Part 21

61.2K 3.6K 278
                                    

"Mama, Haura tolong mama siapkan sarapan, boleh?" Bunyi sahaja pintu bilik Puan Khadijah terbuka, cepat-cepat Haura berlari keluar.

"Tak payah. Kamu buat hal kamu."

Sesaat pun wajah Haura tidak dipandang. Sebelum Puan Khadijah membawa langkah menuruni anak tangga, tangannya dipaut dan dikucup Haura. "Haura minta maaf kalau Haura ada buat mama terasa.."

"Memang. Memang banyak yang kamu kena minta maaf tapi mama belum sedia lagi nak maafkan Haura."

"M—maksud mama?" Puan Khadijah beralih pandangan, tampak jelas dia tak ingin menyambung perbualan dengan lebih panjang. Berkelip mata Haura melihat Puan Khadijah turun, tangan yang digenggam Haura direntap kasar.

"Menantu kamu mana?" Soal Encik Ilham. Turun sahaja ke ruang makan, hanya makanan terhidang. Batang hidung menantu hilang entah ke mana.

"Entah. Buat hal sendiri kot."

"Kamu ni kenapa, Jah? Ada masalah jangan lepas pada menantu saya. Budak tu tak ada salah apa." Tegur Encik Ilham. Entah kenapa, bila dia sebut tentang Haura, Puan Khadijah terus naik darah. Kalau waktu tu dia sedang masak, berdentang lah dapur dengan bunyi hentakan. Apa yang tidak puas hati sangat. Hendak kata Haura ada buat sesuatu, budak tu pergi kerja, balik kerja, tolong masak, makan minum mertua terjaga sahaja.

Ingatkan bila anak teruna hendak balik hari ni, ceria sedikitlah muka isteri. Ini tidak, berkerut sahaja dahi.

"Abang puji lah. Puji menantu abang tu. Dia bodoh bodohkan anak kita pun abang puji lah sampai langit. Sujud, sembah dia." Pinggan suami tidak sengaja dihentak pada meja dek kerana geram akan menantu.

"Astaghfirullah Al' Azim, awak kenapa? Ada ke Haura tu minta kita sujud sembah dia? Sanggup awak layan suami macam ni sebabkan perasaan marah tak tentu pasal awak? Awak cakap si Haura itu ini, awak ada nampak dia layan Amsyar macam mana awak layan saya? Surat khabar edisi hari ni dibaling ke atas meja. "Saya makan dekat luar jelah kalau macam ni."

Haura lapar, tapi takut hendak turun. Dia masih tak faham kenapa Puan Khadijah tiba-tiba melayan dia endah tak endah. Penat difikir balik segala percakapan, tingkah laku dia yang mungkin tergores hati mak mertua tanpa dia sedar namun tiada jawapan. Akhirnya dia hanya menyibukkan diri dengan fail-fail kes dari pihak klien, perut yang lapar diendahkan.

"Assalamualaikum,"

Kunci kereta dimasukkan dalam kocek seluar, kasut disusun sebelum Amsyar melangkah masuk. Dua minggu tak balik, rindu pada keluarga makin teruk daripada berbulan dia dihantar ke luar negara tahun lepas. Mungkin sejak ada isteri, makin susah gamaknya hendak tinggal keluarga.

"Amsyar!" Tubuh anak tunggal dibawa ke dalam dakapan.

"Mama sihat?" Tangan Puan Khadijah dikucup, pelukan mama dibalas erat sebelum dia menyantuni Encik Ilham pula. "Sihat, bah? Macam berisi je abah ni."

"Mana tak berisi, isteri kamu selalu sangat masak sedap sedap." Biarpun sibuk dengan kerja, kadang Haura masih mencuri masa untuk masak buat mertua. Entah kenapa, setiap kali Haura masak, selera Encil Ilham berkali ganda pula.

"Haura mana, ma, bah?" Jarang Haura hendak duduk terperap dalam bilik melainkan dia sakit atau ada kerja. Saat dia menjejakkan kaki ke dalam rumah, ingatkan Haura ada duduk sekali dengan mama dan abah.

"Dari pagi tak turun, Am. Sibuk dengan kerja rasanya." Sempat anak mata Encik Ilham beralih pada si isteri yang hanya memaut lengan Amsyar dengan muka tak bersalah.

"Am minta izin tengok Haura dulu, ye." Selangkah diambil, Puan Khadijah tarik lengan Amsyar.

"Am duduklah dengan mama dulu. Tak rindu ke nak borak-borak dengan mama?"

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now