Part 16

75.4K 3.6K 309
                                    

Sebaik sahaja doa diaminkan, Amsyar menoleh ke belakang. Belakang tangan dikucup Haura. Baru sahaja dia hendak melabuhkan kepala pada peha isteri, Haura menepis.

"Haura kena turun lah, abang!" Ikatan pada rambut dibetulkan sebelum Amsyar baring semula pada peha dia yang sedang duduk bersimpuh.

"Sayang nak pergi mana?" Baru sahaja nak bermanja, sudah ditolak. Kecil hati Amsyar. Sudahlah cuti dia tak berapa lama dah.

"Nak pergi tolong mama siapkan sarapan lah. Mama dah turun pergi dapur dah tadi." Sempat Haura mengerutkan dahi pada Amsyar. Sudah lah tak sampai seminggu dia duduk rumah mertua. Tak manis pula kalau duduk terperap dalam bilik.

"Ha, Haura tak khusyuk solat eh, sayang? Macam mana boleh dengar mama turun." Hidung isteri dicuit manja.

"Mana ada! Haura dengar lepas abang habis baca doa. Mama Haura cakap, jangan biarkan mertua sorang dekat dapur. Abang bangunlah!"

"Mama Haura, mama abanglah. Sekejaplah, Haura." Sengaja Amsyar memejamkan mata, kalau tidak bukan wajah dia dipandang dengan senyuman, kerut sahaja muka si isteri.

"Nanti mama marah Haura." Telinga Amsyar ditarik sebelum Haura melepaskan tawa kecil.

"Haura marahlah mama balik."

Belum sempat Amsyar melepaskan tawa, cuping telinga dipulas. "Ish! Main-mainlah, abang ni."

"Haura tunggu abang. Abang mandi kejap." Badan yang dilabuhkan atas peha Haura tadi dibawa duduk semula ke sejadah sebelum dia berdiri, sejadah yang terbentang tadi dilipat semula.

"Haura turun dulu lah, abang."

"Eh, tunggulah abang." Baru sahaja diambil tuala yang tersidai, Haura sudah menuju ke pintu. Apa yang tergesa-gesa sangat agaknya. Dia tahu mama pun faham.

"Abang ni, Haura suruh mandi sebelum solat tadi tak nak!"

"Iya, sayang. Lepas ni abang mandi sebelum subuh. Bangun bangun terus bawah shower. Haura tunggu abang. Sekejap je. 10 seconds max." Tangan Haura di tombol pintu dipaut, dibawa semula duduk di birai katil.

"1, 2, 3—"

Belum sempat kaki melangkah ke bilik air, Haura sudah mula mengira 10 saat yang dia janjikan tadi. "Agak-agaklah, sayang. Am sampai bilik air pun belum ni." Rasanya waltu dia jadi prajurit dahulu pun tak setegas ni.

"Tadi abang kata 10 saat?"

"Tunggu lepas abang tutup pintu baru Haura kira." Senyuman terlepas dari bibir Amsyar saat dia toleh, terlihat raut wajah Haura yang penuh dengan gurau senda.

"Lambat Haura turun dulu!" Pesan Haura.

"Abang tak izinkan. Ha, Haura turunlah." Sempat Haura menjegilkan mata sebelum daun pintu bilik air ditutup rapat, terdengar suara kecil si isteri menghitung saat. Baru riuh sikit bilik Amsyar. Selama ni sunyi sepi, bangun tidur seorang, solat pun seorang diri tanpa makmum. Indahnya perkahwinan.

••

"Anak kesayangan awak mana, Jah?" Soal Encik Ilham. Biasanya kalau dia turun, Amsyar sudah ada di meja makan.

"Sibuk dengan isteri lah, bang. Darah manis." Puan Khadijah memberi senyum simpul, air teh panas dihidangkan pada suami.

"Lupa pula saya si Amsyar tu dah kahwin." Encik Ilham menggelengkan kepala sambil tertawa, surat khabar edisi hari ni diselak.

"Ha, panjang umur pasangan pengantin ni. Amboi, seronok, Amsyar?" Puan Khadijah menyapa bila kelibat dua tumbuh muncul di anak tangga. Geram sungguh tengok anak teruna dia seorang ni. Hendak dimarahi, dah halal. Turun tangga pun hendak dipaut tangan si isteri. Merah padam muka si isteri pun.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now