Part 10 ( edited)

73.1K 4.4K 668
                                    

"Amsyar, nak kemana pagi pagi ni?" Soal Encik Ilham pada anak terunanya yang turun dengan lengkap berpakaian Nike Woven tracksuit berwarna biru gelap. Kaca mata diturunkan, anak matanya mengikut pergerakan Amsyar.

"Orang nak keluar pergi Taman Tasik Titiwangsa sekejap, abah. Joging. Abah pun patut joging pagi pagi ni, bah," Amsyar ambil sekeping roti telur yang terhidang di tengah-tengah meja makan, disua ke dalam mulut.

"Banyak lah kamu, Amsyar." Lengan anak teruna dicubit sebelum Puan Khadijah meletakkan bekas hidangan yang berisi nasi goreng. "Pergi joging pun kena handsome handsome ke?" Kemas sungguh lah si Amsyar ni. Pakailah apa pun, segak aja memanjang.

"Handsome apa, ma. Tracksuit je." Tangan yang berminyak dek roti telur yang dipegang tadi dikesat pada tisu, berdiri semula Amsyar daripada kerusi. Buatnya dia lambat sampai, habis berleter si Hawwas.

"Nanti dulu, Amsyar." Pinggan yang diisi dengan nasi goreng tadi dihulur pada suami sebelum pinggannya diambil pula. "Rasa lah sikit nasi goreng mama. Sampai hati Am tak nak makan mama masak." Puan Khadijah mencebik bibir. Sengaja nak bermanja.

Tubuh yang diangkat tadi segera dilabuhkan semula atas kerusi, lebar senyuman Amsyar pada mama demi menjaga hati. "Eh, nak. Am nak makan tapi mama kena suap."

Giliran Encik Ilham pula menarik muka. Kalau begini lah kejadiannya, risau pula dia pada si isteri jika suatu hari nanti Amsyar bawa balik isteri. Elak berebut pula perhatian si Amsyar.

"Meh, mama suap. Lepas kahwin nanti sunyilah mama..tak boleh dah nak suap anak mama ni." Sudu yang berisi nasi goreng tadi disua pada mulut anak. Sedih pula Puan Khadijah bila terbayangkan si Amsyar kahwin. Dengan siapa lah agaknya dia nak bergurau senda. Berjauhan dengan Amsyar buat beberapa bulan untuk kursus tempoh hari juga sudah terasa kesepiannya, inikan pula berjauhan seumur hidup. Harap-harap lepas kahwin, Amsyar terus tinggal di rumah ini.

"Siapa kata lepas kahwin mama tak boleh suap Am?" Nasi goreng dalam mulut dikunyah, Amsyar lemparkan senyuman pada mama. Sudah terbiasa dengan perangai mama, lebih-lebih lagi sejak-sejak dia mula cuti. Agaknya selagi dia tak kahwin, memang itu ajalah topik kegemaran mama.

"Habis tu.. isteri kamu nak letak mana, Am? Dah kahwin, isteri jangan dipulaukan. Mama ni, ada abah," kali ini, Encik Ilham punya bersuara.

"Eh, apa pula. Dah kahwin pun kenalah fikir hati saya juga. Takkan lah fikir hati isteri je.." Puan Khadijah melirik pada suami.

"Jah..dah kalau macam ni, awak tak payah suruh lah si Amsyar ni kahwin."

Berbolak-balik pandangan Amsyar pada abah dan mama. Macam makin jauh pula topik perbualan. "Dah, dah, abah, mama. orang pun belum kahwin lagi..tak payah pening-pening. Senang macam ni lah, mama suap Am, Am suap bini Am." Sempat Amsyar mengenyitkan mata pada mama sebelum mula mengorak langkah ke pintu.

"Tak nak makan lagi, Amsyar?" Soal Puan Khadijah.

"Dah, mama. Sikit je. Am nak lari ni..karang pancit pula." Telefon yang diletakkan di atas meja diambil sebelum belakang tangan mama dan abah dikucup.

"Am lupa ke?" Puan Khadijah menyoal apabila Amsyar pergi begitu sahaja.

Langkah Amsyar berpatah balik pada mama sebelum direndahkan badannya supaya mama dapat mengucup pipinya. Setiap kali di rumah, sebelum keluarnya dia ke mana-mana, mama pasti akan titipkan ciuman di pipi dia sejak dari kecil lagi.

"Am pergi dulu, mama, abah. Sedap nasi goreng mama." Kedengaran bunyi enjin kereta Audi R8 Amsyar menghiasi suasana pagi sebelum bunyi tersebut semakin perlahan apabila pacuan bergerak pergi.

"Sejak bila Amsyar tak menolak bila bercakap soal kahwin, Jah?" Encik Ilham mengerutkan kening, pelik. Selalunya, bila bercakap soal kahwin, belum pernah lagi Amsyar mengiyakan idea tersebut. Acap kali, Amsyar hanya menyangkal soal kahwin sehinggakan Encik Ilham merasakan Amsyar masih belum ada keinginan untuk mencari pasangan hidup namun tadi, walaupun tidak secara langsung, Amsyar tidak menidakkan mahupun setuju.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now