Part 42

81.9K 3.6K 487
                                    

"Ameera, jujur dengan ibu! Anak dalam perut kamu anak siapa?!" Kedua lengan anak dipaut, digoyangkan badan dalam pada perasaan marah dalam diri. "Anak siapa Ameera?!"

"Anak...Amsyar.." Ujar Ameera perlahan.

"Ameera—" Belum sempat Amsyar bersuara, tangan Puan Khadijah sampai ke pipi Ameera terlebih dahulu. Kuat, hingga tersentak semua yang ada disekeliling. Tubuh Ameera jatuh rebah ke lantai. Luruh air mata jatuh ke pipi.

"Kau jangan biadap ye, Ameera. Jangan senang senang nak tarik anak aku dengan kau!" Tegas Puan Khadijah. Tidak tahu menari, dikatakan lantai jongkang jongket. Sebenci mana sekalipun dia pada pilihan hati Amsyar, dia tahu betapa sayangnya Amsyar pada Haura. Walaupun Amsyar tak ada di depan mata sentiasa, Puan Khadijah kenal Amsyar. Dia kenal Amsyar lebih dari yang lain. Dia yang mengandungkan Amsyar selama 9 bulan, melahirkan Amsyar dari rahim dia, didik, asuh Amsyar hingga sekarang. Biarpun dah besar panjang, nasihat masih tak putus putus dari mulut.

"Anak awak—" Puan Yusrina membalas, namun tidak diberi peluang untuk menghabiskan ayat.

"Anak aku, anak aku! Aku kenal anak aku! Abang, saya kenal Amsyar.." Anak mata dikerling pada suami. "Dia tak buat benda ni. Kau cakap betul-betul, Ameera! Jangan nak menipu lagi! Bukan anak aku yang buat kau macam ni? Betul kan?! Kau cakap Ameera?!

Kepala Ameera dirangkul Puan Yusrina dalam pada dia teresak-esak. Dalam kepala ligat memikirkan cara lain untuk dapatkan Amsyar supaya bertanggungjawab.

"Anak aku tak akan pernah sentuh kau!" Bahu Puan Khadijah dipegang Amsyar.

"Mama.." Tak pernah lagi dia nampak mama marah sampai macam ni.

"Diam, Amsyar! Biar mama bersuara! Perempuan tak sedar diri! Selama ni aku ingat kau lah perempuan paling baik sampai aku buang menantu aku. Rupanya kau lagi teruk! Tak padan mengandung anak luar nikah sampai anak aku pun kau nak heret sekali!" Biarpun ditahan Puan Yusrina, beberapa tamparan dari Puan Khadijah kena juga pada kepala Ameera. "Kau balik! Kau keluar dari rumah ni! Kau jangan jejak dah rumah ni. Aku tak nak tengok dah muka kau!"

Terkelindan lebih daripada perasaan marah kerana seseorang yang disangkakan murni selama ini sebenarnya lagi dari yang diherdik. Andai berjaya dia dengar hasutan syaitan untuk musnahkan masjid yang dibina Amsyar demi kepuasan sendiri, seumur hidup dia akan hidup bergelumang dengan dosa dan rasa serba salah pada Amsyar.

••

"Adik, makan lah dulu. Amsyar balik esok agaknya.." Datin Suhaila menyeru. Dari tadi Haura duduk menunggu di pintu utama. Ikutkan apa yang diberitahu Amsyar tadi, sepatutnya menantu dia yang seorang ni dah pulang.

"Tapi abang Am kata dia pergi sekejap je. Mama makanlah dulu. Haura nak tunggu abang Am." Anak mata sibuk mencari entah mana pula telefon bimbit dia tadi.

"Haura, makan dulu." Giliran Hawwas pula bersuara. Degil. Dah jadi isteri orang pun degil juga.

"Tak apa, abang makan dulu. Haura naik atas sekejap! Nak telefon abang Am." Suara Haura semakin perlahan bila tubuh dibawa melangkah naik ke bilik.

Hawwas hanya menggelengkan kepala. Geram betul. Orang dah sedia nasi semua, jengah ke meja makan pun tidak.

"Biarlah dia. 24 jam melekat dengan suami. Bila tak ada depan mata serba tak kena." Ujar Dato Azham sambil menyendok lauk ke pinggan. Daripada sampai tadi Haura dah luangkan masa dengan keluarga, akhirnya memang akan dicari juga suami. Dia faham. Amsyar juga tinggal beberapa hari sahaja di KL ni.

Beberapa kali deringan, panggilan telefon diangkat. Dengar suara Amsyar di akhir panggilan.

"Abang!"

"Iye, precious. Haura, sorry, sayang. Abang balik lambat sikit. Still dekat rumah abah ni." Dalam pada dia menjawab panggilan telefon daripada isteri, nampak Puan Khadijah mencuri pandang.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now