.......

144 6 0
                                    

Di dalam wad pesakit,
Aku melangkah perlahan masuk ke dalam wad tersebut.Sedang aku menghayun langkah,dapat kudengari sayup-sayup audio orang sedang membaca al-quran.Alhamdulillah....masih lagi ada anak muda yang jaga pegangan agama.Aku tersenyum kecil melihat pesakit muda berumur 13 tahun itu.

Kemalangan kereta 1 tahun lepas membuatkan gadis muda itu kehilangan pancaindera melihat.Tetapi,dia masih lagi tabah dan redha dengan ketentuannya.Ya Allah,cekl betul hati budak ni.Kalau aku kat tempat dia,memang dah meraung habis!

Aku menyentuh perlahan bahu gadis tersebut,terkejut kecil dia dibuatnya. "Assalammualaikum.Saya doktor Felora.Pengganti doktor Amri.Adik boleh panggil doktor Lora jer." Lembut aku menegurnya.Aku kalau dengan pesakit memang suara aku akan kepit ala-ala gadis melayu terakhir gitewww.... Yelah,dengan pesakit kita mesti perlu berlemah-lembut untuk berdepan dengan emosi pesakit yang mungkin tidak stabil.

"Waalaikummussalam.Ouh....sebab tu saya pelik apabila dengar suara doktor perempuan.Nama saya Nur Nabella.Doktor Lora boleh panggil saya Bella jer." Aku hanya tersenyum.Ramah betul budak ni.Berbudi bahasa pula tu.

Memang sepanjang aku check kesihatan dia,rancak dia berbual tentang banyak perkara.Aku hanya meayan sahaja kerenah dia.Budak-budak kan.....Mestilah nak attention! Sekali-sekala terdengar suara kami bergelak ketawa dengan jenaka yang Bella buat.

"Okay,doktor dah tengok report card kamu.Alhamdullillah,tiada apa-apa masalah.Kalau tiada apa-apa halangan,Ahad ni dah boleh buka balutan di mata adik." Aku memberitahu berita gembira itu kepada dia.

"Betulkah doktor? Alhamdulillah,terima kasih sangat-sangat.Tak sabarnya nak bagitahu family saya." Ucap dia syukur campur gembira.Aku pun tumpang gembira kerana berjaya menyelamatkan pesakit kecil ini.

Begitulah kami sebagai doktor,jika pesakit ada peluang atau sembuh sepenuhnya,kami akan tumpang gembira dengann ahli keluarga pesakit.Tetapi,jika sebaliknya terjadi,kamilah orang yang paling sedih kerana merasakan tidak dapat menggalas tanggungjawab dengan baik.

Habis sahaja kerja-kerja yang lain,pukul 8.30 malam baru aku free.Aku melangkah lemah ke dalam bilik kerja dan rehat aku.Melihat papar tanda bernama Doktor Felora,terus aku memboloskan diri ke dalammya dan menutup pintu rapat.Perlahan-lahan aku melabuhkan punggung ke kerusi empuk.

Aku menghela nafas.Penat dan letih.Saat aku sedang termenung tanpa memikirkan apa-apa,mata aku tertancap pada frame gambar yang ada atas meja kerjaku.Senyuman sayu menghiasi bibirku.Air mata hampir mangalir.Sedaya-upaya aku cuba menahan esakan aku terkeluar.
Rindunya....

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now