BAB 37:Rayyan Islan

75 1 0
                                    

Aku dan abang kembarku,Rayden Ilyas berdiri di depan pintu masuk sebuah bilik yang terukir cantik.Di atasnya terdapat sebuah nama. 'Carl Bernard'. Aku dan Rayden masuk ke dalam bilik tersebut.Semua mata terarah kepada kami.

"Hah,sampai pun anak papa ni.Ingatkan dah sesat." Kata ayah aku.Di dalam bilik tersebut ada Aiman,pak ngah dan ayahku.Setelah majlis perkahwinan Felora dan Evan berlansung,tak lama lepastu,Pak ngah ajak kami berkumpul.Selalunya,hanya hal mustahak sahaja.Aku memerhati bilik itu.Masih sama,tiada yang beza lepas 5 tahun.Di bahagian belakang,tersergam indah nama kumpulan 'HUNTER'! Aku tersenyum sinis.

"Ada apa ayah panggil kitorang semua ni?" Aiman tanya kepada Pak ngah.
"Pak ngah tak tahu kenapa rasa macam,Evan ada something yang dia sorokkan.Seolah,dia ada simpan satu rahsia besar." Pak ngah mengeluh perlahan. "Jangan katakan kau jer.Aku pun macam rasa something.His face.....very familiar." Ayahku berkata perlahan.

Tok...Tok... Kedengaran pintu diketuk oleh seseorang.Encik Kasim.Bekas inspektor dan kini peguam keluargaku. "Encik Kasim,it been a while.How are you?" Ayahku mesra menjemputnya.Encik Kasim menunduk hormat. "Tuan Carl,Tuan Damien.Ada apa tuan semua panggil saya?" Dia bertanya.

Pak ngah menghulurkan sebuah fail. "Ini bukan ke fail arwah abang tuan berdua?" Encik Kasim membelek-belek isi fail tersebut.Kelihatan seperti sebuah fail lama. "Exactly! I want you to find who behind all of this." Dingin dan tegas arahan yang diberikan.Sudah lama aku tidak nampak sisi Pak ngah yang ini.Walaupun ramai kata aku banyak ikut perangai Pak ngah dalam berkerja,tetap juga perut aku ni gerun!

Encik Kasim sudah menelan air liur dan menghembus nafas.Penat! "Tuan Carl,bukan nak kurang ajar.Tapi,sudah lebih 10 tahun saya cari,tetap tidak jumpa."

"Jangan risau Encik Kasim.Kali ni anak saya dan anak Damien akan tururt serta dalam mission kali ni.Lagipun,ayah rasa dah lama kamu tak main benda ni,betul tak Aiman?" Aiman mengangguk.Sinar matanya seakan tidak sabar ingin memulakan permainan dan memegang segala senjata yang sudah sekian lama tidak disentuhnya.Encik Kasim mengangguk perlahan sambil memandang ke arah kami bertiga.

Aku dan Rayden pun sudah lama tidak asah 'skill'.Bukan selalu kami terlibat dengan misi di Rusia.Cuma,kali ni melibatkan nyawa keluarga dan orang tersayang,kami sendiri yang sanggup!

"Baiklah,kalau macam tu,papa dan pak ngah akan serahkan kat korang.If need anything just inform us.Encik Kasim can we talk to you for a second?" Setelah itu,Pak ngah,papa dan Encik Kasim pun menghilang.

"So,what our plan?" Aiman bertanya.
"Apa yang aku dapat,benda ni ada kena mengena dengan kes arwah Pak Long 12 tahun lepas.Betul seperti jangkaan aku,ada kumpulan mafia lain yang rancang semua ni." Rayden memulakan perbincangan.Kami keliling meja kerja di tengah bilik.Peta,pendrive dan fail penuh di atas meja ini.

"Tapi,macam mana kita nak tahu yang mana satu.Kumpulan kita ni banyak musuh." Aiman bertanya.Betul,daripada dulu sampai sekarang,ada jer yang cuba nak cari pasal. "Yang tu jangan risau,salah satu kumpulan yang terlibat ialah 'king'.Aku tak tahulah makhluk mana ketua dia,but aku jumpa data dia and guess what nama arwah Pak long tersenarai tetapi telah di blacklist.Kononya,misi dia telah tercapai." Sambung abang kembar aku lagi.Cekap betul abang aku ni buat kerja.Walaupun dia tak pernah nak serius tapi kerja...WOW!

"Let me guess,bukan satu kumpulan jer kan yang terlibat?" Aku bertanya.Melihatkan pada perspektif yang berbeza.Itulah cara aku berkerja.Melihat apa yang orang lain terlepas pandang.Aku yakin,tiada dalam dunia mafia ni yang tersangat bodoh untuk membunuh ketua mafia yang paling terhebat pada suatu ketika dahulu.

"Betul! Tapi,untuk menjejaki diorang tersangatlah susah.Tapi,nama kawan yang bersubahat...." Aku dan Aiman melihat komputer jenama samsung milik abang aku.What?! Nama ni....

"Alessandro.Maksud kau,ayah Evan?" Aiman bertanya.Rayden mengangguk perlahan.Tak mungkin!
"Tapi,aku tak nak tuduh melulu tanpa sebarang bukti.Sekarang ni,Aiman.Aku nak kau cari seberapa banyak maklumat tentang Evan.Kalau boleh cari sekali tentang kumpulan dia.Rayyan,abang nak kau perhatikan dia dalam diam.At the same time,jaga Felora.Jangan pernah tonjolkan diri.Lepas dapat semua benda,aku sendiri yang akan masuk sarang musuh kita.Apa-apa hal update dalam group."

Kerja telah dibahagikan.Tinggal laksanakan dan dapatkan sasaran.
"Something big is going down!" -Rayyan Islan. Kami bertiga tersenyum sinis.

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now