Part 25

73.7K 3.6K 762
                                    

"Hawwas." Anak lelakinya yang dari tadi sibuk dengan PS5 akhirnya ditegur Dato' Azham. Tahu lah cuti, tapi dari tadi duduk menghadap televisyen sahaja. "Tolong papa basuh kereta."

"Kejap, pa. Tak habis lagi ni." Balas Hawwas, sikit pun tidak berpaling pada orang tuanya.

"Sekarang, Hawwas. Tolong basuh kereta papa, kereta Haura, alang alang basuh sekali dengan kereta Amsyar."

"Ha?! Patah pinggang Was macam ni, pa. Kereta kau hantar kedai je lah, Am. Apahal aku kena basuh." Mata dijegilkan pada Amsyar yang dari tadi hanya duduk diam tanpa sepatah kata.

"Bukan aku yang suruh kau basuh. Yang kau lepas geram dekat aku kenapa." Sudahlah dia dipaksa duduk dengan Hawwas. Padahal tadi dia sudah pasang niat hendak tengok Haura di dapur, belum sempat kaki melangkah, Hawwas dah ajak dia untuk ke gaming room.

"Hawwas je ke, pa? Suruh Amsyar jugak lah."

"Kamu seorang ajalah. Amsyar tu tetamu kita." Dato' Azham melangkah pergi.

"Ha, nak pergi mana, bangang. Tetamu tak tetamu. Kau ikut aku sekarang sental kereta kat luar tu kalau tak calar kereta kau aku buat." Nampak sahaja Amsyar berdiri, terus Hawwas bersuara. Hendak lari lah tu. Plug PS5 tadi ditutup terus biarpun banyak lagi misi yang dia masih belum lengkapkan. Biasanya dibiarkan sahaja kalau dia nak main sampai malam sekalipun, waktu-waktu macam ni jugalah hendak disuruh itu ini.

"Aku nak pergi tengok Haura lah, rindu."

Bantal di tangan Hawwas dibaling tepat pada Amsyar namun sempat ditahan sebelum kena pada muka. "Meluat sial aku dengan kau ni, Am sejak dah kahwin ni."

"Pergi lah dulu. Kejap lagi aku tolong kau. Kejap je aku pergi tengok Haura." Amsyar membawa langkah ke dapur. Dia dari duduk di buaian ke gaming room, Haura masih lagi di dapur. Tak habis bersembang lagi agaknya.

"Mak mertua kamu macam mana, Haura? Okay?" Mek Jah dari awalnya risaukan Haura, lega sedikit bila nampak raut wajah Haura yang tampak ceria di samping Amsyar. Namun, hendak juga dia tahu tentang kehidupan Haura sebagai menantu di rumah mertua sana.

"Okay je, Mek Jah. Mama baik sangat." Cucur udang yang digoreng diletak atas pinggan, dibiarkan bawah kipas supaya tak melecur mulut bila dimakan nanti.

"Kamu ni dekat sana ada masak tak untuk si Amsyar tu? Mama tak rasa Am akan minta Haura masak tapi tak salah, Haura, kalau sediakan makan minum suami." Kata Datin Suhaila. Harapannya yang sebenar ingin tengok Haura berdikari sedikit tapi rasanya biarpun duduk di rumah mertua, anak bongsunya ini akan tetap dimanjakan.

"Haura masaklah, mama. Kadang-kadang." Beralih padangan Haura pada suami yang datang dari arah ruang makan.

"Amsyar, nak makan?" Puan Suhaila menyapa menantunya dengan senyuman, diletakkan lagi beberapa ketul cucur udang yang baru diangkat dari minyak panas.

"Makan dulu, ma. Am nak tolong Hawwas basuh kereta sekejap." Senyuman tercicir keluar dari celah bibir saat dia bertentang empat mata dengan Haura.

"Abang, cuba rasa yang ni." Satu cucur udang dipinggan diambil Haura dan disua pada Amsyar.

"Kejap lagi, Haura, abang—"

"Rasalah yang ni. Haura yang goreng tadi.." Amsyar berpaling semula pada Haura, cucur udang yang disua tadi digigit sedikit.

"Sedap kan?" Soal Haura dengan penuh harapan.

"Sedap, sayang. Abang pergi luar dulu, eh? Ma, Mek Jah, Am pergi luar dulu." Pipi Haura dicuit sebelum Amsyar keluar dari dapur, nampak Hawwas yang dari tadi hanya menjegilkan mata. Tak sampai 5 minit pun dia pergi.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now