Part 14

69.7K 3.8K 566
                                    

Puan Khadijah yang tadinya seolah hendak gerak ke dapur akhirnya berdiri disebalik dinding untuk mencuri dengar perbualan mereka berdua. Terkejut juga bila ada yang memberi salam, mencari Amsyar. Katanya rakan lama tapi tidak pernah pula anak tunggal dia menyebut nama Ameera sebelum ni.

"Amsyar sihat?" Terpegun Ameera bila Amsyar tiba. Rasanya kalau Amsyar datang dekat dengan tubuh dia tadi, boleh dengar degupan jantung dia.

"Sihat. Mana you tahu rumah I?" Ingatkan selesai sahaja hantar Haura balik, dia dapat rehat sekejap. Ada pula halangan.

"You tengah cuti ke?" Soalan Amsyar berbalas dengan soalan.

"Answer the question, Ameera."

"Jodoh kot?" Ameera melepaskan tawa kecil.

Langkah Amsyar yang tadinya berhenti di ruang tamu mula menuju ke birai tangga. "I tanya betul betul, you jawab main main. Ameera, tolong balik."

"Sampai hati. I datang sekadar nak bertanya khabar."

"I dah jawab pertanyaan you. I sihat, Alhamdulillah." Belum sempat Amsyar melangkah naik, Ameera bersuara lagi.

"I rindu you. I tahu dah bertahun lama tapi I rindu you."

"Tak elok kalau orang nampak you macam ni, Ameera. I minta diri dulu." Amsyar meneruskan langkah memijak birai tangga ke naik ke atas.

Lepas Asar, Amsyar turun ke dapur. Puan Khadijah yang sedang asyik dengan cucur udang tersentak bila dia perasan Amsyar berdiri di belakang. "Mama tepek tepung ni dekat muka awak, baru tahu, Amsyar. Habis semua perempuan lari tak nak tengok awak dah."

"Ala, tak apa, mama. Perempuan ramai ramai buat apa." Sudip besi diambil sebelum Amsyar membalikkan cucur udang yang Puan Khadijah sedang goreng menggunakan kuali tidak melekat.

"Jangan guna besi dekat periuk mama, Amsyar! Anak bertuah betul."

Amsyar tersentak bila Puan Khadijah cubit di tempat yang sama Haura tinggalkan kesan lebam. Tertunduk dia menahan pedih.

"Kamu kenapa, Amsyar? Mama cubit sikit je." Senduk besi tadi ditukar pada senduk plastik sebelum dihulurkan pada anak teruna yang masih dengan muka menggerenyet.

"Mama cubit dekat kesan lebam Am. Lain kali cubit belah lain pula, mama. Cuba kalau Am cubit mama dekat tempat yang sama. Sakit tak?" Belum sempat Amsyar mencuit tangan Puan Khadijah, lengan Amsyar dicubit lagi.

"Berani lah awak cubit mama. Mama sumpah awak jadi batu, tak sempat kahwin."

"Eh, janganlah, mama. Orang nak jadi suami Haura ni." Senduk plastik yang dihulur Puan Khadijah tadi diambil sebelum Amsyar sambung membalikkan cucur udang yang sedang digoreng. Dia perasan pandangan mama seakan ada yang hendak ditanya. Tahu sudah, apa yang bermain dalam fikiran mama.

"Tadi tu Ameera, mama. Kawan sekolah Am."

Puan Khadijah terus mengalihkan pandangan ke bancuan tepung di tangan. "Mama tak cakap apa pun lagi."

"Am kenal mama." Amsyar melontarkan pandangan pada Puan Khadijah sebelum melepaskan tawa kecil.

"Kenapa dia nak jumpa Am?"

"Entah. Tanya khabar je, rasanya." Cucur udang yang baru sahaja diangkat dari kuali tadi dibawa ke mulut untuk dijamah sebelum jatuh ke pinggan balik, tangan Amsyar menggetar bila minyak panas yang ada pada cucur udang kena pada jari jemari. "Panas!"

"Dah tahu panas, pegang lagi. Tak reti menyabar. Esok dengan Haura jangan gelojoh macam ni, Amsyar." Bancuhan tepung diletakkan sedikit ke dalam minyak panas seraya menjegilkan mata pada anak teruna yang akan kahwin lagi beberapa hari.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now