Special chapter (3)

116K 4.4K 838
                                    

Comel.

Wajah isteri tersayang dengan pilis di dahi, ramuan yang ditampal di dahi wanita berpantang mencuit hati Amsyar. Ikutkan hati hendak aja ditatap wajah Haura sentiasa.

Sepanjang 44 hari, diupah Kak Ina untuk menjaga kebajikan Haura sepanjang berpantang. Selang seli dengan Datin Suhaila dan Puan Khadijah yang datang menjengah setiap dua hari sekali. Hendak harapan dia yang kurang arif, lebih elok diberi tugas pada yang lebih pakar. Dati Suhaila dan Puan Khadijah juga ada suami dan keluarga yang perlu dijaga, enggan pula menyusahkan.

Selesai sahaja proses bertungku, Kak Ina memberi ruang pada Haura meluangkan masa dengan bayi. Barulah Amsyar masuk ke bilik. Hendak masuk sewaktu bertungku tadi, takut Kak Ina kurang selesa pula.

Naik senyuman terukir di bibir bila nampak isteri memegang si comel pada dada.

"Assalamualaikum, anak daddy." Labuh sahaja punggung bersebelahan Haura, dikucup bahagian ubun ubun Emir.

"Abang tengok stokin Haura! Mama belikan." Jari kaki yang ditutup dek stokin berwarna putih bercorak bunga bergerak gerak.

"Comel. Haura pakai jadi lagi comel." Ditarik sedikit stokin Haura sebelum Amsyar mengusap rambut isteri yang diikat. "Sayang okay?"

"Okay je!" Tangan si kecil yang dipakaikan sarung tangan naik turun bergerak dengan kaki yang menendang. Dari tadi, Emir ralit pandang wajah Haura tak henti.

"Emir Raees." Sambil nama si kecil disebut sebut, pergelangan tangan Emir dipegang Amsyar dengan lembut. "Mommy cantik sangat ni sampai tak lekang mata tengok."

Haura hulur pula Emir pada Amsyar, leher yang masih lembut disokong dengan tapak tangan sambil Amsyar menyelesakan diri. Dengar suara kecil Emir seakan menegur bila bertukar tangan si pemegang.

"Siapa handsome angkat tangan! Saya, saya." Lagi diagah, lagi riang si kecil. Tangan kaki dihayun ikut suka. "Siapa cengeng angkat tangan. Eh, bukan awak. Emir tak cengeng." Lengan Emir yang melepasi kepala diturunkan, diangkat pula tangan Haura yang diam memerhati. "Si cengeng dekat sini."

"Abang ni!"

Ikutkan hendak aja dia tampar lengan Amsyar seperti selalu jika bukan sebab adanya Emir yang sedang didukung. Terlepas senyuman bila diperhatikan Amsyar dan si kecil saling mengagah seakan dalam perbualan, lesung pipit Amsyar dan Emir yang tampak jelas setiap kali naiknya hujung ulas bibir.

"Kenapa tak nak tidur ni, sayang. Mommy dengan daddy nak makan, siapa nak jaga awak. Hm?"

Terlepas tawa dari bibir Haura bila tangan kecil Emir yang dihayun si kecil sana sini hinggap pada dagu Amsyar.

"Amboi, dah pandai menumbuk."

Kaki Emir yang menendang dari tadi dipegang Haura, stokin kaki kecil berwarna coklat dibetulkan. Hampir setiap jam tercabut dek kerana lincah sangat menendang.

"Kaki ni yang suka kacau mommy tidur malam malam waktu awak dalam perut, kan?" Tak berpisah anak mata Emir memandang Amsyar yang bercakap dari tadi. "Esok besar panjang, berani hilang hormat dekat mommy, kaki ni daddy potong siap siap."

Merengek Emir bagai mengerti dengan apa yang dibebel Amsyar. Tergelak Haura pada si kecil. "Okay, okay. Daddy tak buat awak." Diangkat pandangan, anak mata mendarat pada isteri yang diam memerhati. Lengan Amsyar didepakan, erat dakapan pada isteri bila Haura mengengsot menerima tawaran dipeluk.

"Kenapa diam, sayang?" Sambil menyoal, tangan mengusap belakang badan isteri.

"Tak ada apa. Haura nak abang peluk tapi abang sibuk dengan Emir so Haura diamlah sambil tunggu giliran!" Selesa Haura dalam dakapan Amsyar sambil mengusap pipi lembut anak. Nampak si kecil mula buka mulut, memandang sekeliling. Tiba waktu menyusu Emir.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now