Part 15

75.6K 4.2K 964
                                    

Sebaik sahaja mereka turun dari kereta, Puan Khadijah terus berlari anak untuk membetulkan songkok Amsyar dengan senyuman ditemani dengan birai mata yang basah.

Amsyar melepaskan tawa kecil apabila bertembung empat mata dengan Puan Khadijah. "Mama ni, belum apa apa lagi dah menangis."

Bahu anak teruna ditolak. Tengah sedih, dia boleh bergurau.

"Orang ada je dekat rumah sementara orang tengah cuti ni. Mama menangis macam orang nak pergi jauh." Perli Amsyar pada Puan Khadijah.

"Mama kamu ni banyak tengok drama, Amsyar. Macam ni lah jadinya." Kalini lengan Encik Ilham pula dicuit Puan Khadijah.

"Masuk, Amsyar. Buat solat sunat dulu." Tegur Encik Ilham sebelum Amsyar melangkah masuk ke Masjid Besi, Putrajaya. Sempat dia menyusup senyuman pada Haura yang sedang duduk di bahagian tengah masjid, berbaju kurung putih yang lagi menaikkan seri muka yang sudah cukup cantik.

"Amboi! Tergedik gedik kau ni!" Pinggang Haura dicuit Aina sebelum dia tergelak.

"Mana ada!" Haura membawa anak mata lari daripada tubuh Amsyar yang sedang khusyuk mengerjakan solat sunat.

"Tahulah handsome! Menyampah." Aina mencuit lagi lengan Haura bila kawan baiknya mula merah di pipi. Apa yang susah nak mengaku agaknya si Haura ni. Dengan bakal suami sendiri je pun. Mengaku ajalah sebab Aina dan tunang dia sendiri mengaku Amsyar memang lelaki yang segak.

"Boleh mula dah?" Soal tok kadi saat Amsyar mengambil tempat di hadapan Dato' Azham.

"Nervous nampak?" Encik Ilham menyoal dengan nada gurauan. Tak penah lagi dia nampak Amsyar macam ni. Waktu majlis pemakaian pangkat hari tu pun okay je.

"Nervous lah, abah." Rasanya tak perlu jawab. Telinga dia sudah cukup merah.

"Kamu main wheelie dekat awan tu tak nervous pulak, Amsyar." Giliran Dato' Azham menyoal.

"Wheelie tu berapa tahun Am praktis. Yang ni belum habis praktis dah kena redah, pa."

Sebelum lafaz akad nikah dijalankan, tok kadi sempat menanyakan beberapa soalan tentang agama. Nasib badan, walaupun dia gementar, tak lupa jawapan-jawapan kepada soalan asas tentang agama.

Selesai sesi soal jawab, tangan Amsyar dipaut Dato' Azham sebelum dia memulakan lafaz akad nikah yang merupakan sebahagian daripada rukun nikah. "Amsyar Dizhwar bin Ilham, aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Haura Mikayla binti Azham dengan emas kahwinnya RM8000 tunai."

Amsyar pula menjawab dengan bismillah sebelum lafaz disebut. "Aku terima nikahnya Haura Mikayla binti Azham dengan emas kahwinnya RM8000 tunai."

Sebaik sahaja perkataan sah didengari, Datin Suhaila terus tertunduk, air mata yang cuba ditahan tadi jatuh mengukir garisan di pipi.

"Mama jangan menangis, nanti Haura pun ikut sekali." Usik Haura sebelum pipinya dibawa dekat seraya dikucup Datin Suhaila sebelum bahu dia dipeluk erat oleh Puan Khadijah pula.

"Gembiranya hati mama dapat Haura sebagai menantu, sayang." Puan Khadijah tertawa kecil bila birai mata juga turut basah, gembira dan sedih bila lihat anak tunggal melangkah ke fasa baru bersama wanita yang dia idamkan untuk Amsyar selama ni.

Sebaik sahaja doa habis dibacakan, Amsyar bangun, sampin dibetulkan sebelum dia mengatur langkah ke wanita yang akhirnya bergelar isteri yang sah.

Sempat Aina mencuit lengan Haura, mengusik. Berdebar agaknya jantung si Haura bila tengok suami setampan Amsyar mendekati dengan baju melayu putih, dipadankan pula dengan songkok dan sampin yang menampakkan lagi ketampanan Amsyar.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now