Part 7 (edited)

66.4K 4K 263
                                    

Bau minyak wangi Tom Ford Oud Wood Amsyar terlebih dahulu sampai ke hidung sebelum anak tunggalnya muncul di birai tangga. Puan Khadijah dan Encik Ilham yang tengah menjamah buah mangga di ruang tamu terus menolehkan kepala. Hendak ke mana pulak Amsyar ni malam-malam sebegini.

"Abah, ma. Orang nak minta izin keluar sekejap." Jam di tangan dibetulkan-betulkan. Kalau ikutkan hati, dia malas hendak bersiap. Dia sudah selesa berbaring atas katil malah hampir-hampir saja hendak melelapkan mata, tiba tiba ditelefon Hawwas, katanya hendak ajak jumpa. Dari nada suara rakan baik seolah-olah dalam masalah. Soal buah hati lagi lah ni.

"Dengan siapa? Hawwas?" Soal Encik Ilham. Memang itu sahajalah nama yang akan keluar dari mulut Amsyar waktu cuti ini.

Mengangguk Amsyar, anak matanya jatuh pada buah mangga yang dipotong. Kuning betul warnanya. "Ma, orang nak satu, boleh?"

Naik hujung ulas bibir Puan Khadijag, potongan kecil buah mangga di atas pinggan dicucuk dengan garfu sebelum dibawa ke mulut anak teruna.

"Jangan balik lewat sangat, Amsyar. Tahu, kamu tengah cuti tapi si Hawwas tu kena masuk kerja," tegas Encik Ilham. Hendak melarang lebih-lebih, masing-masing sudah dewasa.

"Tak lah, abah. Sekejap je ni. Orang pergi dulu." Belakang tangan mama dan abah dicium, sempat dia mengucup dahi Puan Khadijah sebelum dia bergerak keluar sebaik sahaja kedengaran bunyi kereta. Tidak lain tidak bukan kereta BMW M4 Coupe milik Hawwas Muazzam.

••

Mee goreng mamak dia seorang sahaja yang bergerak. Hawwas dari tadi dengan mukanya yang ketat, cheese naan di atas meja hanya dicuit sedikit demi sedikit. Biasanya Hawwas lah yang paling pelahap sampai perlu ditegur.

"Was, kau ada problem ke?" Soal Amsyar pada akhirnya. Ikutkan hati, dia hendak bergurau. Hendak saja ditanya, gaduh dengan yang mana pula tapi itulah, tidak sampai hati. Macam berat masalah kali ini.

"Was? Dua hari lepas kau ajak aku datang lepak rumah kau, ditinggalnya aku seorang diri dengan Mek Jah. Tak akan sekarang kau nak aku borak dengan anney ni pulak. Ada problem, cerita lah, Was. Aku ada." Air teh sejuk disedut dari penyedut minuman. Amsyar kurang minat dengan air panas. Pukul berapa pun dia keluar makan, ais batu perlu ada dalam minumannya.

"Entah lah, Am. Aku pening ni. Tak tahu nak buat apa. Nak mula dari mana pun aku tak tahu," jawab Hawwas, dicuit lagi cheese naan sebelum disua ke dalam mulut. Hendak cerita secara terus, aib keluarga, aib Haura. Rasanya elok dia diam sahaja.

Amsyar hanya mendiamkan diri, menanti Hawwas untuk sambung bercerita.

"Aku rasa aku kena cari juga lah budak si Daniel ni. Kalau jumpa, memang lunyai aku buat dia, Am. Lama dah aku pendam ni." Mengeluh Hawwas.

Apa yang jadi dekat luar pusat beli belah hari itu, Amsyar tidak pernah cerita pada sesiapa, termasuklahHawwas. Apa yang Haura beritahu pada dia dekat Bukit Ampang hari itu pun, hanya dia seorang sahaja yang tahu. Lama juga nama Daniel tidak keluar daripada ulas bibir Hawwas. Mungkin ada sesuatu berlaku yang menyebabkan Hawwas tiba-tiba sahaja menyebut nama itu balik.

"Dia ada buat apa-apa dekat Haura ke, Was?" Soal Amsyar. Mee goreng dia sudah habis dijamah, nan cheese Hawwas masih berbaki separuh. Dari tadi asyik dicuit sahaja, mana nak luak.

"Tak ada apalah, Am. Malas aku nak cakap pasal  bangsat tu. Buat naik darah aku je. Anney, nasi goreng seafood satu. Bungkus!" Ibu jari diangkat Hawwas tanda pesanan jelas diterima pelayan restoran sebelum dia sambung makan.

"Kau ni, Was. Cheese naan ni pun tak habis. Order pulak nasi goreng seafood." Tegur Amsyar. Tadi macam hilang selera, sekarang macam bela saka pula.

Peluang Kedua Buatku [𝒸]Where stories live. Discover now