Part 9 (edited)

66.3K 3.8K 253
                                    

Mesin pencukur Braun Series 9 diletakkan semula di tempat asal, Amsyar mengesat wajahnya yang basah sambil membelek-belek bahagian dagu yang telah dicukur. Jam tangan dipakai pada pergelangan tangan kiri, dompet dah kunci kerita diselit dalam kocek seluar sebelum dia meninggalkan bilik.

Mengerling kepala Encik Ilham dan Puan Khadijah ke arah tangga. Nampak anak tunggal mereka sudah bersiap-siap hendak keluar. Cuti pun sama aja sibuknya.

"Ke pangkalan lagi, Amsyar? Tak boleh ke kamu duduk je dekat rumah?" Tegur Puan Khadijah, mee goreng dicedok siap-siap ke dalam pinggan. Tempat di sebelahnya diambil Amsyar, pinggan tadi terus ditolak rapat pada anak teruna.

"Tak boleh, ma. Diaorang nak fly Lockheed hari ni, rugi kalau orang tak datang tengok. Lagipun, bila orang duduk rumah, mama asyik masak sedap-sedap, mana nak lepas ujian nanti. Mama juga yang malu nanti kalau dapat tahu anak mama gagal ujian fizikal." Amsyar suap semulut mee goreng ke dalam mulutnya.

"Hari tu, abah jumpa dengan Dato' Azham, katanya anak dia buat hal. Siapa yang buat hal, Amsyar? Bukan baru lagi kamu jumpa dengan si Hawwas tu? Hawwas ke..? Takkan lah Haura.." Bersuara Encik Ilham, surat khabar di tangan terus diletak atas meja. Jarang sekali Encik Ilham dengar Dato' Azham mengeluh.

Puan Khadijah sambung menjamu selera sambil memasang telinga.

Kunyahan Amsyar berubah perlahan, sekilas pandangannya diangkat pada abah. "Tak tahulah, abah. Hawwas tak ada cakap apa-apa pun waktu orang jumpa dengan dia. Orang dah lambat ni, gerak dulu, mama, abah." Pinggan yang kosong dibawa ke dapur untuk dicuci bersih. Tangannya yang lembab dikesat pada tuala tangan sebelum dihulur untuk menyantuni orang tuanya.

"Tak nak minum ke, Amsyar?" Bahu Amsyar diusap Puan Khadijah. Sudah diagak, Amsyar tidak akan minum air teh o' yang dia buat untuk sarapan pagi ni. Cerewet sungguh bab makan minum sehinggakan air panas dan air sejuk pun memilih. "Mama buat suam-suam je, Amsyar. Budak ni.."

"Tak nak lah, ma. Orang minum air kosong je. Orang balik makan tengahari dekat rumah. Kalau mama tak masak, Am belanja mama dengan abah makan luar. Kalau mama masak, alhamdulillah. Orang tak habis rindu lagi dengan masakan mama." Kecil tawa Amsyar, tepi kepala Puan Khadijah dikucup sebelum dia mengorak langkah ke pintu.

"Kahwin nanti kena cari isteri yang pandai masak lah ni. Cari yang boleh ganti mama," perli Puan Khadijah sambil menghantar signal mata pada si suami. Mana tahu termakan dengan sindiran, dalam tahun ni juga dia dan suami boleh dapat menantu.

"Mama ni..orang cari isteri nanti bukan untuk ganti mama. Mama, syurga Am, kewajipan Am. Tak akan pernah terganti, ma. Bakal isteri, amanah, wanita yang orang akan bimbing, tanggungjawab orang. Tanpa mama, orang tak akan ada kehidupan. Tanpa isteri, kehidupan orang tak akan ada makna. Pergi dulu, ma, abah. Assalamualaikum," Masuk sahaja ke dalam perut kereta, terdetik wajah Haura dalam fikirannya. Sudah seminggu lebih dia tidak berjumpa dengan Haura. Entah apalah jadi selepas dia hantar Haura ke rumah tempoh hari. Jangan kata Haura, dengan Hawwas pun dah lama tak bersua muka. Sejak Hawwas hari-hari dipaksa untuk masuk ofis, tak ada masa nak ajak lepak.

Berejam Amsyar menghabiskan masa di gimnasium. Keluar dari shower room, telefonnya berdering. Macam tahu-tahu je timing.

Tup, nama Hawwas terpampang di skrin telefon. Panjang umur. Baru aja dia terniat nak ajak jumpa petang ni. Seharian Amsyar bertimbang-timbang soal Haura.

"Assalamu—" Telefon bimbit ditekap ke telinga,

"Am, kau mana, Am? Free tak? Lepak jom?" Belum sempat salamnya dihabiskan, berdas-das diserang dengan soalan daripada Hawwas.

"Chill lah, Was. Satu-satu.." Menggeleng kepala Amsyar.

"Jom lah lepak!"

"Tak. Nak ajak lepak ke nak ajak gaduh ni, Was? Kalau nak ajak gaduh, boleh. Alang-alang aku pun baru habis training," balas Amsyar, telefon yang ditekap pada telinga dibawa jauh apabila Hawwas memekik di corong telefon. Kalau Hawwas ada di hadapan dia sekarang ni, mahu ditekup aja mulut tu.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now