Part 34

74.6K 4.1K 1.9K
                                    

Sebaik sahaja stereng kereta dipusingkan ke arah kanan seraya kereta dipandu masuk ke halaman rumah, pandangan disapa dengan beberapa buah kereta ahli keluar. Tak lupa juga kereta Myvi Ameera yang elok diparkir sebelah kereta BMW i7 Sedan mama dan abah.

Turun dari perut kereta, Amsyar perasan beberapa kepala menoleh and menilai tingkah lakunya. Pintu kereta bahagian isteri dibuka, tangan Haura dipegang sambil si isteri turun dari kereta. Anak mata Haura bertembung dengan beberapa pasang mata daripada beberapa ahli keluarga suami yang nampak sibuk dengan persiapan majlis. Perlahan sahaja langkah Haura, disorokkan badan belakang tubuh Amsyar yang berjalan di depannya.

Dalam pada Amsyar sibuk bersalaman dengan beberapa ahli keluarga lelaki yang duduk di bawah kolong rumah, anak mata Haura liar mencari Puan Khadijah. Tak nampak pula kelibat mama.

"Makin handsome kau lepas kahwin."

"Banyaklah kau. Eh, aku hantar bini aku naik atas sekejap. Nanti aku turun balik tolong apa yang patut." Pergelangan Haura kembali dipaut lembut.

"Eh, tak payahlah, abang. Haura naik sendiri."

"Abang teman, sayang. Lagipun abah dengan mama dekat dapur rasanya. Tak nampak pun dekat bawah ni." Amsyar duduk bertinggung, tali kasut isteri diurai sebelum dibuka dan disusun bersama sepatu sepatu di lantai.

Ameera yang dari tadi menjengah dari pintu dapur mencebik melihat layanan Amsyar pada isteri. Tangan disilang pada dada. Menyampah betul.

"Kenapa, Ameera?" Soal Puan Khadijah.

"Menantu mama tu lah. Buka kasut sendiri pun tak boleh. Amsyar lah kena jadi kuli dia."

"Amsyar dah sampai ke?" Terus Puan Khadijah berlari anak ke ruang tamu. Terukir senyuman lebar bila nampak Amsyar yang baru sahaja masuk ke rumah.

Nampak sahaja Puan Khadijah, tangan Amsyar yang memegang pergelangan Haura tadi ditarik perlahan, dibawa isteri ke depan. Sengaja dia dahulukan Haura supaya tidak terasa seakan diketepikan. Tangan Puan Khadijah terus disalam dan dikucup oleh Haura biarpun jelas terpancar raut wajah yang kurang selesa.

"Mama sihat?" Soal Haura dipalit senyuman.

Puan Khadijah terus menarik Amsyar di dalam pelukan. Belakang badan anak tunggal diusap usap. Terubat juga rindu. Lama Puan Khadijah mendakap badan Amsyar, hingga basah birai mata.

"Mama, Haura tanya ni, mama sihat ke tak." Perlahan sahaja suara Amsyar menegur.

"Sihat. Jom, Amsyar." Ditarik tangan anak tunggal ke dapur. Dalam pada Amsyar mengikut langkah Puan Khadijah, sempat ditarik juga isteri, erat genggaman pada pergelangan tangan Haura.

"Nenek, Am bawa balik Haura, isteri Am. Hari tu nenek tak sempat datang kenduri Am, kan."

Kepala Haura diusap usap oleh Nek Ati. Selama ni hanya mampu tatap dari gambar. Dek kerana kesihatan yang tak mengizinkan, terlepas juga kenduri kahwin cucu kesayangan. Dari gambar sahaja, sudah nampak kelembutan isteri Amsyar. Bila berdepan, cantik tak terkata. Berkenan sungguh Nek Ati.

"Cantiknya, Haura. Pandai Am pilih isteri." Tersimpul malu Haura bila dipuji puji Nek Ati.

"Bukan Am pilih Haura, nek. Haura yang pilih Am." Kerusi berhadapan Nek Ati diberi pada Haura untuk duduk. Biar Amsyar sahaja berdiri.

"Nenek ingatkan nama isteri kamu Ameera. Dari tadi mama kamu dok sebut sebut Ameera."

Kepala Haura dan Amsyar serentak menoleh pada Ameera yang datang ke meja. Dalam banyak-banyak kerusi kosong, Ameera berdiri juga sebelah Amsyar. Rapat hingga terasa kulit Ameera pada kulit Amsyar. Terpaksa Amsyar bergerak ke tepi.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now