. Macam ni ke macam tu ke, semua okay. You're always the prettiest, baby."

••

Tidur yang lengang tanpa pelukan. Seharian Haura mengidam hendak makan sake nigiri, dipulaukan sahaja oleh Amsyar.

"Haura tak boleh makan sushi, sayang. Berapa kali abang nak ulang ni? Haura tak boleh makan raw salmon."

"Tapi Haura tengok dekat internet, boleh! Sikit je. Satu pun jadilah, abang. Haura dah lama tak makan salmon.." Ditarik tarik baju tshirt Amsyar sambil meminta.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now