Part 8 (edited)

67.4K 3.7K 457
                                    

"Haura tunggu sekejap, abang pergi beli makanan. Haura nak bubur je?"

Kecil anggukan Haura. Penat dipaksa Amsyar, akhirnya dia menyerah juga. Sebelum ini dia keluar dengan Amsyar, tidak pernah pula dipaksa. Jauh di lubuk hati, Haura dapat merasakan tujuan Amsyar sebenarnya ke sini atas permintaan Hawwas sendiri. Tiada sebab lain. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba terpacak depan ofis.

Pintu kereta dibuka, Amsyar masuk semula dengan beg kertas di tangan. Dalam kelaparan yang ditanggung Haura sepanjang hari, hanya bubur sahajalah yang boleh diterima sekarang. Risau akan nasibnya bila pulang nanti hingga terkubur rasa lapar dalam keresahan.

"Ni, bubur Haura." Bubur yang dibeli dari Marrybrown tadi dihulur pada Haura. Tisu dan sudu juga disua sekali. Terasa seakan melayan budak-budak. Seumur hidup, Amsyar tidak pernah ada adik beradik lain. Hidupnya hanya abah, mama. Kerap kali dia lihat cara layanan Hawwas pada Haura, baru kali ini dia berada di tempat Hawwas.

"Abang Am punya makanan, mana?" Soal Haura sambil memerhati beg kertas di antara dia dan Amsyar. Rasa segan pula kalau dia makan seorang. Rasanya tadi Amsyar sendiri yang beritahu belum makan lagi, kenapa Haura seorang pula yang dihulur makanan.

"Oh, ada je tapi Am tak nak makan lagi. Haura makan lah dulu." Sudahlah dia kena mula latih diri balik memandangkan ujian kecergasan fizikal sudah dekat. Kalau gagal, malu tujuh keturunan.

"Abang Am makanlah jugak. Haura seganlah. Kalau abang tak makan, Haura tak nak makanlah." Penutup bekas tadi ditutup semula. Dia lebih rela makan dalam bilik seorang diri daripada ditatap Amsyar dekat-dekat macam ni. Bertentang mata dari jauh pun boleh buat dia terkedu, dekat macam ni lagi lah.

"Okey, okey. Am makan." Tangan menyeluk ke dalam beg kertas, burger yang masih berbalut plastik dibawa keluar. Sudahlah dia tidak sempat untuk bagitahu mama dia makan di luar tengahari ni. Mahu membebel mama sekejap lagi. Pantang bagi mak-mak kalau anak-anak makan di luar jika mereka sudah siap masak. Ingatkan dia hanya perlu datang untuk tengok-tengokkan Haura sahaja, lain pula percaturannya dek mulutnya sendiri yang ringan mengajak.

Amsyar gigit semulut burger di tangan, barulah Haura mula makan. Penutup bekas bubur tadi diletakkan di atas paha, potongan kecil daun bawang di dalam bubur diasingkan satu persatu. Mengalir pula sisa bubur pada penutup, kedua-dua tangan Haura yang memegang bekas bubur tadi segera mencapai penutup bekas sebelum terkena pada seluarnya.

Perasan gadis di sebelah bagai tidak senang duduk, Amsyar ambil pula penutup bekas tersebut dari tangan Haura. Ditatang bekas tersebut sambil-sambil sebelah lagi tangan menyuap burger ke dalam mulut. "Am tolong pegangkan."

"Oh, thank you! Sekejap, Haura asingkan cepat-cepat." Terukir senyuman di wajah Haura seraya menyambung semula mengasingkan segala sayur-sayuran termasuk bawang goreng. Akhirnya puas hati Haura dengan hasil kerjanya, baru boleh mula makan. Sambil sudu disuap ke mulut, sambil itu juga kepala dia mula berfikir soal semalam. Macam mana agaknya nak bersua muka dengan papa. Sampai bila boleh elak kalau dah duduk sebumbung.

"Daniel hantar gambar dekat rumah semalam," kata Haura, matanya masih pada bubur.

Amsyar hanya kelihatan tenang, botol air yang diteguk tadi ditutup semula. Dalam diam, dia bersyukur Haura percaya dengan dia untuk bercerita tentang masalahnya.

Air mata Haura yang mula memenuhi birai mata ditahan. Sudah banyak kali dia menangis depan Amsyar. Haura enggan membebankan mahupun membuatkan Amsyar rasa bertanggungjawab ke atas dirinya. Semuanya salah sendiri. Berani buat, berani tanggung.

"Papa, mama dengan abang dapat tahu semalam. Papa tampar Haura," terang Haura lagi.

Andai Haura milik dia sekarang, sudah lama dipeluk tubuh kecil itu. Lepas satu, satu. Sedih sebab Amsyar sendiri tidak boleh buat apa-apa. Dia faham dua-dua belah pihak. Dia faham kenapa Dato' Azham sanggup naik tangan pada Haura. Bapa mana yang tidak sedih bila dapat tahu anak dara dia sanggup buat sebegini rupa. tapi Amsyar juga cuba untuk faham dari pihak Haura. Dia pun bukannya tua mana. Tiga tahun sahaja beza umur mereka. Amsyar juga kenal Haura dari kecil. Biarpun tiada lagi sebarang komunikasi selepas dia berpindah rumah, banyak yang diceritakan Hawwas. Daripada situ juga, Amsyar sudah boleh terka perwakatan Haura.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now