BAB 23:Evan Aafas

64 4 0
                                    

'Felora..."
Aku terus bangun dari tidurku.Dahiku basah dengan peluh aku lap menggunakan lengan baju.Nafas aku cuba aturkan balik.Lagi sekali,aku mimpi buruk tentang Lora.Aku terus memanggil Mikael yang berada di luar,mengawasi kediamanku.

"Kenapa,bro?" Tanya dia. "Aku mimpi buruk pasal dia lagi.Cuba kau call dia." Gesaku.Mikael menelefon Felora banyak kali namun masuk ke peti suara.Shit! Aku mula mencarut.

"Aku dapat rasakan something bad happened to her! Mika,jom kita pergi rumah nenek dia.Aku risaulah." Mikael memandang aku. "Yalah,yalah.Nasib baik kau member aku."

Mikael terus memecut laju.Janganlah jadi apa-apa kat dia.Aku berdoa dan menyerahkan semuanya kepada Allah.Ya,dialah yang lebih mengetahui! Yakin dengan Allah,In syaa Allah....semuanya akan baik.

Sampai sahaja di perkarangan rumah,
"Asal gelap jer wey?" Mikael menanya aku.Dia memimpin aku naik ke rumah itu,tangan dua juga sudah tersedia sepucuk pistol Malinniv M1P. "Damn....rumah ni kena pecah masuk." Bila terdengar sahaja ayat Mikael tu,aku tak tunggu lama.Aku terus meluru masuk ke dalam rumah itu.

Maaflah tuan rumah,hamba hanya ingin menyelamatkan puteri hamba sahaja.Bukannya hamba nak cari curi apa-apa! Aku rasa aku ingat lagi selok-belok bilik Felora kerana dia pernah menunjukkan jalan untuk mengambil borang dan ubat aku.Pendek kata,aku pernah datang rumah nenek dia ni!

Apabila aku dapat rasakn pintu bilik Felora,aku terus merempuh masuk.Mikael di belakang membuka suis lampu.
"EVAN!!!!! TOLONG!!!!!" Felora menjerit nama aku.Anjing mana pula yang sentuh buah hati aku kali ni? PAP!!!!

Aku terdengar bunyi tamparan kuat.Sekejap,jantan tu pukul Felora. "Diamlah,perempuan! Korang ni siapa,hah?!" Eh,dia ni anak siapa! Salam tak bagi,pukul Felora.Lepastu,nak maki-hamun pula? Memang minta tiket ke neraka dia ni!

Aku tak jawab soalan dia,aku pergi dekat katil dan dapat rasa bahu dia,aku terus menarik badannya jauh dari Felora.

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now