Part 54

86.9K 3.9K 839
                                    

Siap sahaja berpakaian seragam lengkap, kaki melangkah ke ruang tamu. Bertentang pula anak mata dengan Haura. Biasanya sebelum dia tinggalkan rumah, Haura masih beradu. Kali ni lain pula, siap dengan secawan teh ais atas meja kecil. Tempat disebelah Haura diambil, kaki diregangkan sedikit untuk menyarung stokin kaki. "Awal Haura bangun? Banyak kerja ke hari ni?"

"Tak pun. Haura lapar so Haura bangun buat roti." Roti bakar digigit sambil mengagumi ciptaan Allah di sebelah. Kalau elok berpakaian seragam macam ni sepatutnya dia suruh Amsyar pakai pakaian yang sama setiap pagi petang siang malam.

Rasa seakan diperhati, Amsyar menjeling ke kanan sekilas. "Apa pandang pandang? Gatal eh Haura ni."

"Eh! Kereknya! Haura pandang je." Kepala Haura menoleh semula ke televisyen. "Biarlah Haura nak pandang suami sendiri. Pandang orang lain kejap lagi abang juga yang cemburu. Nanti abang marah marah Haura lagi."

Mulut Amsyar kumat kamit meniru omelan isteri. Selesai sahaja dia menyarung stokin, lipatan pada lengan dikemaskan. Haura mencuri lagi pandangan dalam diam. Segaknya!

Beg dompet pula dibawa keluar, dihulur beberapa keping duit kertas pada Haura. "Nah, duit belanja Haura. Takut kedai kedai tepi jalan tak accept card. Sengkuang abang dah potong, nanti Haura ambil je dalam peti ais." Haura ni bukan boleh, semua kedai nak berhenti beli.

Duit kertas berlainan warna dikira Haura pada saat itu juga. Daripada besar hingga ke kecil. "Banyaknya sampai RM500! Haura nak buat apa cash banyak macam ni?"

"Belilah pisang goreng ke?"

"Abang ni kan!" Setepek tamparan sampai ke lengan Amsyar. "Beli pisang goreng mana sampai banyak ni!"

"Haura janganlah guna sekali semua. Bawa mana perlu. Tak cukup nanti bagitahu abang, nanti abang withdraw lagi." Tangan dihulur untuk disalam Haura. "Ingat. Nak keluar, bagitahu abang. Call tak angkat, text."

Dahi Haura hikucup sebelum Amsyar bangun menuju ke pintu masuk. Beberapa langkah diambil, badan dipusing semula menghadap isteri. Terlupa pula hendak pesan.

"Kalau Haura keluar, nampak divider, jauh jauh sikit dari kereta, sayang."

"Ish! Nanti Haura letak divider tu keliling kereta lepastu Haura drive, reverse, drive, reverse!" Roti bakar dilipat dua, disua ke mulut. Esok lusa Haura lipat dua Amsyar pula.

"Emotional betul sayang ni. Abang gurau je. Bye, sayang." Kunci pintu dipusing, ditarik daun pintu untuk melangkah keluar.

"Abang tak nak sarapan dulu?"

"Tak nak lah. Abang tak ada selera. Abang pergi dulu, baby. I love you." Baru sahaja Haura menoleh ke arah televisyen, daun pintu yang baru sahaja dirapatkan tadi terbuka semula, berlari masuk Amsyar ke bilik air. Tersentak Haura bila terdengar Amsyar meluahkan segala isi perut ke dalam mangkuk tandas.

Tangan yang melekat sisa roti dikibas kibas atas piring kecil, ikut juga Haura ke bilik air dengan kening yang berkerut. Nampak Amsyar menekan punat pam sebelum menjatuhkan pandangan sambil dua belah tangan memegang sinki.

Tangan Haura naik mengusap bahu suami. "Abang nak ubat tahan muntah? Haura rasa ada dalam bekas ubat."

"Sayang tolong ambilkan, boleh?" Pili air dipusing, dikumur mulut berulang kali sebelum Amsyar ambil semula berus gigi.

Pil ubat diasingkan sebiji, diambil sekali segelas air. Haura menghulur keduanya pada suami yang baru tiba ke ruang makan. "Abang ada salah makan ke? Nak pergi klinik? Haura boleh hantarkan."

"It's okay, sayang." Cawan gelas dihulur semula sebelum Amsyar cuit dagu Haura. "Abang dah lambat ni. Kena gerak dah. Thank you, sayang tolong ambilkan ubat."

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now