Part 50

102K 4K 1.2K
                                    

Ikutkan Arash hanya perlu tinggalkan Daniel di balai tapi dia belum puas. Rasanya setakat pisau terpacak di paha apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan apa yang dia buat pada rakan baik dia selama ni.

Genggaman tangan pada rambut Daniel tadi dilepaskan seraya menolak tubuh jatuh tersungkur di hadapan dia. Pintu bilik soal siasat dikunci.

"Suami dia sabar, kau yang panas kenapa? Ke kau pun nak ikut sama aku main betina tu?"

Kerusi besi dibaling tepat pada kepala Daniel. Tak padan sakit, mulut celupar lagi.

"Sebab aku bukan Amsyar, aku bukan malaikat. Aku tak main sabar sabar macam dia. Binatang macam kau, setakat humban dalam lokap memang tak puas." Kerusi bertentang meja diambil dan dibaling lagi Arash pada Daniel. "Tapi aku ada adik perempuan. Kalau adik aku pagi petang siang malam menangis, hidup tak tenang sebab jantan bodoh yang tak ada kerja lain, rosakkan anak dara orang, ikut aku memang layak mampus je. Mungkin kau bebal, kau tak faham dan aku pun tak nak doakan benda yang kau buat dekat perempuan lain, jadi dekat ahli keluarga kau tapi aku nak kau sedar. Pisau dekat paha kau pun melekat lagi, mulut kau masih menyalak macam anjing liar. Kau memang susah eh nak faham bahasa?"

"Kau nak tahu kenapa? Dalam banyak banyak perempuan yang aku jumpa, Haura lah yang paling bodoh. Budak tak pernah bercinta kan. Aku cakap sikit, cair. Aku minta je nak apa, semua dia belikan aku. Dia punya bodoh, sampai aku minta benda paling berharga buat dia pun dia sanggup bagi, sial! Budak mentah. Aku tak jumpa lagi betina sebodoh budak tu. Kalau tak ada Amsyar, dia melutut lagi dekat aku lah!"

Pisau pada paha Daniel ditarik keluar secara kasar, berjurai darah keluar dari lubang tikaman. Bergema bilik siasatan dengan suara Daniel menjerit kesakitan.

"It doesn't matter how naive a girl is, she's not a toy for you to play around. Perempuan yang kau cakap macam tak ada harga diri tu adalah seorang puteri yang dijaga bagai mutiara dalam keluarga dia. Aku bercakap panjang lebar pun kau bukan dengar. Macam bercakap dengan dinding." Ditoreh bahagian lengan Daniel sambil leher mencengkam erat pada leher.

"Tuan, jangan—" Pintu yang dikunci Arash dirempuh masuk bila hampir bergema satu balai dengan suara Daniel.

"Tak, tak mati pun aku buat. Nah." Pisau yang berlumuran darah diberi pada salah satu anggota polis sebelum dia keluar. "Humban dalam lokap, jangan lepas sampai kes perbicaraan."

••

Duduk sahaja Haura di meja makan, kepala direhatkan pada meja. Lepas subuh tadi kepala dia terasa berat, tekak juga kurang selesa. Tak akanlah malu pada Amsyar soal semalam tak habis lagi.

"Haura kenapa, sayang?" Kepala anak bongsu diusap Datin Suhaila. "Badan Haura panas ni."

"Eh, semalam elok je. Amsyar balik terus demam." Anak mata Hawwas dibawa ke atas.

Datin Suhaila dan Mek Jah saling berpandangan, tersenyum lebar. Biasalah, mereka juga pernah kahwin. Pernah merasa waktu muda.

"Mama dengan Mek Jah senyum senyum ni, kenapa?" Mee hoon goreng yang terhidang diletak sedikit pada pinggan.

"Kamu belum kahwin, tak tahu apa, Hawwas." Perli Mek Jah. Giliran dia pula mengosok kepala Haura yang masih direhatkan atas meja makan. "Sampai demam anak Mek Jah ni Amsyar buat, ye, sayang. Ye lah, rindu tak jumpa 2 minggu."

"Apa ni, Mek Jah! Tak selera nak makan." Berkerut seribu muka Hawwas. Menyesal pula dia terima lamaran Amsyar untuk Haura haritu. Tak pasal pasal sarapan pagi bertemankan info yang terlebih peribadi.

"Amsyar mana, Haura? Kenapa tak turun lagi?" Baru sahaja mulut Datin Suhaila menyoal tentang menantu, Amsyar turun juga, menyertai yang lain di meja makan.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now