Part 45

87.8K 3.6K 480
                                    

Kesudahannya, luka yang dianggap kecil memerlukan juga beberapa jahitan. Mulut Haura yang dari rumah ke klinik membebel, kian laju bila terbukti Amsyar bersalah kerana mengambil ringan hal yang berat. Keluar sahaja dari klinik, Amsyar disuruh tunggu dalam kereta.

"Eh, sayang nak pergi mana? Abang ikut sekali lah."

"Haura nak pergi kedai runcit situ je! Abang tunggu dalam kereta." Belum sempat pintu kereta dibuka, cepat Amsyar membalas.

"Jangan melencong tempat lain, sayang. Abang tak nampak Haura depan mata." Makin risau lepas apa yang terjadi pada dia tadi. Buatnya Daniel apa apakan nyawa dia yang seorang ni waktu dia jauh, boleh hilang akal rasanya.

"Sekejap je! Abang tengok Haura masuk kedai tu, okay?" Keluar sahaja dari perut kereta, anak mata tak beralih memandang Haura yang hilang masuk ke kedai runcit. Selang beberapa minit, nampak si isteri keluar dengan dua jenis aiskrim di tangan. "Nah! Aiskrim untuk abang!"

"Kenapa?" Aiskrim coklat yang dihulur Haura sudah dibuka plastik dari awal.

"Dulu kalau Haura sakit, papa selalu belikan Haura aiskrim!" Aiskrim di tangan Haura pula dibuka.

"Tapi sayang tak sakit pun. Yang sakit sekarang abang. Kenapa Haura dapat aiskrim juga? Ambil kesempatan ni." Biarpun Amsyar tak gemar akan aiskrim coklat, apa sahaja yang dihulur Haura akan dia makan tanpa berdalih. Andai Haura hulur racun sekalipun dia akan makan tanpa paksaan.

"Oh, baru tahu sakit! Tadi Haura ajak pergi klinik tak nak. Tahu tak Haura takut tengok abang penuh darah tadi! Ingatkan tak bernyawa dah!" Anak mata dijegilkan pada suami. Ikutkan hendak sahaja dia cubit-cubit lengan Amsyar.

"Sudah sudahlah, sayang. Kalah mama membebel ni. Abang dah pergi klinik dah pun, bebel apa lagi ni, precious." Balas Amsyar seraya mengeluh. Tak haus ke Haura ni dari tadi sibuk betul mulut mengomel.

"Padanlah mama pun suka membebel sebab abang ni degil!" Sambil mulut sibuk membalas ayat Amsyar, aiskrim di tangan digigit sedikit. "Oh? Sedap lah aiskrim ni. Cuba abang rasa."

Aiskrim Haura yang disua ke muka Amsyar dirasa sedikit sebelum dia berbalik semula pada aiskrim coklat di tangan. "Abang punya lagi sedap."

"Ye ke? Haura nak rasa boleh?" Percaya sangat pada suami, mulut dibuka luas menunggu aiskrim coklat namun hampa bila dipulaukan. "Ish, Haura nak rasa sikit!"

"Tak boleh. Buruk siku lah sayang ni. Dah bagi nak minta sikit."

"Kedekut nya abang ni! Haura nak rasa sikit je. Tukar dengan Haura punya sekejap, boleh? Sekejap je!" Dengan rela hati aiskrim di tangan Amsyar ditukar dengan aiskrim sendiri. Dalam pada masa yang sama, punat kereta Amsyar juga turut ditekan. Lama sudah dia berdua di depan klinik ni, takut mama dan papa risau pula.

"Eh, eh. Haura nak pergi mana?" Berpaling ke sisi, nampak Haura tukar pada gear 'R' sambil satu tangan memegang aiskrim coklat.

"Kita kena balik kan?"

"Tak boleh. Habiskan aiskrim dulu baru boleh balik. Kalau tak, bagi abang bawa kereta." Bawa dua tangan pun calar kereta dia dikerjakan, inikan pula sambil makan aiskrim.

"Tapi Haura pandai bawa kereta lah!"

"Haura Mikayla. Habiskan aiskrim dulu. Bahaya, sayang." Terlepas tawa bila nampak raut wajah isteri seakan mengejek percakapan dia. Pinggang Haura terus dicuit. "Oh, dah pandai mengejek abang. Smackdown kejap lagi karang."

"Abang risau kan kereta kan? Bukan risaukan Haura pun.." Mencebek sekalipun, aiskrim Amsyar di tangan masih dijamah. Lupa agaknya hendak tukar semula pada aiskrim dia sendiri.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now