BAB 48:Evan Aafas

48 1 0
                                    

Satu-satunya panggilan yang aku seorang gunakan untuknya.Tetapi,si empunya panggilan melangkah pergi dan tidak menoleh ke arahku lagi.Aku hilang dirinya.Aku hilang hatinya dan mungkin aku akan hilang cintanya!

"Fiore~" Aku memanggil dia lagi sekali dan menunduk sayu....Satu-satunya perkara yang aku sentiasa doa supaya dielakkan kini menjadi kenyataan. "Pergi Evan.Pergi....Jangan pernah tunjukkan muka kamu lagi di sini." Paksu berkata perlahan dan menapak pergi diikuti dengan Pak ngah yang meluat melihat mukaku.Aku memandang tiga jejaka di depanku ini.

"Puas....Puas hati korang sekarang? Rumah tangga aku musnah disebabkan korang...Puas?!!" Aku tidak meninggikan suara tetapi cukup untuk membuat mereka terasa.Aku sudah cakap sebelum ni,kebenaran masih lagi tidak diketahui.Tetapi,berita palsu tersebar terlebih dahulu.Rayyan mendekati diriku.

"Evan...bukan kitorang yang bagitahu Pak ngah.Dia yang jumpa fail tu sendiri." Rayyan berkata lembut.Aiman juga mengangguk kepala laju.Rayden lebih selesa berdiam diri. "Evan...aku rasa elok kalau kau balik dulu.Aku tak rasa Lora akan cepat sejuk hati.Nak pula ini berkaitan dengan orang tersayang...." Rayden memberitahuku.

"Jangan risau Evan.Kita cari kebenaran tu sama-sama.Kitorang akan tolong kau..." Aiman berkata perlahan agar Pak ngah dan Paksu tidak dengar.Aku memandang mereka dengan senyuman sayu...Sakitnya perasaan ni.Terlalu berat untuk aku tanggung.Aku terpaksa bersetuju dengan cadangan Rayden.Kalau aku menangis air mata darah sekalipun,belum tentu Felora akan memaafkan aku.Luka masa lalu,terbuka kembali malah lebih parah dari sebelum ni...

Aku melangkah perlahan dan memandang bilik tidurku dan Felora buat kali terakhir.Sayup aku mendengar suara lunak itu menangis.Aku memejam mata menelan segala perit.Sebelum melangkah pergi...hatiku berbisik perlahan.

'Maafkan abang,sayang.....' Satu lagi air mata jatuh keguguran.

Dalam kepala yang pening dan hati yang gundah-gulana,masih lagi aku gagahkan diriku untuk pulang ke rumah.Yang berbezanya ialah tiada isteri tercinta denganku.Aku pulang seorang diri.Bilik tidur yang aku tujui untuk menenangkan minda dan badan yang letih.Tetpi,ternyata aku silap.Terlalu banyak kenanagan yang aku cipta dengan Felora di dalam bilik kamar tidur kami.

Tempat tidur yang selalu ditemani olehnya.Setiap kali sebelum tidur pasti kami akan buat 'pillow talk' dan bergelak ketawa sebelum tertidur dalam dakapan masing-masing.Namun kini yang tinggal hanyalah sebuah kenangan dan mungkin juga mimpi tidur yang tidak lagi akan menjadi kenyataan.Aku memeluk bantal Felora dan menghamburkan tangisanku.Tidak sampai beberapa jam dirinya tanpa di sisiku tetapi seksa dia hanya Allah sahaja yang tahu.

'Sayang...abang rindukan sayang.....'

Aku terjaga ketika azan subuh berkumandang.Perkara pertama yanng aku cari ialah Felora.Aku memaling ke sisiku....kosong! Tiada lagi senyuman manis atau wajah comelnya yang sedang lena.Aku mengeluh perlahan dan segera ke bilik air.Bersihkan diri dan wuduk diambil.Buat pertama kalinya,aku sembahnyang tanpa Felora sebagai makmum.Hati yang sedih laju aku menepis dan mengangkat takbir.Ketika sujud terakhir....aku tidak dapat menahan air mataku.

Allah.....Hanya tangisan dan sedu-sedan di dalam sujud terakhirku.Aku lemah.Mata yang muak melihat darah dan mayat kini basah dengan air mata.Mulut yang lancang dan yakin berkata-kata kini hanya tangisan yang bersisa.Namun,tuhan yang maha Esa lebih mengetahui dari hambanya.Hati cuba kupujuk untuk menghabiskan solat.Tanganku tadah berdoa namun lagi sekali hanya tangisan yang mampu kuluahkan.

"Ya Allah....sesungguhnya Engkau maha mengetahui....Bantu aku Ya Allah! Bantu aku selamatkan masjid yang telah aku bina atas dasar cinta Ya Allah.Bantu aku dalam memperjuangkan orang yang halal bagiku....."

Amin~

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now