Part 5 (edited)

78.1K 4K 276
                                    

"Thank you."

Lengan Haura didepakan untuk mengambil plastik berisi minuman dari Amsyar. Tadi diajak teman, tak menang tangan katanya tapi Amsyar juga yang pegang plastik minuman. Tawaran dari Haura dibiarkan sahaja.

"Haura. Duduk dulu, jom?"

Tersenyum Amsyar bila laju betul Haura melangkah pergi, belum sempat dia keluar dari kedai runcit lagi Haura sudah berada di tepi jalan, kiri kanan kepala menoleh sementara menunggu peluang untuk lintas jalan.

"Oh? Oh, okay!" Haura berpatah semula ke kerusi kayu di sebelah kedai runcit, tangan Amsyar menepis habuk dan debu kecil sebelum Haura mengambil tempat.

Botol Milo yang menjadi pilihan Haura tadi dibawa keluar dari plastik merah, penutup dibuka Amsyar sebelum dimasukkan penyedut minuman dah dihulurkan pada pemilik.

Tali leher berwarna biru gelap yang tergantung pada leher ditarik sepenuhnya, ditarik pula melepasi kepala. Amsyar melepaskan beberapa butang baju sebelum diteguk air Sprite yang dibeli.

"Haura ada benda nak cakap?" Tujuan dia mengajak Haura ke sini pun memang untuk memberi peluang Haura untuk bercakap. Kalau dibiarkan dengan yang lain, tak berpeluang pula Haura hendak bersuara.

"Haura—" Kedua kaki yang tergantung dihayun perlahan. Bahagian dalam ulas bibir digigit. Susahnya, ya Allah. Keras rasanya lidah hendak mengucapkan kata-kata.

Anak mata yang menatap Haura tadi ditarik ke depan menghadap jalan raya. Mungkin Haura susah hendak luahkan masalah kalau asyik bertentang anak mata. Apa agaknya yang Haura hendak cakap. Macam serius.

"Haura...suka dekat abang Am.."

Ulas bibir Amsyar masih tertutup rapat.

"Haura...suka dekat abang dah lama tapi Haura tak tahu macam mana nak cakap dekat abang. Hari ni kan abang dah habis sekolah, esok abang dah nak pindah rumah. Haura tak tahu bila lagi Haura boleh jumpa abang.."

Tiba sahaja ayat Haura pada titik noktah, Amsyar bersuara. Dia takut andai dia terus mendiamkan diri, Haura makin tidak selesa.

"Haura dah lama suka Am?"

Dilirik pandang ke kiri pada anggukan kepala Haura. "Abang tak suka Haura...?"

"Am suka Haura...tapi hanya sebagai seorang kawan dan adik kepada Hawwas. Tak lebih dari tu, Haura. Am minta maaf kalau jawapan Am bukan apa yang Haura harapkan."

Biarpun lembut, hati dia terasa bagai dipijak-pijak. Dia sendiri tidak pasti sebenarnya dengan apa yang diharapkan dari Amsyar. Gagal menahan air mata, dibiarkan aliran air mata mengalir menitik setitik demi setitik pada baju sukan sekolah.

Jatuh pandangan Haura pada paha. Air Milo yang diteguk tadi terasa kelat pada lidah. Kesebersalahan Amsyar pada Haura namun lebih baik ditolak sekarang daripada dia beri harapan palsu. Gentar pula andai Haura menangis, ada yang terkehel kepala dia andai kata Hawwas tahu. "Haura menangis ke?"

"Eh, mana ada! Haura tak nangis pun! Mana ada Haura nangis!"

Comel..

"Kalau ada jodoh, adalah. Iye, Haura? Jauh lagi perjalanan hidup kita." Hurai Amsyar lagi dengan lembut.

"Haura pun tak suka abang sangat! Suka sikit je." Sukarnya rasa namun dipaksa juga hujung bibir terjungkit naik untuk meyakinkan Amsyar bahawa sedikit pun dia tak kecewa dengan jawapan Amsyar. "Abang nak jalan balik dah? Dah tak sejuk dah air diaorang.."

"Tak apa. Biar je dia orang tunggu. Kita duduk sini sekejap lah. Lepas ni tak dapat singgah kedai runcit ni dah." Amsyar perasan birai mata Haura yang bertakung dengan air mata. Dia hendak beri lebih masa untuk Haura tenangkan diri dahulu sebelum berjalan balik, takut kalau terburu-buru sangat, Hawwas dapat tangkap pula dengan raut wajah Haura yang baru lepas menangis. Kesian pula dekat Haura kalau disakat, bukan dengan Hawwas seorang. Kawan-kawan dia yang lain pun lebih kurang.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now