Part 36

72.2K 3.9K 746
                                    

"Mama mana, abah?" Reda sahaja kawasan rumah Nek Ati menjelang petang, batang hidung Puan Khadijah hilang entah ke mana. Ikutkan hendak luang masa dengan mama sekejap, lagi dua hari dia balik ke Kuantan semula tapi Syaqir dari tadi melekat dengan dia. Diajak main sana sini. Dah Amsyar sahaja yang rajin melayan kerenahnya.

"Mama dengan nenek keluar pergi pekan, rasanya. Nak beli barang untuk masak esok. Bini kamu mana?"

"Ada dekat dapur, bah." Kali terakhir dia jengah, nampak Haura leka berborak dengan Safiyah dan Aliah, isteri kepada dua saudara Amsyar, Fahmi dan Nazrien.

"Uncle, jom! Kita kejar uncle pulak." Tangan Amsyar ditarik Syaqir, belum sempat Amsyar duduk.

"Eh, penat uncle, Syaqir. Bagi uncle duduk sekejap." Biarpun baju melayu yang disarung tadi sudah ditukar pada baju tshirt biasa, boleh pitam juga melayan si Syaqir ni dari tengahari tadi.

"Tak boleh! Cepat, cepat!" Tangan Amsyar ditarik lagi oleh Syaqir.

"Abah, kejar, bah." Pelawa Amsyar pada Encik Ilham.

"Eh, abah sibuk. Pandai pandai lah kamu melayan." Rasanya tadi Encik Ilham hendak duduk di kerusi sebelah Amsyar, bila dipelawa main kejar mengejar, terus hilang. Pandai selamatkan diri sendiri.

Kacang cerdik dikunyah Haura satu persatu sambil berborak sakan. Mujurlah masing masing banyak mulut, senang hendak bergaul. Lupa sudah pada suami, masing masing rancak berborak, dihidang pula dengan teh panas. Nikmatnya.

"Haura muda lagi. Tak perlu fikir lagi lah soal anak ni. Dulu, akak lepas 3 tahun kahwin baru rasa nak ada anak. Tapi kalau dah rezeki Allah nak bagi awal, apa salahnya, kan?"

Anak mata berubah pada Safiyah yang sedang mengandungkan anak pertama. "Amsyar ada cakap dengan Haura soal anak ke?"

"Tak ada pun, kak.." Jatuh senyuman Haura bila nampak Ameera muncul di dapur. Ikutkan hendak sahaja dia bangun dan beredar tapi nanti apa pula orang cakap.

"Mandul ke?" Tersentak Haura mendengar sindiran Ameera. Tiada angin, tiada ribut, yerus menyampuk.

"Eh, tak baik, Ameera. Amsyar dengan Haura pun baru je kahwin. Bagilah masa berdua-dua dulu." Balas Safiyah lembut, cuba meleraikan ketegangan.

"Tak adalah, akak. Ameera tanya je. Mana ada orang kahwin tak nak anak, kak. Tengok Am tu, dari tadi melayan budak budak dekat luar. Tak akan lah tak terdetik nak ada anak sendiri."

"Hal rumah tangga orang, kita tak perlu masuk campur lah Ameera. Pandai pandailah Amsyar dengan Haura rancang sendiri.." Terkejut juga Aliah bila dengar ayat yang keluar dari mulut Ameera. Tiada tapis langsung.

"Ke mandul sebab..." Sambung Ameera dengan senyuman sinis.

"Sebab apa—" Belum semput soalan Aliah habis, Haura mencelah.

"Tak ada apalah, kak. Akak—"

"Sebab banyak main sebelum kahwin kot." Ameera mencantas Haura yang cuba untuk tukar pada topik lain.

"Ha?! Haura, betul ke ni?" Serentak padangan Safiyah dan Aliah beralih pada Haura. Liur ditelan, bingit telinga dengan deringan. Pandangan Safiyah dan Aliah yang tadinya penuh mesra bertukar pada riak wajah tersentak.

"Haura—.."

"Apa lagi lah yang you cuba nak sorok daripada keluarga ni kan, Haura?" Sindi Ameera lagi.

"Haura minta diri dulu, kak." Belum sempat disorokkan muka, gugur dulu air mata. Rasa seakan tiada lagi dinding yang menyembunyikan dirinya dengan yang lain. Segala cacat cela dibiarkan terdedah pada orang untuk menilai dirinya yang serba kekurangan.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now