Part 49

99.3K 4K 1.1K
                                    

Tiba sahaja makanan, hampir bergaduh Amsyar dan Haura bila masing masing nak turun bawah untuk ambil makanan. Bila si isteri merajuk, barulah Amsyar mengalah juga. Dibiarkan isteri turun seorang diri.

Sudu garfu plastik yang disediakan sekali dengan makanan tadi Amsyar lap dengan tisu dahulu sebelum dihulurkan pada Haura yang nampak tak sabar nak menjamu selera. Comel. "Haura nak yang mana?" Sambil mulut menyoal, tangan sibuk menyusun tisu di hadapan isteri.

"Haura nak yang berkuah, boleh? Tapi kalau abang nak yang ni, Haura ambil yang kering pun tak apa!"

"Ambil lah, sayang. Abang tak kisah." Mangkuk yang berisi mee sup diletakkan dekat. "Esok abang kena balik pangkalan semula, Haura ikut abang?"

"Haura hantar abang, lepastu Haura balik KL. Haura nak tengok papa pula." Mee yang diputarkan pada garfu disuap ke dalam mulut.

"Abang tak senang duduk lah Haura bawa kereta sorang-sorang jauh macam ni." Tisu diambil dan di lap sedikit pada hujung ulas bibir isteri.

"Tak apa! Haura boleh je. Tadi kan Haura bawa kereta seorang juga?"

"Awak tak tahu abang kat sini macam cacing kepanasan tunggu berita daripada awak. Abang nak hantar Haura balik, tak dapat perlepasan sebab dah dua hari tak masuk training. Abang nak halang awak, papa mesti nak jumpa si cengeng ni." Mulut Amsyar dibuka, menerima suapan mee daripada isteri.

"Abang tak izinkan Haura balik ke.."

Dalam sibuk Haura menjamah, bekas berisi dumpling pula dibuka Amsyar. Senang untuk Haura makan kemudian. "Abang izinkan, sayang. Baliklah, tengok papa."

"Haura bawa slow slow! Mesti abang tak risau."

"Ada je jawapan dia." Tawa daripada Amsyar disambung Haura. "Papa duduk hospital berapa lama, sayang?"

"Tak tahu lagi. Doktor cakap ikut pada papa. Kalau cepat darah papa cair, baru boleh balik. Haura nak rasa abang punya, boleh?"

"Boleh, sayang." Mangkuk depan Haura diambil, diganti pula dengan bekas makanan dia.

"Macam mana abang boleh accident?"

"Kalau berkawan dengan orang bebal, macam ni lah jadinya, sayang." Balas Amsyar.

"Aku dengar, Am!" Kedengaran suara Aniq dari sebelah katil.

"Abang keluar nak beli air. Ada warung dekat area pangkalan tu sedap. Aniq ajak abang pergi. Sepatutnya pergi, balik macam biasa. Entahlah, Haura. Bila teringat balik naik balik darah abang."

Telinga kanan Amsyar dipegang Haura sambil tergelak kecil. "Telinga abang merah! Comel! Eh?" Lengan Amsyar ditilik Haura. "Luka abang dah kurang."

"Kurang dah. Dengar Haura pot pet hari-hari terus kurang. Ikutkan dah boleh cabut jahitan. Tengoklah macam mana. Esok abang minta doktor cabutkan."

Aniq yang sibuk perhatikan pasangan di katil sebelah dari awal tadi hanya mendiamkan diri namun dalam kepala disusun rapi segala senjata yang akan digunakan untuk menyakat Amsyar. Mujur dalam ruang bilik bahagian mereka duduk sekarang hanya diduduki tiga orang pesakit termasuk mereka. Itupun hanya Amsyar dan Aniq sahaja yang diletakkan bersebelahan, lagi seorang di hujung bilik.

"Haura nak tidur? Baring lah dekat katil abang." Nak tukar pada bilik persendirian, bukan lama dia di sini. Katil diletakkan bersebelahan Aniq pun bukan pilihan dia tapi kesian pula pada Haura yang perlu tidur duduk pada kerusi. Sakit badan.

"Tak nak. Abang duduklah. Haura nak.." Kardigan yang dipakai dari pagi dirapatkan pada badan, dilabuhkan punggung depan Amsyar.

"Nak apa, precious?"

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now